Alhamdulillah... Pertama dan selama-lamanya, marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada pemilik semesta alam ini atas dua nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Alhamdulillah juga kerana minggu ini saya telah diizinkan oleh tuan punya dunia serta seluruh alam semesta ini untuk pulang ke rumah. Syukur alhamdulillah Ya Allah...
Di kesempatan untuk pulang ke rumah ini, saya telah berkesempatan untuk bertarawikh di surau yang berhampiran dengan rumah saya ini. Dok bercerita dengan mak dan mak long saya, tetiba terkeluar lar cerita lama. Mak long saya berkata,
"Kalau dulu mase arwah atok korang yang jadi imam, mesti penuh surau nie. Arwah atok kalau jadi imam dia laju sikit."
Ya.. kalau nak diimbas kembali arwah atuk saya satu masa dahulu lebih dikenali sebagai Imam Ishak atau Ustaz Ishak. Selain bertugas sebagai seorang imam dan ustaz, atuk saya juga bertugas sebagai seorang nazir di sekolah-sekolah agama di sekitar kawasan Selangor. Jadi tidak hairanlah kini, jika saya ke bazar Ramadhan atau ke kedai-kedai di kawasan rumah saya ini, pasti pakcik-pakcik dan makcik-makcik akan mengatakan,
"Owh... nie cucu arwah imam Ishak. Alhamdulillah... Ustazah Hajah (nenek saya) sihat?"
"Alhamdulillah... nie cucu arwah imam yer. Belajar mana sekarang?"
Nak dijadikan cerita, suatu petang yang damai saya, nenek saya dan emak saya pun berbual di hadapan rumah nenek saya. Al-maklumlah, rumah saya dan nenek hanya bersebalahan sahaja. Tengah borak-borak, nenek menyatakan bahawa dia risau kerana tiada seorang pun anak-anak nya yang mengikut jejak langkah arwah atuk dan nenek. Saya pun memandang emak dan tersenyum. Emak pun kate,
"Tak pe lar mak, cucu ade. Insya-Allah..."
Nenek saya hanya tersenyum. Tiba-tiba nenek pun membuka cerita,
"Yani tau tak nama yani siapa yang bagi?"
Saya pun hanya menggangguk tanda mengetahui bahawa nama saya telah diberi oleh arwah atuk saya. Tetapi bagaimana proses dan kenapa nama saya itu dipilih, saya pun tidak tahu.
"Cahaya Kelembutan. Tu lar maksud nama Yani. Harapan besar arwah atuk supaya Yani yang dapat meneruskan generasi yang cintakan agama. Arwah atuk berkeras nak letak nama Nur Ilyani tu. Padahal, arwah atuk tak pernah kisah pun nama cucu-cucu dia selagi mana maksudnya baik. Tapi nama Yani, arwah atuk berkeras sangat nak letak nama tu. Allah lebih menyayangi atuk, seminggu selepas Yani lahir arwah atuk kembali kepada Allah."
Panjang lebar penjelasan nenek saya. Terkedu saya...... Erk.. Besarnya harapan arwah atuk dan nenek. Ade 'makne' di sebalik nama saya ini. Satu pengharapan yang sangat besar. Allahu Akbar!!! Saya terus berfikir... "mampukah aku laksanakan harapan arwah atuk dan nenek?" Namun lantas aku teringat firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-286 yang bermaksud,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
Moga aku tidak lalai dalam mengatur langkah hanya demi mengejar dan mengutip Redha Ilahi. Sama ada aku mampu untuk membina baitul muslim dan melahirkan zuriat-zuriat sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah atau pun aku pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Hanya pada Allah lah saya serahkan segala urusan...
"Aku terima nikahnya Nur Ilyani binti Abdul Ghafar dengan mas kahwinnya...."
atau pun....
"Al-Fatihah untuk Al-Marhumah Nur Ilyani binti Hasnah....."
Semoga setiap nafasku berada dalam jalan perjuanganMu Ya Allah... Semoga syahid menjadi pengakhiran hidupku.
Wallahualam....
No comments:
Post a Comment