Pages

Nov 30, 2009

Salam Buat Bangsaku...


Di malam yang hening, saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit rasa yang telah terbuku di hati ini sejak sekian lama. Entah mengapa jejari ini seakan bersatu dengan kehendak hati apabila turut sama menyumbang tenaga untuk terus menari di atas papan kekunci laptop kesayanganku ini….


Saban waktu saya mendengar laungan perjuangan yang berpaksikan bangsa di sekeliling saya. Saban hari saya semakin keliru... Ada apa pada bangsa? Hanya satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat sekelian hambaNya tanpa kita bersusah payah untuk berusaha menetapkan bangsa kita. Aku melayu.... tapi aku nak anak aku cina lah. Cina kan pandai-pandai belaka. Boleh ker??Sedarlah wahai bangsaku... Ianya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat sekalian hambanya. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa. Tapi, kalau kita bangsa melayu, yang memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seseorang yang hebat, doktor, engineer, akaunan barangkali... Ya... ianya memang boleh dibanggakan.. Jika itu yang berlaku, maka jeritlah pada dunia... AKU MELAYU YANG BERJAYA!!!! AKU KINI SEORANG DOKTOR!!! Ya, banggalah kalian. Memang tiada siapa yang akan menafikannya.


Namun, adakah kalian lupa, semuanya adalah daripada Allah.... Tanpa keizinanNya, kita tidak akan menjadi seperti yang kita impikan. Memang benar, mungkin ramai di kalangan bangsa Melayu kini berjaya menjadi professional. Bukan sesuatu yang luar biasa kini apabila anak Melayu berjaya menjadi pengarah syarikat, doktor, engineer dan sebagainya. Namun, adakah kejayaan itu berserta REDHA ALLAH atau MURKA ALLAH?? Seringkali kita bertelagah sesama kita dalam episod perjuangan bangsa yang saya tidak nampak penghujungnya....


Namun, apabila kita menggantikan perjuangan bangsa dengan perjuangan Islam, kita akan mengajak khalayak untuk kembali kepada suatu titik persamaan iaitu HIDAYAH. Kita kembali kepada pengakuan keEsaan Tuhan. Dalam konteks Islam, ia dipanggil Allah yang mencipta Adam dan Hawa, langit dan bumi. Di atas dasar persamaan hak untuk menumpang di bumi Allah ini tanpa mengira bangsa, kita mempunyai hak untuk berteduh, hak untuk memiliki rumah, hak untuk makan minum, hak untuk memelihara keturunan, hak untuk mendapat perlindungan keselamatan dan nyawa serta hak untuk hidup bermaruah daripada diaib dan diganggu.


Hidup manusia ini memang dipenuhi pertelagahan. Maka, kembalilah kepada asal... Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59 yang bermaksud:

”Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran)dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Bercerita tentang ilmu, profession dan sebagainya... Perlu kita yakini bahawa ilmu Al-Quran dan Hadis adalah ilmu yang berada di maqam teratas. Ini kerana ilmu menjadi paksi kepada seluruh alam. Ia menghubungkan langit dengan bumi. Ia menjelaskan hubungan Al-Khaliq dengan makhluk. Ia menghuraikan fenomena dunia yang sementara dengan babak-babak penyudah kehidupan di alam kubur, mahsyar dan seterusnya. Ilmu jenis ini menjadi teras kepada ilmu yang diraih berasaskan pengalaman pancaindera atau ilmu yang berpunca daripada proses dan aktiviti pemikiran semata-mata.


Apabila kita meletakkan ilmu Al-Quran dan Hadis di hadapan, maka kita tidak akan mudah terkeliru di antara anugerah bangsa yang bersifat fitrah yang tidak boleh dijadikan dasar perjuangan dengan anugerah iman yang wajib dijadikan dasar perjuangan.

Lantas saya dapat satu formula,

BANGSA=AQIDAH ISLAM=PERJUANGAN YANG HAKIKI.


Mungkin ada sesetengah yang mengatakan saya agak emosi pada posting kali ini, namun inilah yang tersimpan di lubuk hati saya yang sering saya pendamkan dan juga sering saya tenangkan dengan kata-kata alangkah indahnya jika meletakkan Islam itu paling atas. Kini saya meluahkan dalam medan teknologi berpenakan IT. Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana-mana pihak, seperti yang saya jelaskan dari awal lagi, ianya hanya sekadar luahan hati.

Jadi wahai bangsaku, berjuanglah kalian dengan berpaksikan AQIDAH ISLAMIYAH. Jangan diharapkan hasilya kerana kita berjuang hanya untuk menggapai Redha Yang Maha Esa. Teringat saya pada pesan seorang sahabat ikhwah yang saya genggam hingga kini,


Jalan dan strategi untuk Islam menang memang banyak. Namun hebat manapun perancangan kita, hanya Allah yang berhak menentukan hasilnya. Islam hanya akan menang jika Allah mengizinkan. Tugas kita bukanlah seperti berjuang hari ini, maka hari esok adalah kemenangan. Namun matlamat setiap mukmin adalah MARDHATILLAH.


Kembalilah kepada asal......
Wallahualam...
TAKBIR!!

Nov 28, 2009

Mentari Hidup


video


Kala senja itu tiba
Ku termenung sendirian
Terasa diriku ini
Jauh dari rahmat Tuhan
Dosa yang aku lakukan
Menerjah ruang fikiran
Masihkah ada untukku keampunan
Gelap rasa dunia ini
Tanpa cahaya Ilahi
Baru kini ku sedari
Jalan yang aku lalui
Memusnah pedoman hidup
Melempar hatiku ini
Ke lembah kehinaan
Dalam kegelapan itu
Terbit cahaya dariMu
Memandu hambaMu menuju iman
Menginsafi diri dengan ketaqwaan dan kesabaran
Kau terangi jalanku menuju syurgaMu
Dan Kau tunjuki dengan hidayahMu
Hanyalah padaMu ku hadapkan diri
Mohon keampunan
Wahai Yang Maha Pengasih
Bantulah hambaMu ini
Yang kian terumbang ambing
Di dalam arus duniawi
Ku berdoa kepadaMu
Memohon limpah rahmatMu
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Mentari hidupku kan bersinar kembali
Mentari hidupku kan bersinar kembali

Monolog diri : Kenapa lagu nie eh?? Tak pasti... tapi sangat mendalam maksudnya. Moga mentari hidup kita semua kan sentiasa bersinar dalam iman dan RedhaNya.. Ameenn..

Nov 26, 2009

Salam Perjuangan Penuh Pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t.. Saya kira belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali dan kepada semua ummat Islam di dunia. Apa yang kita faham mengenai hari raya korban ini? Sudah tentunya kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan penuh redha dan kecintaan. Namun, mana mungkin kita dapat menandingi pengorbanan insan-insan mulia ini. Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat hebat. Sanggup mengorbankan lebih daripada tenaga dan harta semata-mata taat kepada Allah s.w.t.

Namun disini bukanlah niat saya untuk melemahkan semangat sahabat-sahabat, jauh sekali ingin memadamkan bara api perjuangan dan pengorbanan yang sentiasa marak dalam jiwa setiap insan yang telah mewaqafkan diri dalam perjuangan Islam. Alhamdulillah... ini jalan kita.. Walau dipenuhi dengan ranjau dan duri, walau dihampari dengan mehnah dan tribulasi, walau ianya menuntut selaut air mata... kita tetap dalam satu perjuangan demi menegakkan kalimah LAILAHAILLAH. Kerana apa??? Kerana kita ingin menikmati syurga yang kekal abadi dalam keredhaan dan kecintaanNya...

Ketika menerima satu sms ucapan sempena eidul adha daripada seorang sahabat, saya tersentap dan ianya membuatkan saya berfikir panjang. Ucapannya lebih kurang beginilah bunyinya...

"Salam Eidul Adha... Mohon maaf atas segala kekhilafan dan kesilapan diri ini. Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang bersyukur. Renungilah... sesungguhnya sedikit sangat kita berkorban untuk Islam. Sama-samalah kita memperbaiki diri."

Yer... saya bermonolog dalam diri... Apa yang telah aku lakukan untuk Islam? Apakah pengorbanan yang telah aku lakukan untuk Islam?? Ya Allah... manjanya diri aku nie... Sesungguhnya aku terlalu selesa dengan keadaan ku ini...

Marilah sama-sama kita tanya pada diri kita.... APAKAH PENGORBANAN YANG TELAH AKU LAKUKAN UNTUK ISLAM SELAMA INI??

Sama-sama lah kita susuli kisah agung pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Jadikan ia pemangkin kepada kita semua dalam menginafakkan diri, harta dan segala-galanya demi perjuangan Islam yang kita cintai...

TAKBEER!!!!

Nov 20, 2009

Warkah buat insan-insan yang ku sayangi...

Malam siang berlalu gerhana kesayuan tiada berkesudahan
Detik masa berlalu tiada berhenti oh syahdunya
Sejenak ku terkenang hakikat perjuangan penuh onak dan cabaran
Bersama teman-teman harungi kehidupan oh indahnya
Berat rasanya di dalam jiwa
Untuk melangkah meniggalkan semua
Kasih dan cinta yang terbina
Biarkan selamanya ohh...
Selamat berjuang sahabatku
Semoga Allah berkatimu
Kenangan indah bersamamu
Takkan ku biar ia berlalu
Berjuanglah hingga ke akhirnya
Dan ingatlah semua ikrar kita
Hati ini sayu mengenangkan
Sengsara di dalam perjuangan
Jiwaku merana dan meronta mengharapkan
Kedamaian dan jua ketenangan
Tetapi ku akur hakikat
Suka dan duka dalam perjuangan
Perlu ketabahan dan kekuatan
Keteguhan hati berlandaskan iman

Hanya lagu ini sahaja yang dapat menggambarkan perasaan saya ketika ini... Nak menangis??? Entahlah.... Mungkin ya. Setiap hari yang dilalui di bumi UiTM ini adalah bersama dengan mereka. Namun.... perlu saya akui dan hadapi, setiap persahabatan yang terjalin pasti perpisahan menanti. Cuma saya berharap ini bukanlah pengakhirannya...

Seinfiniti terima kasih saya ucapkan pada Kak Jang dan Kak Masyitah atas huluran dan kesudian menempatkan saya dalam cebisan hidup kalian. Terima kasih kerana sudi menjadi kakak, kawan, teman, sahabat untuk saya. Terima kasih atas segala ilmu yang dikongsi bersama, nasihat, kata-kata semangat untuk kita sama-sama teruskan perjuangan dan jalan hidup yang telah kita pilih.

Buat naqibah kesayangan saya (Kak Jang) dan kakak kesayangan saya (Kak Masyitah), semoga istiqomah dalam perjuangan Islam yang tercinta ini. Letakkanlah Islam di tempat yang paling tinggi... Semoga kita semua menjadi pengemis cinta Ilahi, pemburu Redha Yang Maha Esa...

Sama-samalah kita mengikhlaskan hati, menjualkan diri dan hidup kita hanya demi perjuangan Islam....

Sedey nie...
Selamat berjuang walau di mana kalian berada. Trust Allah first in everything you do. Semoga bertemu kembali.. Tidak di dunia yang penuh tipu daya ini, Insya- Allah di syurgaNya yang kekal abadi...
Yang paling penting…. NIKAH NANTI JEMPUT………. HEHE..
Luv both of u because of Allah……

Nov 9, 2009

Selamat tinggal semester 3...


Peperikasaan akhir semester bakal melabuhkan tirainya… Sekali gus semester untuk sessi Julai-Oktober 2009 juga bakal mengucapkan selamat tinggal pada semua yang melaluinya. Alhamdulillah... sedikit kelegaan di hati ini apabila sudah selesai menjalani peperiksaan akhir semester ini pada petang tadi. Dikala ini, perasaan saya bagaikan air batu campur. Hehehe.... semuanya ada. Lega kerana berjaya menamatkan semester yang ketiga, sedih kerana beberapa sahabat yang sudah saya anggap sebagai kakak sendiri, malah lebih saya sayangi dari diri saya sendiri bakal meninggalkan alam kampus, ada yang dah tamat study, ada yang akan menjalani practical..... gembira kerana tempoh pengajian bakal berakhir.... dan bermacam-macam lagi perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dan ini juga bererti tamat sudah tempoh saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa perwakilan kolej setelah hampir setahun saya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai exco informasi dan multimedia. Dan selamat tinggal juga saya ucapkan kepada Badan Musolla Mawar yang amat saya sayangi. Setelah hampir setahun diberi taklifan sebagai penolong naib pengerusi badan Musollah Mawar. Masih adakah ruang dan peluang untuk sessi akan datang untuk saya terus menabur bakti demi Islam yang tercinta ini??

Buat semua sahabat-sahabat saya yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir semester amnya dan khususnya sahabat-sahabat di UiTM Shah Alam nie, serahkan segala keputusan pada Yang Maha Esa. Sesungguhnya kita telah berusaha sebaik mungkin, hanya Allah selayaknya menentukan hasilnya. Andai kejayaan yang kita genggam, ketahuilah bahawa ia adalah nikmat pemberian daripada Allah s.w.t.... Bukan daripada segala usaha dan penat lelah kita semata-mata.... Andai hasilnya bukanlah seperti yang kita harapkan, ketahuilah bahawa Allah s.w.t sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita semua... Sabarlah dengan penuh keimanan dan keredaan. Merintih dan merayulah pada Yang Maha Penyayang... mungkin Dia sedang merindui esak tangisan kita semua.

Ya Allah Yang Maha Penyayang, Engkau telah melihat segala usaha kami... Penat lelah kami dalam mengharungi hidup ini, maka berikanlah kami kejayaan dalam peperikasaan yang telah kami lalui Ya Allah... sebagai pemangkin kepada kejayaan Islam di masa akan datang. Andai kata kejayaan kami ini akan menjadi fitnah kepada agamaMu Ya Allah... Engkaulah selayaknya yang menentukan natijahnya...

Apa jua keputusan yang akan kita terima kelak, maka sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan keredaan.... Letakkan segala pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah s.w.t kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat sekalian hamba-hambaNya...

Ad-dua silahul mukminin.... Doa itu senjata bagi orang-orang mukmin.
Maka.... iringilah usaha dengan doa dan tawakkal.
Wallahualam... ('',)

Nov 7, 2009

Anak kecil yang takutkan api neraka


Dalam sebuah riwayat, ada seorang lelaki tua. Sedang dia berjalan-jalan, dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, dia pun bertanya :

"Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"

Maka anak kecil itu berkata :

"Wahai pak cik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang bermaksud : 'wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.' Saya menangis kerana saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."

Berkata orang tua itu : "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kau terpelihara dan kamu tidak dimasukkan ke dalam api neraka."

Kemudian anak itu bersuara, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal. Tidakkah pakcik lihat, bila orang menyalakan api, maka yang pertama sekali mereka letak ialah ranting-ranting yang kecil dahulu. Kemudian baru yang besar. Jadi sudah tentu saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum orang dewasa dibakar."

Mendengar jawapan itu, orang tua itu lantas menangis dan berkata, "Sesungguhnya anak kecil itu lebih takut akan neraka daripada orang dewesa. Maka bagaimanakah keadaan kami nanti??"

Sekadar satu perkongsian. Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita.... Wallahualam..

Nov 1, 2009

Hidup umpama 'study week'


“Attention please… Please write your last sentences on your answer booklet. The time already 12.00 p.m. The invigilators will collect your answer booklet now. You are not allowed to go out from this examination hall until you are told to do so. Thank you.”

Arahan yang sememangnya biasa didengari setiap kali tamat sahaja peperiksaan. Lega??? Entah lar.... Paper research methodology merupakan paper yang amat susah bagi saya. Disusuli dengan paper personal development pada esok hari. Moga masih diberi kekuatan untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai nie.

Peperiksaan kali ini berbeza daripada semester-semester yang lepas kerana pada semester ini tiada minggu ulang kaji atau pun study week. Yup… no study week because UiTM already take it for H1N1 break. Sedang merehatkan kepala yang sememangnya letih ini, tiba-tiba terlintas sesuatu di benak fikiran saya……….

“Periksa nie semua orang pulun habis sebab nak score. Takut kena repeat next semester.” So, how’s about examination when we already death?? Yer.. ’peperiksaan’ dalam kubur nanti... Soalan dah bocor dah pun. Soalannyer SIAPA TUHAN KAMU?? SIAPA NABI KAMU?? APA AGAMA KAMU?? Soalan berbentuk lisan ini akan ditanya direct daripada Munkar dan Nakir. Hm... special sikit ’peperiksaan’ nie sebab yang menjawab bukan mulut. Kita akan dibantu oleh anggota tubuh badan yang lain macam kaki, tangan, hidung, telinga dan lain-lain. Siap ada ’assistent’ lagi masa ’peperiksaan’ dalam kubur nanti.

Lepas itu akan ada lagi ’peperiksaan’ di mahkamah Mahsyar kelak di hadapan hakim Yang Maha Adil. Yang nie pun soalan dah bocor.
Dari Abi Barzah al-Aslami, r.a, dari Nabi s.a.w, sabdanya : “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan dan tentang ilmunya untuk apakah ia gunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya?’’ (Riwayat Tarmidzi)
Tapi kenapa kita tak nak pulun untuk score excellent dalam ’peperiksaan-peperiksaan’ nie? Kalau peperiksaan kat universiti nie, andaikata failed kita boleh repeat pada semester depan. Tapi ’peperiksaan-peperiksaan’ yang soalannye sememangnya dah bocor nie, andaikata failed lar wahai sahabat-sahabat.... Boleh ke nak repeat??? Hm... tidak wahai sahabat-sahabat... Tidak akan ada peluang yang kedua andai kita failed dalam ’peperiksaan-peperiksaan’ tersebut. Bersiap sedialah untuk dihumbankan ke dalam neraka Allah. Naudzubillahhi min zalik....

Jadi wahai sahabat-sahabat, mari kita renungi. Andai kata untuk semester ini kita tiada study week, namun masih mampu untuk melipatgandakan usaha untuk menghadapi peperiksaan akhir. Kita sanggup berjaga malam, bangun awal dan sebagainya dalam usaha untuk menyiapkan diri kita untuk menghadapi peperiksaan akhir yang telah ditetapkan tarikhnya....

Namun bagaimana dengan ’peperiksaan-peperiksaan’ yang kita tidak akan tahu tarikhnya??? Anggaplah hidup ini umpama ’study week’. Kita akan menghadapi ’peperiksaan-peperiksaan’ yang tidak bertarikh itu pada bila-bila masa sahaja. Mungkin sebentar lagi.... Hm... Dan yang paling penting... NO REPEAT IF YOU FAILED...

Seimbangkanlah antara urusan dunia dan urusan akhirat. Letakkan lah urusan akhirat, urusan agama pada tempat yang paling tinggi dalam list hidup kita. Tapi tidak bermakna pelajaran dan urusan dunia kita letakkan nombor dua. Islam nombor 1, pelajaran nombor 1.1. Perlu seiringan, lebihkan urusan agama kerana tiada peluang kedua andai kita gagal di mahkamah mahsyar kelak.

Sekadar perkongsian sementara bersiap sedia untuk study untuk paper esok....
Wallahualam....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...