Pages

Aug 14, 2009

Adakah peluang ku bertemu dengan Ramadhan??

Assalamualaikum w.b.t... Pertama dan selama-lamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi sedikit pinjaman umur untuk beramal dan mendapatkan redhaNya. Juga marilah sama-sama kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga di atas dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Alhamdulillah Ya Allah... Aku masih diberi kesempatan untuk berpena demi mengecap RedhaMu...

Saya masih teringat ketika di kelas Bahasa Arab pada hari Khamis yang lepas, ustaz ada memberitahu tentang pemergian Ustaz Asri, pendakwah yang menyebarkan dakwahnya melalui medium nasyid ke pangkuan Ilahi buat selama-lamanya.

"Antum kenal Ustaz Asri? Dia dah meninggal pagi tadi sebab sakit jantung. Rebah lepas buat pengambaran nasyid."
Allahu Akbar... Tersentak saya mendengar khabar itu. Kerana rasanya baru pagi tadi saya mendengar alunan zikrullah yang dialunkan oleh Allahyarham Ustaz Asri sebelum ke kelas. Kini, saya mendengar yang insan yang sering mengalunkan kalimah zikrullah itu telah kembali ke pangkuan Ilahi buat selamanya. Ketika Ramadhan yang dirindui bakal bertamu......... Dan benarlah ayat Allah seperti firman-Nya dalam surah Fatir ayat 11,
"......Dan sekali-kali tidak dipanjangkan seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Loh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah."
Maka saya menyeru diri saya sendiri serta sahabat-sahabat baik muslimin mahu pun muslimat.... Marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita. Sentiasalah jaga niat kita, pastikan setiap apa yang dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah. Sentiasa perbaiki akhlak agar menjadi lebih baik. Biarlah kita susah di dunia ini, biarlah kita menangis di dunia ini, biarlah kita luka dan berdarah di dunia.... Asalkan di akhirat kelak kita semua akan tersenyum, kita semua akan bahagia, kita semua akan senang di bawah naungan Redha dan Rahmat Allah s.w.t. Semoga syahid yang sering menjadi idaman kita semua akan menjadi pengakhiran hidup kita di dunia, dalam memandu kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Ayuh sahabat-sahabat.... Mantapkan langkah juang kita, demi Redha-Nya cuma...
Moga diri ini berkesempatan untuk menyambut kedatangan Ramdhan yang sering dirindui.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....
Akhir kalam, ingin saya titipkan kata-kata peniup semangat daripada As-Syahid Imam Hasan Al-Banna,
"Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegaklah Islam di negaramu"
Wallahualam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...