Pages

Jul 6, 2011

Di sebalik kepahitan itu, ada kemanisannya..

Bismillahirrahmanirrahim...

Selawat dan salam buat junjungan besar, Nabi Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menegakkan kalimah Tauhid, kaum keluarga baginda, para sahabat yang menginfakkan kehidupan dunia mereka demi kehidupan abadi di akhirat kelak, para pejuang penegak risalah Islam yang tidak henti-henti menggenggam tali kalimah Lailaha ilallah Muhammad Rasulullah hingga akhir zaman.

Begitu lama blog ini terbiar... Maaf, keculasan saya dalam mengurus masa membuatkan saya tidak bijak dalam mengatur kehidupan. Mungkin kerana juga satu demi satu ujian datang bergolek, kadangkala 'menghempap' diri yang membuatkan saya tidak mampu untuk mencari ruang untuk bernafas. Namun setelah berfikir panjang, terasa diri ini begitu kerdil dan hina. Mengenangkan betapa lemah diri ini menghadapi ujian hidup. Allah... malu hamba padaMu.


Ujian.. ia merupakan satu bentuk 'peperiksaan' untuk mengetahui tahap keimanan hamba-Nya. Mereka yang teguh berada di jalan-Nya akan memperoleh markah yang tinggi, manakala bagi yang goyah akan menanggung akibatnya. Ujian itu bukan pada kesukaran dan kesempitan hidup semata-mata. Kesenangan hidup hidup juga merupakan ujian hidup dalam menentukan seseorang muslim itu berjaya atau gagal dalam ujian hidup.

Allah S.W.T berfirman yang bermaksud,
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa."
(Al-Ankabut : 2-3)

Ujian itu adalah syarat untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tiada seorang Muslim pun yang layak mengatakan dirinya sabar dan beriman tanpa melepasi sesuatu ujian dan cabaran. Namun, kerana zat Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah menurunkan ujian itu sesuai dengan kesanggupan hamba-Nya. Sungguh! Allah tidak pernah menzalimi hamba-Nya, malah menegur hamba-Nya dengan penuh kelembutan. Cuma manusia sahaja yang menzalimi diri sendiri. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Baqarah, ayat 286 yang bermaksud :

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Maka, setiap ujian dan cabaran hidup adalah berbeza untuk setiap individu. Bersesuaian dengan kesanggupan kita dalam menghadapinya. Oleh kerana Allah yang menciptakan kita, maka tentu sahaja Dia yang Maha Arif dengan ciptaan-Nya. Maha suci Allah dalam mentadbir sekalian makhluk-Nya.

Mungkin kadangkala kita merasakan bahawa ujian tu sungguh berat untuk dihadapi. Namun ketahuilah, ujian itu tanda kasih dan sayang Allah buat kita. Berbahagialah mereka yang diuji hebat oleh-Nya, sedang berjuta lagi ummat manusia yang sedang leka dengan dunia. Saya pernah 'ditampar' oleh kata-kata seorang sahabat saya, Ujian itu adalah bicara dan teguran dari Allah. Dalam meningkatkan darjat keimanan disisNya sekali gus menghapuskan dosa-dosa silam. Maka bersabarlah dan redha dengan takdirNya. Merayu dan merintihlah hanya padaNya. Sesungguhnya hanya padaNya lah tempat pergantungan kita. Terima kasih sahabat yang 'menampar' saya dengan kata-kata ini yang membuatkan saya tersedar dari lamunan.

"Daripada Anas, ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda : Apabila Allah cinta kepada suatu kaum, maka diuji. Barangsiapa reda menerima ujian itu, Allah reda pula kepadanya. Dan barangsiapa yang marah (tidak reda), maka Allah murka kepadanya."
(H.R Imam At-Tarmizi)

Disebalik ujian itu ada seribu hikmahnya. Dan alhamdulillah Ya ALLAH, atas ujian ini keluarga besar saya bersatu demi RedhaMu. Alhamdulillah... Disebalik kesulitan itu, ada kemanisannya.

Apr 16, 2011

Bila detik itu tiba..

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah... Segala pujian bagi Rabbul 'Izzati atas segala nikmat yang dikurniakan, selawat dan salam buat penghulu segala nabi, Muhammad s.a.w yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menyampaikan risalah Islam yang kita terima hari ini.

Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Akhirnya selesai juga praktikal yang saya jalani hampir 5 bulan semenjak bulan 12 tahun lepas. Menyingkap kembali bagaimana hari pertama menjalani praktikal di Zon Kewangan D hingga la ke hari terakhir menjalani praktikal di Seksyen Kewangan Fakulti Perubatan Veterinar, segalanya berlalu begitu pantas. Usah ditanya apakah pengalaman manis kerana terlalu banyak yang terpahat di ingatan. Pengalaman pahit..? Biarkan ianya menjadi sejarah dan pengajaran..

Mula merindui untuk memasuki pejabat ini..

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga Seksyen Kewangan Fakulti Perubatan Veterinar atas segala tunjuk ajar dan nasihat yang dikongsi bersama. Terlalu banyak yang kita kongsikan bersama...


Kak Ayu yang buat coklat nie.. Sedap dan cantik.^_^



Terima Kasih banyak-banyak saya ucapkan kepada semua.... Insya-ALLAH, semoga bertemu kembali..

Wallahualam.

Nota kaki : Dup dap.... Dup dap.... Dup dap.... VIVA is coming.. Doakan saya semoga semuanya berjalan dengan lancar.



Apr 10, 2011

Siapa kenal MARU...?

Okeyh... Kita take a break kejap. Kepada semua pencinta kucing, adakah anda mengenali MARU...? JIka belum, jom kita berkenalan dengan dia. MARU (maksudnya bulat). Kucing yang popular melalui youtube. Haa... jangan ingat Justin Bieber jer boleh famous kat youtube okay, MARU pun boleh tau. MARU nie tinggal dekat Jepun, dan dia mula famous around tahun 2010. Melalui video ini, MARU ada lebih 10 juta viewers tau. ;)

Hadoii... Sape yang tak geram bila tengok MARU nih..?

MARU sangat sukee bermain dengan kotak...!


MARU will do ANYTHING for a box..



Tapi kadang-kadang tak de kotak, SINGKI pun jadi..


Dalam bucket pun jadi jugak.. Adoiii..


Obsesi MARU dengan kotak nie, sejak dari kecik lagi. Dia main dengan kotak, tidur dengan kotak, semualah dengan kotak. As if "boxes is MARU'S life."

Aikk..! Kepala MARU ilang sudah...


Taraaa....! Ada balik.. ^_^

MUGOMUGO (maru's owner) said that "he will act silly on purpose in order to get people to notice him"



I'm MARU...The Cutest, Strangest and Kawaiii cat on the planet..


Apr 4, 2011

Saya persembahkan, ini dia anak-anak akhirat

Wahai remajaku....
Sampai bila anda semua mahu menghambakan diri pada dunia..?
Anda senang dengan penghinaan dunia pada agama anda..?
Anda redha pada perlakuan musuh-musuh ALLAH, terutamanya pada saudara seaqidah anda..?
Lihat saja anak-anak Palestine..
Tubuh mereka kecil...
Namun wahai remajaku, anda semua patut berasa malu..!
Hati mereka penuh dengan kecintaan pada kampung akhirat..
Dengar sahaja bicara mereka,
Lihat sahaja perlakuan mereka,
Renung sahaja gerak geri mereka...
Tubuh kecil itu lah yang menggetarkan hati-hati musuh ALLAH..
Sedang anda yang aman ini, dengan mudah menjadi alat tunggangan musuh ALLAH...
Allahu Rabbi...!

Hati yang sarat dengan cinta dunia, masakan boleh terisi dengan cinta akhirat...?!
Sampai bila wahai remajaku...
Sampai bila mahu berkiblatkan dunia yang hina ini..?
Kita disini menggeleng kepala dengan laporan pembuangan bayi...
Mereka disana bertakbir dengan syahidnya anak-anak mereka...
Kita disini lebih gemar menayangkan aurat dengan bangganya...
Mereka disana dengan tegasnya menjaga aurat mereka walau segenting mana pun keadaannya..
Kita disini menangis apabila anak-anak remaja mati di jalanan, rompakan dan segala macam lagi najis jenayah...
Mereka disana menangis kerana tiada lagi anak yang boleh diserahkan untuk syahid di jalan ALLAH...

Apa bezanya kita disini dan mereka disana...?
Apakah sempadan negara yang menjadi perbezaannya...?
Kalau itu jawapan anda, maka bergelak ketawalah pemikir dan pendokong ideologi nasionalisme..
Bertepuk tanganlah syaitan laknatullah,
Kerana mereka sudah mempunyai peneman di neraka jahanam nanti...
Kita disini Islam, mereka disana juga ISLAM...!
Dan ISLAM itu tidak mengira sempadan negeri, tidak mengira warna kulit bahkan tidak mengira bangsa apa pun...!
Sekali anda melafazkan kalimat toyyibat LAILAAHAILLALLAH MUHAMMAD RASULULLAH, maka mereka disana, malah dimana sahaja di muka bumi ALLAH ini adalah saudara anda..!
SAUDARA SEAQIDAH ANDA....!!!

Wahai saudara-saudaraku, mereka bermula dengan diri mereka sendiri. Mereka bina fardi Muslim. Mereka tegakkan Islam dalam diri mereka. Islam yang sebenar, yang Rasulullah bina dalam diri para sahabat, bukan Islam yang kini bercampur adunannya dengan zionis dan kristian. Mari kita mulakan...Mulakan dengan diri kita. Ketahuilah bahawa setiap titis darah syuhada' yang gugur di medan jihad Palestine, akan dipertanggungjawabkan di bahu kita selaku ummat Muhammad s.a.w .

Maka dengan ini, saya persembahkan pada anda semua.... INILAH DIA ANAK-ANAK AKHIRAT...



Mar 30, 2011

Temuduga Tertutup

- Temuduga sebagai "calon jenazah"
- Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN :
1. Ahli syurga dari awal.
2. Ahli neraka dari awal.
3. Ahli neraka sementara - kemudian akan dilantik menjadi ahli syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (KHAS UNTUK JAWATAN NO. 1)
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di padang mahsyar.
3. Keselamatan meniti titian sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA :
- Bila-bila masa secara 'adhoc' bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA :
- Di dalam kubur (Alam Barzakh)

KELAYAKAN :
- Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, termasuk sijil saham - termasuk saham internet.
- Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belang atau kad kredit.
- Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
- Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, handsome, berbadan tegap atau seksi.
- Sila bawa dokumen asal iaitu : iman dan amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL / PENEMUDUGA :
Munkar dan Nakir

ENAM SOALAN BOCOR :
1. Siapa Tuhan Anda..?
2. Apa Agama Anda..?
3. Siapa Nabi Anda...?
4. Apa Kitab Anda...?
5. Di Mana Kiblat Anda...?
6. Siapa Saudara Anda...?

CARA MEMOHON :
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama IZRAIL.


Mar 16, 2011

A Dialogue On Hijab


"I'm so tired."

"Tired of what?"

"Of all these people judging me."

"Who judged you?"

"Like that woman, every time I sit with her, she tells me to wear hijab."

"Oh, hijab and music! The mother of all topics!"

"Yeah! I listen to music without hijab…haha!"

"Maybe she was just giving you advice."

"I don't need her advice. I know my religion. Can't she mind her own business?"

"Maybe you misunderstood. She was just being nice."

"Keeping out of my business, that would be nice..."

"But it's her duty to encourage you do to good."

"Trust me. That was no encouragement. And what do you mean `good` ?"

"Well, wearing hijab, that would be a good thing to do."

"Says who?"

"It's in the Quran, isn't it?"

"Yes. She did quote me something."

"She said Surah Nur, and other places of the Quran."

"Yes, but it's not a big sin anyway. Helping people and praying is more important."

"True. But big things start with small things."

"That's a good point, but what you wear is not important. What's important is to have a good healthy heart."

"What you wear is not important?"

"That's what I said."

"Then why do you spend an hour every morning fixing up?"

"What do you mean?"

"You spend money on cosmetics, not to mention all the time you spend on fixing your hair and low-carb dieting."

"So?"

"So, your appearance IS important."

"No. I said wearing hijab is not an important thing in religion."

"If it's not an important thing in religion, why is it mentioned in the Noble Quran?"

"You know I can't follow all that's in Quran."

"You mean God tells you something to do, you disobey and then it's OK?"

"Yes. God is forgiving."

"God is forgiving to those who repent and do not repeat their mistakes."

"Says who?"

"Says the same book that tells you to cover."

"But I don't like hijab, it limits my freedom."

"But the lotions, lipsticks, mascara and other cosmetics set you free?! What's your definition of freedom anyway?"

"Freedom is in doing whatever you like to do."

"No. Freedom is in doing the right thing, not in doing whatever we wish to do."

"Look! I've seen so many people who don't wear hijab and are nice people, and so many who wear hijab and are bad people."

"So what? There are people who are nice to you but are alcoholic. Should we all be alcoholics? You made a stupid point."

"I don't want to be an extremist or a fanatic. I'm OK the way I am without hijab."

"Then you are a secular fanatic. An extremist in disobeying God."

"You don't get it, if I wear hijab, who would marry me?!"

"So all these people with hijab never get married?!"

"Okay! What if I get married and my husband doesn't like it? And wants me to remove it?"

"What if your husband wants you to go out with him on a bank robbery?!"

"That's irrelevant, bank robbery is a crime."

"Disobeying your Creator is not a crime?"

"But then who would hire me?"

"A company that respects people for who they are."

"Not after 9-11"

"Yes. After 9-11. Don't you know about Hanan who just got into med school? And the other one, what was her name, the girl who always wore a white hijab…ummm…"

"Yasmeen?"

"Yes. Yasmeen. She just finished her MBA and is now interning for GE."

"Why do you reduce religion to a piece of cloth anyway?"

"Why do you reduce womanhood to high heals and lipstick colors?"

"You didn't answer my question."

"In fact, I did. Hijab is not just a piece of cloth. It is obeying God in a difficult environment. It is courage, faith in action, and true womanhood. But your short sleeves, tight pants…"

"That's called `fashion`, you live in a cave or something? First of all, hijab was founded by men who wanted to control women."

"Really? I did not know men could control women by hijab."

"Yes. That's what it is."

"What about the women who fight their husbands to wear hijab? And women in France who are forced to remove their hijab by men? What do you say about that?"

"Well, that's different."

"What difference? The woman who asked you to wear hijab…she was a woman, right?"

"Right, but…"

"But fashions that are designed and promoted by male-dominated corporations, set you free? Men have no control on exposing women and using them as a commodity?! Give me a break!"

"Wait, let me finish, I was saying…"

"Saying what? You think that men control women by hijab?"

"Yes."

"Specifically how?"

"By telling women how and what to wear, dummy!"

"Doesn't TV, magazines and movies tell you what to wear, and how to be`attractive' ?"

"Of course, it's fashion."

"Isn't that control? Pressuring you to wear what they want you to wear?"

[Silence]

"Not just controlling you, but also controlling the market."

"What do you mean?"

"I mean, you are told to look skinny and anorexic like that woman on the cover of the magazine, by men who design those magazines and sell those products."

"I don't get it. What does hijab have to do with products."

"It has everything to do with that. Don't you see? Hijab is a threat to consumerism, women who spend billions of dollars to look skinny and live by standards of fashion designed by men…and then here is Islam, saying trash all that nonsense and focus on your soul, not on your looks, and do not worry what men think of your looks."

"Like I don't have to buy hijab? Isn't hijab a product?"

"Yes, it is. It is a product that sets you free from male-dominated consumerism. "

"Stop lecturing me! I WILL NOT WEAR HIJAB! It is awkward, outdated, and totally not suitable for this society ...Moreover, I am only 20 and too young to wear hijab!"

"Fine. Say that to your Lord, when you face Him on Judgment Day."

"Nay! You prefer the life of this world; While the hereafter is better and more lasting."

[Noble Quran 87:16-17]


"You are the best community (Ummah) raised up for (the benefit of) humanity; enjoining what is right and forbidding what is wrong and believing in Allah."

[Noble Quran 3:110]


Nota kaki : For those who wants to think, and willing to take an actions. Come on dear sisters... Set our life free by obeying God.. We are blessed because of Islam and only Islam can set our life free in the world and hereafter.. Insya-ALLAH... ;)


Mar 7, 2011

Paginya Islam, petangnya kafir...


Rasulullah s.a.w berpesan,

"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada ummatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita"


Para sahabat bertanya, "Apakah fitnah terbesar itu Ya Rasulullah..?"

Rasulullah menjawab,

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat ummatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu Ya Rasulullah..?"

Baginda s.a.w menjawab,

"Sebab dia MENJUAL AGAMANYA DENGAN NILAI DUNIA."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monolog hati : Ramai yang kata nak perjuangkan agama, namun perjuangan yang bagaimana anda semua ingin turuti...? Adakah dengan membutakan hati, menidakkan yang haq dan membenarkan kezaliman apabila dihadapkan dengan habuan dunia dikatakan memperjuangkan agama...? Adakah dengan cara menghina para ulama' penyambung risalah nabi diangkat menjadi pejuang kalian...? Adakah dengan sekadar ber'bin' dan ber'binti'kan nama Islam sudah cukup membuatkan kalian layak digelar pejuang agama...?

Allahu Rabbi... Masakan tidak. Siangnya beriman, malamnya kufur.. Paginya memperjuangkan kebenaran, malamnya menjadi juara kebatilan... Hidup memperjuangkan kabaikan, matinya dalam kejahatan...

Kerana apa...?

Kerana iman itu letaknya di suatu tempat yang sering berbolak balik, iaitu HATI...

Sabda nabi s.a.w, "Dunia adalah (ibarat) penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir." [H.R Muslim]

Wallahualam

Mar 5, 2011

Realiti

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Setinggi kesyukuran dirafakkan buat Rabbul Izzati atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya, atas pinjaman usia yang masih bersisa, ruang waktu yang masih kosong, dan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Alhamdulillah.... Selawat dan salam buat kekasih agung, Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda serta semua penerus perjuangan dalam membawa dan menegakkan panji-panji Islam di muka bumi ALLAH S.W.T...

Sama ada sedar atau pun tidak, satu fenomena yang berlaku di tanah air kita kini ialah dengan lambakan program-program dan rancangan-rancangan realiti. Ianya dilihat sebagai barah dalam masyarakat kerana boleh menggugat aqidah dan iman seseorang muslim dengan program-program yang melalaikan, berunsur maksiat dan menjatuhkan akhlak seorang muslim, namun inilah yang menjadi kegilaan kebanyakan remaja di Malaysia hari ini. Dengan berterusannya Akademi Fantasia, Mentor, Idola Kecil dan sebagainya yang secara terang membawa ke 'pintu' maksiat...


Namun harus diingati bahawa Islam tidak pernah menghalang kemajuan teknologi, malah amat menuntut umatnya untuk mempelajari sesuatu perkara itu dan menggunakannya selagi mana ia tidak melanggar syariat dan dapat memberi manfaat kepada ummat.. Tidak salah untuk menggunakan media sebagai wasilah dalam menyampaikan dakwah, namun ada batasnya. Kalau di luar negara, satu rancangan yang menarik saya untuk berkongsi adalah rancangan Junior MasterChef Australia. Satu program realiti yang menghimpunkan kanak-kanak yang berusia antara 8 hingga 12 tahun bagi menunjukkan bakat mereka dalam bidang masakan. Bukankah ianya memberi manfaat..? Sekurang-kurangnya mereka sudah boleh menetapkan minat dan bakat mereka untuk mengatur langkah yang seterusnya dalam bidang yang mereka sukai. Jauh lebih bagus daripada rancangan Idola Kecil yang hanya membuang masa dan merosakkan minda anak-anak kecil..

Aksi Sam (berbaju biru) dalam dapur.. ^_^

Di Malaysia pula, walaupun masih banyak lambakan program berunsurkan maksiat namun masih ada program-program yang membina. Antaranya Akademi Al-Quran, Imam Muda, dan Adik-adikku... Walaupun kuantiti program seperti ini sangat sedikit namun kualitinya tetap hebat. Lihat saja Imam Muda, walau semeriah mana pun orang bercakap tentang AF, namun Imam Muda sudah membuka mata dunia tentangnya, lebih hebat lagi membuka mata dunia tentang keindahan Islam itu sendiri...
AF..? Bak kate pepatah melayu menang sorak, kampung tergadai... Maruah dicampak kemana, agama dibuang entah kemana... Akhirnya menambahkan lagi kehancuran akhlak di kalangan remaja Islam.

Tapi saya bukanlah nak berkongsi tentang Imam Muda, tetapi rancangangan yang satu nie....


Yup.. rancangan adik-adikku musim yang kedua. Pada yang mengikuti daripada musim pertama pasti sudah mengetahui konsep rancangan ini. Namun bagi yang baru tahu tentang rancangan ini, apa kata luangkan masa setengah jam je untuk lihat para dae'i cilik ini..

Kenapa perlu tonton...?

Kerana......


Mereka inilah para 'doktor' yang akan merawat hati ummat yang sedang 'sakit' di akhir zaman ini...

Mereka inilah para 'juruterbang' yang akan memandu ummat akhir zaman yang telah jauh tersesat dari Al-Quran dan Sunnah...

DAN...

Mereka inilah para 'peguam' yang akan membela dan menegakkan panji-panji Islam di saat ummat akhir zaman yang telah hanyut di lembah-lembah taghut..


Semoga terus sukses wahai adik-adikku permata harapan ummat...
Adik-adikku... Insya-ALLAH boleh..!!

Untuk mengetahui maklumat tentang program adik-adikku... boleh klik SINI

Wallahualam..

Mar 4, 2011

Alhamdulillah... Finally....


Segala puji bagi ALLAH S.W.T atas segala nikmatNya yang tidak terhitung oleh kita selaku hambaNya yang serba kekurangan. Setelah hampir 3 hari blog ini berada dalam keadaan tunggang langgang, akhirnya pada hari ini telah siap juga blog kesayangan saya ini. Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH.. ^_^

Mar 3, 2011

Dalam usaha penambahbaikan


Bismillahirrahmairrahim...
Assalamualaikum watrahmatullahi wabarakatuh...

Maaf atas segala kesulitan kerana blog ini sedang diselenggara.
Harap semuanya dapat bersabar ketika melayari blog ini.

~Sabar itu separuh daripada iman.. ^_^~

Feb 23, 2011

Senyuman sang syahid

Apa yang anda semua lihat pada gambar di atas...?

Melihatkan wajahnya yang tersenyum dengan raut wajah yang tenang.. Tetapi menurut sumber, beliau telah mati syahid...
Subhanallah... perginya menuju Sang Kekasih Utama dengan jiwanya yang tenang.
Bagaimana anda semua...? Adakah bercita-cita untuk pergi menemui Sang Kekasih Utama dalam keadaan begini...? Tepuk dada tanya lah iman.. Muhasabah bersama..

Sumber : Klik SINI

Feb 21, 2011

Quote for today..

Apabila kamu bergelar seorang DAEI, kamu WAJIB sedar bahawa jiwamu tidak boleh selamanya REMAJA... kata Asy-Syahid Imam Hasan Al-Banna,
"Tanggungjawab melebihi masa yang ada dan tarbiah yang bersalutkan ILMU dan CABARAN lah yang dpt mendewasakanmu..."
Tetapi, cukupkah dengan hanya menerima tarbiah..?
Sedarlah wahai SYABAB...!!
Bangunlah wahai FATAYAT...!!!

Kalian tidak memelukan perjuangan ...
tapi kalian adalah penyambung RANTAI-RANTAI PERJUANGAN...
~HIDUP INI INDAH ANDAI TAQWA ITU MEMAGARI HATI...~


Feb 10, 2011

Peringatan para ulama' bagi mereka yang menolak hukum ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim...
"Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama') seandainya kamu tidak mengetahui.." (An-Nahl : 43)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
"Sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi. Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna." (H.R Imam Ahmad, At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majjah)

Maka sudah terbukti para ulama' berada di maqam yang tersendiri. Siapa kita untuk bidas peringatan dan pesanan mereka, pewaris para nabi...?

Ayuh... buka minda, lapangkan dada dan terimalah peringatan para pewaris nabi ini...


Ustaz Abdul Qodir Audah - (Kitab : Al-Islam Wa Audho'una Al-Qanuniyyah)
"sesiapa yang menolak hukum ALLAH atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walau sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah muslim."

Ibnu Kathir - (Kitab : Tafsir Ibnu Kathir)
"sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada ALLAH S.W.T. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa'? Mereka juga kufur kepada ALLAH secara ijma'."

Asy-Syahid Sayid Quthb - (Kitab : Tafsir Fi Zhilalil Qur'an)
"sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali ALLAH S.W.T. Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah ALLAH S.W.T yang paling utama. Mana-mana individu , pertubuhan atau negara yang mencabar Uluhiyyah ALLAH S.W.T tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur pada ALLAH S.W.T dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma'lum minad din bid dhorurah."

Dr. Muhammad Abdul Qodir Abu Faris - (Kitab : An-Nizhom As-Siyasi fil Islam)
"wajib ke atas setiap muslim menggunakan undang-undang ALLAH S.W.T dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum ALLAH adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redha, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar."

Dr. Yusof Qardhawi
"diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat ALLAH S.W.T dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum ALLAH S.W.T mereka enggan dan ingkar. Lebih dahsyat daripada itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam."

Nota kaki : Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, namun tidak ada satu jenayah pun yang berkurangan. Bahkan bertambah-tambah dan menakutkan seperti kes pembunuhan, rogol, pembuangan bayi, rompak, murtad, penzinaan dan bermacam-macam lagi yang mewarnai wajah negara kita. Cukuplah dan insaflah dengan kekerdilan dan ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang mana jalannya ALLAH S.W.T telah tunjukkan dalam manual kehidupan manusia yang abadi, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. disamping ulama' sebagai rujukan Kerana ALLAH sebagai pencipta kita semua, maka Dia Maha Mengetahui tentang ciptaanNya, dan disediakan olehNya manual kehidupan sebagai panduan dan rujukan. Bila kita tolak manual kehidupan ini, adakah kita mengatakan pada ALLAH bahawa kita lebih bijak dariNya dalam mentadbir alam ini...? Astaghfirullahal 'azim... Jangan bongkak wahai hamba-hamba yang hina...

Mari renungi hadis baginda S.A.W ini,
"Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami, dan menghormati ulama' kami." (H.R Ahmad)

Sumber : Klik SINI

Feb 9, 2011

~Lukisan Rindu~


Bismillahirrahmanirrahim...

Allahumma solli wassalim 'ala saidina muhammad, wa'ala ali muhammad....

Rasulullah s.a.w bersabda,

"Sesungguhnya orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepada ku," (H.R At-Tarmizi)

Hayatilah....

Pada tangisan atau jua pada air mata
Hadir rasa yang tak bisa ku lari darinya
Lukisan rindu yang terlakar di wajahku
Hadir dari hati yang di himpit perasaan
Dirimu ku rindu oh kekasih ALLAH
Walau kita tak pernah bersua

Mengalir mutiara suci di pipi ku
Sambil di bibir ku berselawat mengingatimu
Kerinduan bertamu tak bisa lagi ku bendung
Hanya bisa ku luah dengan kata bermadah
Ku harapkan Rahmat ALLAH
Ku harapkan syafaat mu
Agar bisa ku bersama mu
Oh Rasulullah....

Ku baca sirah mu
Ku hayati kata-kata mu
Betapa indah akhlak mu
Betapa erat ukhuwah mu dan sahabat
Ku andaikan diriku
Berada di sisi mu
Namun ku langsung terpana
Betapa hinanya aku di samping mu

Aku yang banyak berdosa
Mengharap maghfirah ALLAH
Aku malu pada mu
Duhai Rasulullah

Lukisan rindu pada mu
Penuh berwarna

Ya Rasulullah
Ya ALLAH

Mursyid : Are-Buddy

Feb 4, 2011

Indahnya andai dakwah dan perjuangannya yang menjadi matlamat kita..!

Bismillahirrahmanirrahim...

Apa pandangan anda tentang baitul muslim..? Antara jawapan yang sering didengari ialah

“Ish.. belum cukup umur lagi nak cerita bab baitul muslim. Ana muda lagi.”

“Study pun belum habis lagi. Nak cerita pasal baitul muslim..?”

“Belum bersedia lagi lah.. Nanti lah dulu. Awal lagi nie.”

Kebanyakannya hanya menggambarkan bahawa baitul muslim hanyalah pernikahan, ikatan, perhubungan antara ikhwan dan akhawat, antara muslimin dan muslimat. Saya secara jujur juga telah didoktrin dengan tafsiran ini. Sehingga satu hari, perbincangan bersama seorang guru yang saya anggap sebagai murabbi telah merubah pandangan saya terhadap baitul muslim. 360 darjah!!

Kenapa...?

Kata murabbi saya, baitul muslim itu adalah satu urusan yang amat besar.. AMAT BESAR! Ianya adalah urusan pembinaan ummah, ianya adalah urusan tentang masa depan Islam. Kerana daripada baitul muslim inilah akan lahirnya individu muslim yang akan menjadi penyambung mata rantai mata rantai perjuangan Islam. Untuk membina individu muslim, ianya adalah perkara yang sukar. Sukar saya katakan..? Kalau senang, tak kan adalah masalah sosial, bukan begitu..? Apatah lagi untuk bina baitul dakwah (rumah dakwah), ianya bukan setakat akad nikah, ianya adalah wasilah untuk urusan yang lebih besar daripada itu.

Sudah bersedia untuk melangkah ke tangga yang seterusnya..? Maka sebelum itu, jadikanlah perjalanan seterusnya ini adalah yang terbaik dari permulaannya lagi hinggalah ke akhirnya. Di situ ada barakahnya, ada kemanisannya dan ada kisah yang boleh diabadikan untuk anak-anak kita nanti. Dakwah pada zaman ini berbeza, sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya juga berbeza. Sikap ikhwah dalam menjaga ikhtilat amat berbeza. Ada yang sangat menjaga sehingga tidak memandang perempuan langsung (erkk... ye ke..?), sehinggalah kepada mereka yang suka memandang akhawat dengan beralasankan untuk mencari calon yang sesuai sebagai pasangan hidup. Ada yang telah menetapkan umur yang tertentu bagi menyediakan serba-serbi keperluan hidup. Ada juga dari belasan tahun yang dah tetapkan untuk bertunang demi membina rumahtangga.

Begitu juga perihal akhawatnya. Ada yang telah bersedia dari awal, ada yang masih belum bersedia. Cuma sedikit kebaikan daripada ikhwah dan akhawat secara zahirnya ialah mereka tidak memilih couple sebagai jalan penyelesaian untuk menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad sebagai penyelamat kepada perasaan mereka. Ada yang memberikan kita contoh yang baik. Ada yang sangat menjaga dalam segala proses baitul muslimnya, sehinggakan apabila dikhabarkan tentang pernikahan mereka, kita semua akan terkejut mendengarnya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan baitul muslim mereka. Contact tanpa menggunakan atau tanpa pengetahuan orang tengah dan sebagainya. Kita semua melihat, maka kita tanyalah hati kita untuk ikut yang mana.

Kerana kita akan menjadi contoh pada insan sekeliling kita, adik-adik kita dan tentunya anak-anak kita suatu hari nanti. Jika diri sendiri longgar, maka longgarlah anak-anak binaan kita. Namun jika benar menjaga sejak awalnya hingga akhirnya, maka ianya akan menjadi ikutan buat anak-anak binaan kita.

Bagaimana pula dengan penjagaan hati kita dengan ALLAH..? Tidak malukah kita kerana cinta kita pada ALLAH telah tercemar...? Astaghfirullahal ‘azim.. Ya ALLAH, kuatkan hambaMu ini. Sebab ada juga antara kita yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. Bercinta tanpa sah, merindu yang tidak halal. Nauzubillah.. Mohon dijauhkan.

Indahnya andai dakwah dan perjuangannya yang menjadi matlamat kita..!

Teringat dengan perbualan bersama sahabat-sahabat di kolej suatu ketika dahulu. Ketika itu, ada yang melontarkan pandangan bahawa ada di kalangan ikhwah atau muslimin yang beranggapan apabila berkahwin dengan akhwat atau muslimat, confirm settle la bab-bab agama nie. Jadi apa salahnya kalau pilih yang cantik atau yang comel siket. Hah!!! Tetap juga cantik yang menjadi sandarannya. Mana pergi dakwah dan perjuangan yang dilaung-laungkan..? Tidak kurang juga dengan akhawatnya, asalkan ikhwah ok la tu.. tak kisah la siape pon...! Erkk... tergelak saya.

Sahabat-sahabat... mari kita muhasabah bersama. Niat untuk berkahwin antara ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tetapi perkahwinan ini melibatkan hati dan perasaan, dan itulah yang membezakan antara manusia dengan benda.! Di situlah ada nilai manusiawi. Kalau namanya manusia, sudah tentu ada banyak kelemahannya. Tidak semua akhawat yang sama level tarbiyyah dan dakwahnya. Ada yang belum cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding yang lain.

Jika kita meletakkan kehendak dan citarasa kita berbanding dakwah dan perjuangannya, adakah layak untuk kita gelarkan diri kita sebagai mujahid dan mujahidah dakwah...? Yang akhwatnya, adakah kita pantas untuk menjadi pembantu di sayap kiri perjuangan si mujahid..?

ALLAH pasti akan memberikan yang terbaik jika kita meletakkanNya sebagai matlamat dan sandaran utama kita..

Maka kerana itulah kita diajarkan untuk menggunakan orang tengah... Nuqaba’ atau sesiapa yang kita percaya, yang dapat menjaga ego seorang ikhwah mahu pun malunya seorang akhawat. Biarlah pengenalan dan pertunangan ini berlaku di bawah pandangan ALLAH S.W.T. Dan bukannya syahwat! Kalau ini langkahnya, insya-ALLAH... yang terbaik pasti milikmu.

Akhawat, teguhkan hati kita semua pada ALLAH. Kurangkan agenda mencari si soleh, sebaliknya tingkatkanlah diri untuk menjadi si solehah. Dan ikhwah, pinanglah akhwat kerana dakwah dan perjuangannya...

Buat ikhwah, jagalah sifat gentleman anda dengan tidak menanyakan secara direct kepada akhawat. Jangan malu untuk menggunakan orang tengah sebagai pengantara. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhawat pun. Andai ditolak sekali pun, tidak sedikit pun tercalar ego anda.. Malah anda akan dicarikan dengan akhawat yang lain pula.

Tidak semua yang melalui baitul muslim ini sempurna. Sepertimana orang yang berkahwin selepas bercouple ada masalahnya, malah ada yang membawa kepada penceraian. Begitu juga dengan baitul muslim. Baitul muslim hanyalah wasilah kita untuk mencari Redha ALLAH. Dan untuk menggapai Redha ALLAH, kita pasti diuji. Namun jika ALLAH matlamat dan sandaran kita, insya-ALLAH kita akan meletakkan ujian itu sebagai sunnah dalam perjuangan yang perlu kita hadapi demi RedhaNya... Maka tetapkanlah matlamat kita terlebih dahulu.. Biar terang dan biar jelas. KERANA DAKWAH DAHULU, DAN KERANA ALLAH DAN RASUL-NYA YANG TERATAS.

Nobody is perfect. Carilah kesempurnaan itu pada dakwah, barulah pada yang lainnya. ALLAH pasti akan mencukupkan keperluanmu wahai akhi wa ukhti, andai kamu memilih ALLAH sebelum yang lainnya. Insya-ALLAH....

Sekadar bingkisan pendapat dari hamba yang hina ini, hasil nasihat daripada insan-insan yang telah dahulu melayar bahtera baitul dakwah. Segala yang baik adalah daripada ALLAH S.W.T, dan yang buruk itu adalah daripada diri saya yang serba kekurangan, kerana kesempurnaan hanya milik ALLAH S.W.T dengan bersandarkan kedua-duanya daripada ALLAH S.W.T.

Jika kamu menyintai nasihat, maka nasihatilah daku..

Wallahualam...


Feb 1, 2011

Kebangkitan Rakyat Mesir : Saat Sekutu Israel Dijatuhkan ALLAH

Mesir dikenali bukan kerana piramidnya. Ini kerana binaan yang menakjubkan bukan sahaja wujud di Mesir, tetapi juga di Indonesia dengan Candi Borobudur, di China dengan Tembok Besar, Patung Zues di Olimpia, Greek dan banyak lagi binaan-binaan lain di seluruh dunia. Bukanlah kemuliaan dan kehebatan Mesir di kehebatan binaan piramidnya yang lebih merupakan lambing kezaliman penguasa terdahulu terhadap rakyatnya di zaman tersebut.

Sesungguhnya kehebatan Mesir ialah kerana Universiti al-Azhar yang diasaskan pada tahun 970M. Itulah hebatnya Mesir. Bumi anbiya’ yang dipilih Allah SWT untuk menjadi tuan rumah kepada universiti tertua di dunia ini telah melahirkan generasi ulama terbilang yang bertebaran menyebarkan ilmu ke serata dunia. Atas kemuliaan ini, pemimpin Mesir sewajarnya terdiri daripada mereka yang mempunyai komitmen dengan Islam.

Sayangnya, Mesir hari ini ditadbir oleh rejim diktator yang sedikitpun tidak mencerminkan kemuliaan Universiti al-Azhar. Lihatlah bagaimana Syed Qutb telah dibunuh dengan kejam hanya kerana menulis kitab Maalim fit Tariqdan tafsir Fil Zilal al-Quran. Sekalipun dibunuh atas tuduhan memberontak, beliau tetap dipuji oleh ulama-ulama terkemudian seperti Syeikh Mutawalli Sya’rawi dan Dr. Zaghloul Najjar. Kedua-dua ulama ini setiap kali menyebut nama Syed Qutb pasti akan diikuti dengan rahimahullah rahmatan wasiatan (semoga Allah merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Kezaliman rejim Hosni Mubarak di Mesir terbukti dengan kemenangan besarnya yang dicemari dengan penyelewengan besar-besaran setiap kali diadakan pilihanraya. Kemenangannya yang mencapai 99% merupakan hasil demokrasi tempang dan cacat. Di dalam masa yang sama, rejim inilah yang menangkap ribuan pimpinan Ikhwanul Muslimin bagi menghalang mereka bertanding di dalam pilihanraya. Jika benar Hosni Mubarak menang besar di dalam pilihanraya dengan sokongan rakyat, dari mana datangnya penunjuk perasaan yang berjumlah ratusan ribu pada hari ini?

Rejim inilah juga yang menghulurkan tangan persahabatan dengan Israel pada saat Israel dikutuk di seluruh dunia kerana menzalimi rakyat Palestin. Mereka menidakkan fatwa yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa al-Azhar pada 18 Jamadil Awwal 1375H bersamaan 2 Januari 1956M yang mengharamkan sebarang bentuk kerjasama dengan negara haram Israel. Di antara mereka yang bersidang pada hari itu ialah Syaikh Isa Manun, Dekan Fakulti Syariah dari Mazhab Syafi'i, Syaikh Mahmoud Shaltout, dari Mazhab Hanafi, Sheikh Mohamed Thaneikhi, Pengarah Badan Dakwah dan Bimbingan Keagamaan, dari mazhab Maliki, Syaikh Muhammad Abdul Lathif As-Subki, Pengarah Penyelidikan Universiti Al-Azhar dari mazhab Hanbali dan Syaikh Zakaria Al-Birri, Bahagian Jawatankuasa Fatwa.

Sesungguhnya tangan Hosni Mubarak ialah tangan berlumuran dengan darah rakyat Palestin. Kekuasaannya tegak di atas susunan tulang tulang para ulama yang dikorbankan demi untuk memenuhi tuntutan hawa nafsunya. Hari ini, tindakan paling tidak demokratik telah dilaksanakan dengan menutup semua akses internet dan talian telefon semata-mata untuk membendung kebangkitan rakyat.

Dalam hal ini, saya menyetujui pandangan Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi supaya Hosni Mubarak meletakkan jawatan dan akur dengan kehendak rakyat Mesir demi kebaikan rakyat Mesir dan umat Islam keseluruhannya. Semoga Allah SWT akan menaikkan penguasa yang benar-benar berkhidmat untuk rakyat dan Islam khususnya membela nasih umat Islam di tanah yang bersempadan dengan Mesir iaitu Palestin. Padanlah kalau pihak yang kecut perut sekarang ini dengan perkembangan yang berlaku ialah Israel.

Sekian, wasalam.

Tuan Guru Datuk Bentara Setia Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan merangkap al-Mursyidul Am PAS.

Bertarikh : 27 Safar 1432H bersamaan 1 Februari 2011M

Sumber : SINI

Jan 30, 2011

Redha ALLAH... buruan ku


Bismillahirrahmanirrahim...

"Diwajibkan ke atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyenangi sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
Al baqarah : 216

"... Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) ALLAH, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.."
Muhammad : 7

Cukuplah janji-janji ALLAH dalam naskah cintanya sebagai pengubat hati kita semua. Bukan kemangan dunia semata-mata yang kita kejar, bukan jua kesenangan dunia semata-mata yang kita dambakan... Apa guna kemenangan dan kesenangan tanpa REDHA ALLAH S.W.T...?? Sungguh, dugaan ini tidak akan mematahkan langkah kami... Malah ianya umpama penguat semangat agar terus melangkah dengan penuh sabar, melangkah dalam menuju matlamat utama.. Mardhatillah... Bukankah ujian itu sunnah perjuangan...? Para Rasul, mujahid-mujahid dakwah terdahulu juga diuji dengan hebatnya. Dan jalan ini, Insya-ALLAH... selagi bernafas akan kami terus melangkah, walaupun dihampar dengan ranjau berduri. Anda bagaimana...? Ayuh... perbaiki diri demi Islam dan perjuangannya...

REDHA ALLAH.... buruan ku...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...