Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Pertama dan selama-lamanya, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas pinjaman usia yang masih diberikan untuk kita terus mengatur langkah di bumi yang penuh tipu daya, demi meraih RedhaNya... Alhamdulillah... Bersyukur juga atas nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman..
Pada tahun ini, merdeka telah jatuh pada bulan Ramadhan. Jika dilihat pada tahun-tahun sebelum ini, apabila tiba sahaja kemerdekaan, pelbagai sajian-sajian kemungkaran yang terhidang pada kita untuk meraikan kedatangannya. Namun pada tahun ini, kemerdekaan itu jatuh dalam bulan Ramadhan. Saya bukanlah ingin membawa bagaimana harus kita meraikannya, tetapi saya lebih berminat untuk membawa satu persoalan untuk kita sama-sama fikirkan,
"MERDEKA KAH KITA???"
Yer... merdeka ke kita ni? Apakah alat untuk mengukur kemerdekaan?? Adakah dengan pembangunan yang pesat dikatakan merdeka?? Saya teringat ketika mengikuti satu ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Akhwan Afandi, beliau ada menyebut bahawa kemerdekaan yang hakiki ialah apabila kita mendekati Allah. Apabila kita lahir sahaja ke dunia ini, maka ayah kita akan melaungkan kalimah azan.... Itulah sebenarnya bukti kemerdekaan yang hakiki.
Bagaimana pula dengan kondisi pada zaman kini? Adakah boleh dikatakan bahawa kita merdeka? Yer.. kita masih merdeka. Merdeka dalam erti kata bebas daripada penjajahan penjajah. Bebas untuk melakukan apa sahaja dalam bumi Malaysia yang aman dan damai. Itu adalah MERDEKA DUNIAWI SEMATA-MATA!!!!!!!
Sedarlah wahai jiwa, dunia ini hanyalah sementara. Negeri akhirat itulah yang kekal abadi. Adakah kita ingin mengorbankan kebahagiaan hakiki di negeri abadi hanya kerana keseronokan sementara? Bangkitlah wahai jiwa-jiwa yang masih hidup, renungkan bersama.... Pandang sekeliling kita. Apa yang dapat dilihat dengan mata kasar? Maksiat berleluasa, pergaulan yang sangat bebas sehingga tiada lagi perasaan malu, gejala sosial meningkat, pembuangan bayi yang tidak berdosa, gejala melepak yang maha hebat, dan bermacam-macam lagi. Adakah ini definasi MERDEKA yang kita banggakan?
Ayuh.... bangkit bersama. Kita seiring dalam mengejar KEMERDEKAAN HAKIKI, iaitu mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta Yang Maha Agung, Allah Azza Wajala. Sama-sama kembali kita mengamalkan syariat Allah dalam meraih Radha-Nya... Marilah wahai jiwa-jiwa yang berada dalam genggaman Allah s.w.t, MERDEKAKAN DIRI KITA DARIPADA BELENGGU JAHILIYAH. Kembali lah kepada Islam yang yang sebenar-benarnya. Kembalilah kepada tujuan yang satu iaitu, REDHA ALLAH S.W.T. dalam menuju matlamat yang satu, NEGERI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI...
Saya kongsikan lirik nasyid FATAMORGANA nyanyian kumpulan Hijjaz yang menceritakan tentang hakikat dunia yang sementara dan penuh tipu daya.
Pulanglah pada Tuhan
Cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya
Pada Allah.... Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita
Melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan (cahaya kebenaran)
Keimanan, ketaqwaan kepadaNya...
Senjata utama...
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Iman lah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Saya ingin kongsikan kata-kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna untuk renungan diri saya sendiri, juga sahabat-sahabat yang lain....
"Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegaklah Islam dalam negaramu.."
Wallahu'alam...
No comments:
Post a Comment