- Kesempurnaan Iman
- Kesudian Memberi
- Memberi dengan kasih sayang
Cinta akan menjadikan manusia mudah disuruh. Tak percaya??? Pernah dengar kisah anak gadis yang lari rumah kerana mengikut kekasih hati? Kerana apa? Kerana anak gadis ini sudah 'mabuk' dengan cinta dan sanggup untuk melakukan apa sahaja demi cinta. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan bahawa mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Sedangkan Allah menganugerahkan perasaan cinta itu supaya kita mempunyai kekuatan untuk beribadat dan mengamalkan syariat Allah, bukan semakin jauh dan melanggar syariat Allah.
Cinta juga perlu diluaskan skopnya. Apabila sebut sahaja pasal CINTA, bukan hanya cinta antara kekasih dengan kekasih, tetapi cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat, cinta kepada alam, dan yang paling penting cinta kepada Allah, Rasul dan agamaNya.
Menurut Pak Firdaus, Cinta itu terbahagi kepada 3 iaitu :
- Intelektual
- Emosional
- Spiritual
CINTA INTELEKTUAL
Cinta intelektual ialah cinta yang dilihat daripada perspektif fizikal seseorang. Conntohnya adalah seperti berikut :
"Ish... hensemnye dia. Macam Brad Pitt lar."
"Perempuan tu lawa lar. Macam Siti Nur Haliza."
"Aku suka lelaki macam dia tu, sebab dia tinggi, hidung mancung.. memang sesuai dengan citarasa aku."
"Perempuan macam tu lar taste aku, tak tinggi sangat, tak rendah sengat. Sedang-sedang jer. Tak gemuk sangat, tak kurus sangat.Mata bulat pulak tu. Memang lawa."
Maknenyer... cinta itu didefinasikan melalui fizikal seseorang. Kalau tak paham, buat-buat paham lar. hehehe....
CINTA EMOSIONAL
Cinta emosional nie lebih kurang macam love at first side. Baru jumpa pertama kali, jantung dah bergetar hebat. Dan cinta emosional nie juga selalunya cinta yang mendatangkan nafsu. Contohnya ialah menonton cerita-cerita dekat television. Al-maklumlah cerita-cerita dekat television sekarang nie macam mane kan? Memang dah merapu sungguh. Nasib baik saya duduk hostel, memang tak de mase nak tengok tv nie. Nak dijadikan cerita, apabila seorang lelaki melihat wanita-wanita seksi lagi seksa di kaca television, maka terbitlah penyakit hati iaitu pandangan yang penuh nafsu. Maka akan dikatakan bahawa dia telah jatuh cinta pada pelakon itu dan sebagainya, padahal ianya hanya atas dasar nafsu semata-mata.
CINTA SPIRITUAL
Cinta spiritual inilah yang telah hilang. Konsepnya mudah, cinta atas dasar ketaqwaan kepada Allah semata-mata. Pak Firdaus mengambil kisah Saidina Umar r.a. Ketika Saidina Umar sedang meninjau keadaan rakyatnya pada suatu malam, beliau mendengar satu rumah dengan suara tangisan kanak-kanak. Saidina Umar r.a. pun menghampiri rumah tersebut. Alangkah terkejutnya Umar apabila melihat si ibu sedang merebus batu untuk anak-anaknya. Akhirnya si anak kepenatan dan tertidur sambil menyagka makanan sedang dimasak. Si ibu mula bersuara, "Ini semua salah Umar, salah pemimpin kerana tidak pernah tahu tentang kesusahan rakyatnya yang miskin." Umar balik ke gudang rumahnya dan mengambil seguni gandum lalu meletakkan di belakangnya dan memikulnya sendiri untuk dibawa ke rumah si ibu tadi. Sedang pengawal peribadinya terlihat, lalu dia berkata, "Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau bersusah payah sebegini rupa, sedangkan kau adalah pemimpin." Lalu Umar menjawab, "Ini adalah amanah dan tanggungjawab ku, mereka yang kelaparan adalah rakyatku. Aku takut untuk mengahadapi Tuhanku di akhirat kelak."
Secara konklusi nyer, perbuatan Umar mengangkat gandum sendiri menunjukkan beliau tidak mengambil kisah tentang statusnya, menunjukkan bahawa beliau takut akan Allah dan kasih kepada rakyatnya. Inilah kasih sayang yang telah hilang di zaman kini. Kasih sayang yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah.
CINTA MONYET MERUNTUHKAN TAMADUN???
Ya.... cinta monyet telah meruntuhkan tamadun. Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Ustaz Hasrizal.
Kisah ini berlaku pada kurun ke-15, ketika Andalus di ambang kejatuhan. Kerajaan Nasrani ingin menjatuhkan Andalus. Maka, mereka menghantar mata-mata atau spy untuk melihat keadaan anak muda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu pun berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu mata-mata Nasrani itu pun pergi ke arah pemuda yang sedang menangis lalu bertanya mengapa dia menangis.. Dan pemuda itu menjawab,
"Aku menangis kerana kalau dahulu satu panah ku mampu untuk mengenai 2 sasaran... tetapi kini satu panah ku hanya mampu untuk mengenai satu sasaran sahaja."
Lalu mata-mata Nasrani itu pulang ke tempatnya dan memberitahu kepada pemimpinnya bahawa Andalus belum sedia untuk diperangi. Selepas beberapa tahun, kerajaan Nasrani mengahantar kembali mata-mata untuk mengintip keadaan pemuda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu terlihat seorang pemuda sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu, mata-mata tersebut menghampiri pemuda itu dan bertanya mengapa dia menangis.. Lalu pemuda itu menjawab...
"Aku menangis kerana kekasih hatiku telah meninggalkan aku."
Maka, mata-mata itu pulang dan memberitahu bahawa kini, Andalus sedia untuk diperangi. Maka pada tahun 1492, kota Andalus yang berusia lebih 700 tahun itu telah musnah di tangan orang-orang Nasrani di saat ketika pemuda-pemudanya hanyut dengan cinta monyet ini.
Saya juga tertarik dengan kupasan Ustaz Zahiruddin mengenai soalan yang diajukan oleh moderator mengenai adakah kahwin ini merupakan satu jalan penyelesaian. Ustaz Zahiruddin menegaskan bahawa kahwin bukan satu jalan penyelesaian. Ini kerana perkahwinan itu bukan lah indahnya pada majlis perkahwinan itu, tetapi perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab dan amanah..
Ketika diajukan tentang persoalan perigi mencari timba, saya betul-betul terpana dengan jawapan Ustaz Hasrizal.
"Tidak kisahlah persoalannya perigi mencari timba ke, atau timba mencari perigi ke.. Yang penting perlu ada orang lain yang tolong membawakan timba itu kepada perigi, atau mengangkut air dari perigi kepada timba."
Simple sahaja.. Tetapi memberikan seribu satu pengertian. Maknenye, tak kisahlah muslimat atau muslimin, yang pasti perlu ada orang tengah diantara muslimat dan muslimin. Kalau muslimat sudah berkenan dengan seorang muslimin, dan diakui agamanya serta akhlaknya... Maka, bolehlah meminta bantuan daripada orang tengah.
Akhirul kalam, ingin saya titipkan beberapa kata mutiara dan doa Rasulullah buat kita semua renungi.
Tamadun itu adalah manusia, jika rosak manusia maka rosaklah tamadun. (Ustaz Hasrizal)
Jangan pernah ingin bercinta, kalau kasih sayang Allah tidak pernah dihargai. Jangan pernah ingin bercinta sesama manusia, jika kasih sayang Rasulullah s.a.w tidak pernah dihargai. Jangan pernah ingin bercinta sesama manusia, jika kasih sayang ibu bapa tidak pernah dihargai.... (Ustaz Zahiruddin)
Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan amal yang dapat menghantarkanku pada cinta-Mu. Ya Allah.. Jadikan cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang dingin. (Hadis Riwayat Tarmidzi)
No comments:
Post a Comment