“Mari kita tunaikan solat,
Sehari semalam 5 waktu,
Nabi kita Nabi Muhammad,
Tuhan kita Allah yang satu”
Pernah tak dengar lagu Raihan nie… name lagu dia, hehehe… saya lupe lar. Tak pon lagu nie… saya kompem semua orang pernah dengar…
“Spohon kayu daunnya rimbun,
Lebat bunganya serta buahnya,
Walaupun hidup seribu tahun,
Kalau tak sembahyang apa gunanya….”
Lagu sepohon kayu ni memang popular. Tapi bukan kepopularan lagu nie yang nak saya kongsikan bersama. Tetapi makna disebalik tiap bait-bait lagu sepohon kayu nie yang mempunyai maksudnya tersendiri. Cam sepotong lirik kat atas tuh, menerangkan bahawa selama mane pun kita hidup kat muka dunia nie, tapi kalau tak solat…. hidup kita nie tak de maknenye… Nak menunjukkan kat sini betapa pentingnya ibadah yang bernama solat nie.
Dalam segala amalan yang telah kita lakukan kat dunia nie, solat adalah perkara pertama yang akan disisab di akhirat kelak. Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
“Perkara pertama yang dihisab keatas seorang hamba di hari kiamat adalah solat, jika baik solatnya maka baiklah seluruh amalannya dan jika buruk solatnya maka buruklah seluruh amalannya.”
Kenape yer susah sangat nak kerjakan solat??? Kalau nak diikutkan, setiap waktu solat yang kita lakukan tak sampai pun sepuluh minit. Tolak waktu utk ambik wudhu’, pakai telekung, ntah-ntah tak sampai 5 minit. Dan sehari 5 kali je. Maknenye 5 kali darab 5 minit same dengan 25 minit sehari. Dalam 24 jam yang Allah bagi kita untuk sehari, tak kan lar kita tak boleh nak memperuntukkan 25 minit jer untuk kita spent mase kita untuk Allah. Tu pun susah ke? Masih lagi nak komplen-komplen kat Allah yang mase kite tak cukup untuk solat. Dalam 24 jam sehari, kite cume perlu memperuntukkan 25 MINIT SAHAJA. Sepatutnya setiap detik, setiap nafas kita dan setiap perbuatan kita mestilah mengingati Allah. Bukan pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sedangkan Rasulullah s.a.w. yang maksum pun solat sampai bengkak-bengkak kaki baginda, inikan pula kita yang memang banyak dosa.
Kalau kita lihat, pensyariatan solat ini berbeza dari ibadah-ibadah yang lain. Ibadah-ibadah cam zakat, puasa, haji…semuanya diturunkan melalui perantaraan wahyu yang disampaikan oleh Malaikat Jibril Alaihissalam kepada junjungan yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w. Tetapi ibadah solat ini berbeza. Nabi Muhammad sendiri isra’ ke baitul maqdis dan mikraj ke langit untuk bertemu Sang Pencipta Yang Maha Agung, Allah Azza Wa Jalla untuk mengambil ibadah solat ini. Disini sudah cukup untuk membuktikan betapa istimewanya ibadat yang bernama solat ini.
Kalau diikutkan pada awalnya, solat yang wajib dilaksanakan adalah sebanyak 50 waktu. Tetapi Rasulullah s.a.w. mengetahui bahawa umat baginda tidak akan mampu untuk melaksanakannya. Maka baginda s.a.w telah memohon kepada Allah s.w.t agar mengurangkan waktu solat. Akhirnya, Allah hanya menetapkan 5 waktu sehari berbanding 50 waktu sehari. Hm… masih nak merungut lagi? Atau pun nak mintak kurangkan lagi….. Jangan jadi zalim. Jangan jadi hamba tak reti nak bersyukur.
Kalau kita lihat dalam senario masyarakat kita pada hari ini, kebanyakan daripada kita meletakkan kepentingan solat nie last sekali. Yang utama dalam fikiran masyarakat kini adalah soal duit, harta, anak bini, assignment, kerja, dan yang paling akhir sekali barulah nak pikir pasal solat. Sepatutnya, solat adalah KEUTAMAAN kita, perkara yang patut kita letakkan di atas sekali. Bukan benda-benda yang kononnya penting, padahal tak penting mane pun. Hm… usik hati masing-masing, dan tanyalah iman, di mana kita letakkan solat nie dalam kehidupan kita.
Sebenarnya kita tiada alasan, bahkan tidak boleh ada alasan untuk meninggalkan solat. kerana apa?? Kita telah diberi rukhsah atau keringanan dalam solat. Tidak ada air untuk wudhu’?? Kita boleh tayamum… Sakit sehinggakan tidak boleh berdiri untuk solat?? Boleh solat dalam keadaan duduk… Tak mampu jugak untuk duduk?? Tak de masalah, boleh solat dalam keadaan berbaring… Tak mampu jugak??? Boleh solat menggunakan mata. Tak mampu solat menggunakan mata?? Boleh solat guna hati… Ape lagi alasan yang nak digunakan untuk tidak solat… Islam tidak pernah membebankan penganutnya. Kita je yang buat-buat susah.
Ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak untuk solat. Boleh bertoleransi dengan anak-anak, tetapi perlu tegas dalam mendisiplinkan mereka dengan ibadah solat. Memang la mula-mula mereka akan melakukan solat sebab takut dengan ibu dan ayah, tetapi… Insya-Allah, ketakutan kepada ibu bapa akan bertukar kepada ketakutan kepada Allah. Ketakutan dengan azab Allah yang maha pedih.
Saya ade bace beberapa alasan mereka yang meninggalkan solat. Dan jawapan untuk mereka ini…
“Dulu saya selalu sembahyang. Tapi setiap kali saya berdoa Allah tak pernah pun perkenankan doa saya.”
Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya...
“Saya sembahyang ke, tak ke… same jer. Miskin jugak. Tak kaye-kaye pun.”
Saya tak berkenan betul dengan alasan nie. Apsal?? Nampak sangat solat sebab nak harta, bukan sebab kita sayang kat Allah dan nak mendapatkan redhaNya. Andaikata Allah bagi jadi kaya, konpem ker kita makin rajin solat?? atau pun… makin liat. Ye lar. Harta kan da banyak, mane lagi nak uruskan harta kan. Boleh dikira dengan jari orang yang kaya yang benar-benar menjaga waktu solatnya.
“Sembahyang??? Muda-muda nie mane ade trend sembahyang. Dah tua besok kita orang sembahyang lar..”
Suka hati korang je. Ape.. korang ingat sembahyang tu trend ke??!! Lagi satu, kompem ke masih ade esok untuk korang?? Ntah-ntah kejap lagi Malaikat Izrail dah jemput. Ha.. nak jawab ape? Tunggu je lar malaikat munkar ngan nakir kat dalam kubur nanti. Cube lar jawab camtu.
“Erk… bukan tak nak sembahyang. Tapi tiap kali waktu sembahyang jer mesti bertembung dengan waktu kerje…”
Haaa… elok sangat lar tuh. Time makan pandai pulak cari mase. Time solat seribu satu alasan korang bagi.
“Mak ayah saya tak pernah sembahyang, jadi saya tak nak lar jadi anak derhaka. Nak masuk syurga kena dengar cakap mak ayah kan?”
Allah s.w.t. berfirman dalam Surah Luqman ayat yang ke 15, maksudnya…
“Dan jika keduanya (ibu bapa) memaksamu untuk mempersekutukan dengan Aku sesuatu yang tidak pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikut keduanya.”
Dah terang lagi bersuluh dah firman Allah nie, nak cari alasan ape lagi? Pastu ada hati nak masuk syurga… Ape lagi, solat lar..!
“Nanti ade mase saya qada’ lar ek..”
Sape bagi korang jaminan yang korang ade mase untuk qada’?? Kalau mati dan tak sempat nak qada’, apa kes??
“Saya sembahyang ikut waktu yang saya suka je. Kalau saya rase saya nak sembahyang, saya sembahyang lar…”
Amboii… banyak cantik muka korang. Kalau macam tuh korang jangan hirup oksigen yang Allah bagi free nie. Bile korang rajin jer baru korang hirup. Boleh???
“Walaupun saya tak sembahyang, tapi hati saya baik tau. Sembahyang pun buat ape kalau hati tu jahat…”
Aduss… nie harus ade yang merasa flying kick nie. Apa hal pulak nak menyamakan solat dengan soal hati. Nie kire cam korang bercerita tentang rumah dengan kapal terbang. Dua perkara yang berbeza. Yang solat tuh sekurang-kurang nyer dosa dia mengenai solat dah lepas, yang tak solat tu… da lar dosa sebab tak solat kompem nyer lar. Ntah-ntah amalan korang yang baik tu pun tak dikira sebab berjangkit ngan dosa sebab tinggalkan sembahyang. Sape yang tau kan? Kalau tak tau, buat lar cara tak tau, jangan nak cakap ikut sedap mulut jer. Dalam satu hadith bertaraf sohih, Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
“Yang membezakan iman dan kufur adalah meninggalkan solat”
Jadi sahabat-sahabat sekalian, marilah sama-sama kita menjaga solat kita dengan sesempurna yang boleh. Akhir kalam, jari disusun memohon maaf atas keterlanjuran.
Jika kamu menyintai nasihat, maka nasihatilah daku…
SOLAT ITU TIANG AGAMA…
2 comments:
lagu 2 sepohon kayu yanie
haha
hehe...
ye marhamah..
mekaseh... huhu..
Post a Comment