Pages

Aug 19, 2009

Di Sebalik Tabir Syahadah

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... Pertama dan selama-lamanya marilah kita semua memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas segala bentuk nikmat yang telah dikurniakan olehNya, lebih-lebih lagi nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.. Dan saya juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dalam kesibukan dan keserabutan dengan pelbagai perkara, Allah masih memilih hati ini untuk turut sama dalam satu program ilmiah yang berunsurkan tarbiyyah ruhaniah, iaitu weekly boomerang yang dianjurkan oleh PMH. Tajuk minggu nie memang hebat... DI SEBALIK TABIR SYAHADAH... dan yang menyampaikannya juga cukup hebat... dikenali sebagai "ustaz mantop" atau "ustaz mari mengaji".. iaitu Ustaz Zamri. Dikala pada keesokan harinya saya mempunyai test Research Methadology, namun hati yang sering dahagakan pengisian ruhaniah meronta-ronta ingin minta diisi dengan "makanan hati". Alhamdulillah.... program-program seperti ini sentiasa mengisi hati yang sering berada dalam "kelaparan" dan "ketandusan makanan ruhaniah". Dan saya berpegang pada janji Allah dalam Surah Muhammad ayat yang ke-7, ayat yang sentiasa menjadi penyejuk hati tatkala iman digoda oleh syaitan laknatullah... ayat yang berbunyi....



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah... Allah akan memudahkan urusanmu, dan mengukuhkan kedudukanmu."
Ustaz Zamri juga ade memberi peringatan, daripada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, dia dikira berjuang di jalan Allah sehingga ia pulang kembali ke rumahnya."
Syahadah merupakan satu kalimah penyaksian, di mana ketika mengucap syahadah ini, kita mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w ialah pesuruh Allah.
Ketika di alam rahim, kita semua telah membuat satu penyaksian, cuma apabila kita telah transit di alam dunia inilah, anak-anak akan dicorak oleh ibu bapa.
Setiap kelahiran kat dunia ini, lahir dalam fitrah Islamiyah. Ibu bapa yang akan mencorak sama ada anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Apabila anak-anak tiba di alam dunia, maka bermulalah pengukuhan syahadah itu melalui laungan azan atau iqamat yang akan dibacakan oleh si ayah.
APA ADA DI SEBALIK SYAHADAH???
Hm... sedar atau tidak, apabila kita mengucapkan syahadah itu... Maka, kita menyedari peranan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini dan juga peranan kita yang paling utama iaitu HAMBA ALLAH..
Apa itu KHALIFAH???
KHALIFAH... atau wakil Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita harus menegakkan agama Allah dan mentadbirkan dunia ini dengannya. Maka, dalam situasi sekarang... adalah WAJIB bagi setiap orang yang mengucapkan syahadah untuk melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Saya ulangi sekali lagi... WAJIBBBBB untuk setiap orang yang mengucapkan syahadah untuk melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Kerana kita semua akan dipersoalkan di Mahkamah Mahsyar kelak, di hadapan hakim Yang Maha Adil tentang peranan kita selaku khalifah di muka bumi ini. Ayuhlah sahabat-sahabat, kita hadamkan balik tentang amaran Allah yang berbunyi,
Antara golongan yang akan masuk api neraka dan akan menjadi bahan bakarnya ialah mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak ingin mengambil tahu.
Peranan yang paling utama selaku HAMBA ALLAH
Bersesuaian dengan firman Allah Illa liya' budun.... iaitu apabila kita melafazkan syahadah ini bererti kita mengakui peranan kita sebagai hamba kepada Allah. Cuba kita renungi berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita daripada kita lahir hinggalah besar panjang sekarang nie. Daripada nikmat tubuh badan, pancaindera, matahari, udara, air... Segala-galanya datang daripada Allah. Allah telah bagi "subsidi" kepada kita semua daripada A hinggalah Z. Andai kate Allah mentakdirkan setiap kali kita sedut oksigen, harganya ialah RM 0.10... Nescaya, mati hidup kembali pun kita tidak akan mampu untuk melunaskan "bil oksigen" ni. Kalau dilihat daripada segala pemberian dan "subsidi" daripada Allah nie, agak-agaknye... siapa yang perlukan siapa ye?? Ya.... Kita yang amat perlukan Allah... Allah tak perlukan kita sama sekali. Jadi, layakkah kita untuk tidak mengikut suruhanNya?? Layakkah kita yang bertaraf hamba nie untuk mempertikaikan syariatNya?? Usiklah hati, tanyalah iman.
LAYAKKAH KITA UNTUK SYURGANYA???
Saya nak bawa anda semua ke satu situasi yang diceritakan oleh Ustaz Zamri sendiri. Umur umat Nabi Muhammad s.a.w yang standard ialah 60 hingga 70 tahun. Jadi, Ustaz Zamri mengambil average umur tersebut. Andaikan umur kita ialah 65 tahun. Tolak umur mase belum baligh, katakanlah 15 tahun. Jadi, kita ada lebih kurang 50 tahun. Andaikata kita tido satu hari 8 jam, maka dalam 50 tahun kita akan tido lebih kurang 17 tahun. Belajar dan bekerja dalam 50 tahun itu adalah sebanyak 25 tahun. Katakan kita rehat satu jam sehari, maka dalam usia 50 tahun, kita berehat sebanyak 6 tahun. Dan andaikata kita solat setiap waktu 10 minit, maka dalam 50 tahun kita peruntukkan waktu solat sebanyak 2 tahun.
Baki umur yang ada setelah ditolak umur sebelum baligh ialah 50 tahun.
50 tahun (umur kt dunia)
- 17 tahun (tidur)
- 25 tahun (belajar dan bekerja)
- 6 tahun (rehat)
2 tahun (solat)
Selama 50 tahun kita hidup kat dunia nie, cukup ke kita untuk membeli sesuatu yang besar di akhirat kelak iaitu syurga Allah hanya dengan 2 tahun? Layak ke kita semua??
Tetapi semua yang diatas boleh jadi ibadat andaikata :
  1. niat kerana Allah s.w.t
  2. ikut segala arahan Allah dan tinggalkan larangan Allah.

Same-same lar kita memuhasabah diri kita kembali..... Sedarlah wahai sahabat-sahabat, hidup kat dunia nie umpama satu persinggahan sahaja. Matlamat utama kita adalah AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. Semoga kita semua sentiasa berada dalam jalan perjuangan yang diredhaiNya. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, Umat Islam di akhir zaman yang membawa Islam umpama menggenggam bara api. Namun, inilah generasi-generasi bertuah yang sentiasa dirindui oleh Rasulullah s.a.w...

Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...