Pages

Aug 6, 2009

Tarbiyyah Ruhaniah

Salam 'alaik... Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat juga mencuri masa untuk mengupdate blog yang telah lama ditinggalkan. Minggu nie saya memang dilanda kepenatan. Tapi yang pasti saya dilanda KEPENATAN MENTAL. Sebab apa??? Kerana.... saya penat melihat remaja-remaja seusia saya khususnya dan umat akhir zaman umumnya... yang saya kira berada dalam keadaan nazak. AMAT NAZAK!!!! Sehingga kadangkala menguji keimanan dan kesabaran saya. Namun, di tengah-tengah kemaslahatan ummat akhir zaman, saya bersyukur kerana masih ada "santapan-santapan" untuk hati ini daripada hanyut dan lalai dengan dunia yang penuh pancaroba. Jadi, saya sertakan beberapa program agama sepanjang minggu nie.

Islam Semakin Dagang... Kemana Hilangnya Generasi Al-Quran???
Pogram ini adalah anjuran PMH pada 4 Ogos 2009. Dipanggil sebagai 'Weekly Boomerang' atau Tuesday Night Lectue (TNL) bertempat di Dewan Kuliah B, Menara Sains dan Teknologi. Dan takdir Allah mengkehandaki saya untuk menjadi pengacara majlis memandangkan penceramah adalah Ustazah. Hmmm.... Jadi bidan terjun jer nie. Moga dapat membantu melancarkan majlis.

MC bidan terjun.. (",)
Sedikit perkongsian bersama.... Mengapa Islam ditindas??? Kerana ummat Islam kini tidak lagi menitik beratkan tentang akhlak. Kerana akhlak bersangkut paut dengan aqidah. Kalau diimbas dari statistik keruntuhan akhlak yang ditunjukkan oleh Ustazah Nik Kamaliah, memang sesuatu yang menggerunkan. Bayangkan hampir 50,000 orang Melayu Islam yang terlibat dalam gejala-gejala sosial di Malaysia. Astaghfirullah hal 'azim... Cukup menggentarkan hati semua peserta pada malam itu. Kesimpulan yang boleh dibuat, kebanyakan gejala sosial seperti rempit, gengsterism, buang anak dan sebagainya adalah berakar umbi daripada kerosakan akhlak remaja itu sendiri seperti pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya. Saya agak tertarik dengan pesanan daripada pengerusi majlis daripada wakil muslimin,
"Ana lihat yang datang pada malam ini pun lebih kurang macam ustazah jugak. Jadi bagi ana dakwah kita belum berjaya lagi. Moga untuk ceramah seterusnya antum dapat mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk turut serta dalam program seperti ini. Insya-Allah..."
Sedikit sebanyak ada kebenaran yang diucapkan oleh pengerusi majlis daripada wakil muslimin itu. Saya juga berharap agar program seperti ini dapat melibatkan semua pelajar kampus tanpa mengira siapa sahaja mereka. Bertudung labuh, bekopiah, free hair.... Semua dijemput hadir ke Majlis Ilmu ini.
Untuk ke laman web rasmi PMH, klik SINI
Untuk ke blog PMH, klik SINI YER..




Menjadi Isteri Idaman

Hehe... Tajuk jer da membuatkan Dataran Mawar ini penuh dengan peserta. Alhamdulillah... anggaran peserta yang hadir untuk mendengar ceramah ini adalah 2000 orang. Moga kita semua sentiasa berada di bawah RahmatNya... Ameen. Tajuk yang cukup serasi buat mahasiswi yang bakal menempuh alam perkahwinan. Kerana selepas alam universiti, alam kerja. Selepas alam kerja, alam perkahwinan. Insya-Allah.... Namun ada sahaja sahabat-sahabat yang berkahwin mase belajar. Kahwin muda... Moga berkekalan hendaknya.

Talk show pada malam itu telah disampaikan oleh seorang isteri yang berkerjaya, iaitu Dr. Sharifah dan seorang wakil mahasiswa iaitu Akhi Muhammad Fadhil. Dr. Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Shaf adalah seorang isteri yang baru mendirikan rumahtangga kira-kira 8 bulan yang lepas. Orangnya kecil sahaja. Bertugas di Hospitak Besar Kuala Lumpur. Manakala Akhi Fadhil pula merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Beliau juga merupakan Pengerusi Surau di Kolej Jati. Apa yang menarik, kedud-dua penceramah ini bukanlah berasal daripada latar belakang pendidikan Islam, namun mampu mengolah forum dsri sudut perspektif Islam dengan jayanya. Moga menjadi profesional yang punya ilmu agama yang mantap.


Saya sedikit lega apabila Kak Shaf menyatakan bahawa "budaya couple itu tidak pernah dianjurkan dalam agama Islam." Atau dengan kata yang lain, couple itu HARAM. Dan saya tertarik dengan kupasan Akhi Fadhil mengenai ciri-ciri isteri idaman setiap insan yang bergelar muslimin. "Yang pertama mestilah TAAT selagi mana arahan suami tidak becanggah dengan syariat Allah. Yang kedua ialah SOLEHAH. Yang tahu tanggungjawabnya sebagai wanita solehah. Yang ketiga ialah DAPAT MENGENALI SUAMI SEBAIKNYA. Ini dapat dilihat apabila pasangan yang pada pandangan umum seperti pasangan Ustaz-Ustazah, namun berlaku jua penceraian kerana isteri tidak begitu mengenali suaminya. Dan yang terakhir ialah BERSIFAT IBU MITHALI." Jadi marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.



Akhi Fadhil dan Kak Shaf

Jadi pesanan buat diri sendiri serta muslimat-muslimat di luar sana, persiapkanlah diri antunna semua dalam menjadi sayap kiri perjuangan seorang pejuang agama Allah bernama suami.



Bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban
Sempena dengan malam nisfu syaaban, kami mengambil kesempatan untuk membaca yasin secara berjemaah di court badminton belakang bilik saya. Hehehe... Kita gemakan Kolej kita dengan alunan kalamullah. Seperti yang sedia maklum, banyak sangat kelebihan Malam Nisfu Syaaban nie. Sebelum bace yassin, kite naqibah saya telah memberi sedikit tazkirah bekenaan keistimewaan Nisfu Syaaban nie. Antaranya ialah :
Hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
"Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan"
(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Imam Syafie dalam kitab al-Umm telah berkata,

"Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan, sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu, pada malam jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam petama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Menanti sahabat-sahabat yang lain...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...