Pages

Apr 9, 2012

Apa yang menghalangimu?

Bismillahirrahmanirrahim...

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ

Maksudnya : "Katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka, dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya... " (an-Nur : 31)

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا  

Maksudnya : "Hai Nabi. Katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin : "Hendaklah mereka menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka." Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."

Duhai sahabat muslimahku sekalian, apa yang menghalangmu daripada menutup aurat..? Sedangkan ini adalah perintah yang turun dari tujuh petala langit kepada para wanita Islam supaya memelihara aurat dan kehormatan mereka. Dan hendaklah kita menyahut seruan Allah ini sebagai tanda keimanan, kepatuhan dan ketaatan kepadaNya.

Sama-sama kita hayati...

Apr 4, 2012

Aduhai 7 Petala Cinta...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.... rangkaian puji serta syukur sentiasa terucap diiringi sujud tunduk ke hadrat ALLAH S.W.T, pemilik semesta alam. Semoga selawat dan salam selalu tercurah kepada Rasulullah s.a.w, keluarga, para sahabat dan para penyeru dakwah yang mengikuti sunnah baginda.

Setelah lama meninggalkan blog ini, akhirnya diberi juga kekuatan untuk mencoretkan sesuatu di blog ini. Alhamdulillah... Tapi kali ini, lebih kepada pendapat peribadi mengenai filem 7 Petala Cinta, yang pada luarannya indah dan sarat dengan pengajaran. Sebelum memulakan kalam bicara selanjutnya, saya dengan rendah diri ingin memohon maaf andai ada pihak yang tidak menyenangi pendapat insan daif lagi kerdil ini. Seperti yang dikatakan pada awalnya, ianya sekadar pendapat peribadi.

Setelah memujuk ibunda untuk membeli filem 7 petala cinta di Astro First dan akhirnya dipersetujui. Dengan harapan moga filem ini akan mengubah lanskap industri filem negara... Setelah tamat cerita 7 Petala Cinta, fikiran saya seakan mencari sesuatu supaya waktu 1 jam 20 minit yang saya habiskan terisi dengan sesuatu. Namun saya tidak jumpa apa yang saya cari. Malah saya rasa seakan ditikam bertubi-tubi, sakitnya hanya ALLAH saja yang tahu. Permulaan cerita ini sudah nampak kepincangannya. Satu majlis pertungan yang menyerupai majlis perkahwinan, di mana si hero memulakan bicara dengan ucapan "Assalamualaikum cinta..." dan dibalas dengan lunakan suara dan jelingan manja oleh si heroin dengan "Walaikumsalan rindu..". Tersedak saya kebingungan. Dan bertambah kecelaruan saya apabila ianya diiringi dengan alunan-alunan zikir, nasyid memuji ALLAH. Allahu Rabbi... Maka bermulalah sebuah episode couple Islamik dengan permulaan ucapan tersebut tanpa rasa segan silu dalam scene-scene yang seterusnya...

Pertunagan itu tidak digalakkan untuk dihebahkan... Seperti yang dijelaskan oleh Ustaz Don di bawah ini... Ambil sedikit masa untuk sama-sama fahami...



Seterusnya, kebingungan saya berterusan dalam scene seterusnya apabila heroinnya, Saidah ingin mengambil terjemahan kitab di dalam kelas yang sedang diajar oleh abinya, di hadapan pelajar-pelajar lelaki yang sedang menadah kitab. Pakaian yang dikenakan oleh Saidah menurut pandangan saya adalah sesuatu yang agak menonjol. Warna yang agak terang, walau berpurdah namun sanggul jelas kelihatan. Dan pelajar-pelajar lelaki memandang dengan pandangan penuh minat. Satu lagi kebingungan, purdah tapi berfitnah. Sedangkan berpurdah itu untuk elakkan daripada difitnah.. Another question mark in my head...

Ketika Saidah teringat memori bersama akhi Hamka (setelah Hamka dikatakan maut), di mana keromantisan akhi Hamka bermula dengan ucapan salam seperti yang diperkatakan pada permulaan tadi. Dan tanpa segan silunya akhi Hamka duduk bersebalahan Saidah, walau ditemani adik Hamka, Hilma. Kononnya tak pe, ade adik temankan. Namun duduk bersebalahan seperti suami isteri. Adik dan abang duduk jauh pulak.. Pening... Maka madah daripada si heroin pun bermula, "Duhai bakal imamku, jangan biarkan hadirmu sekejap mata dan jangan biarkan kebersamaan kita hanyalah sementara." Pada pendapat saya yang kerdil ini, ayat ini ialah ayat orang bercinta.. Cuma dibungakan dengan lebih halus supaya nampak ada keislaman pada dialog tersebut. Hmmm.. Haram tetap haram. Jangan dicampur adukkan yang haram dengan yang halal. Yang HARAM ITU JELAS dan yang HALAL ITU JUGA JELAS.

Kebingungan saya berterusan dalam scene Attar menghantar buku ke rumah. Pada waktu itu Ummi sedang menenangkan Saidah yang kononnya kesedihan kerana kematian Hamka. Yang ini memang tak boleh nak masuk akal. Saidah berpurdah, namun dalam masa yang sama lengan tangannya jelas kelihatan. Sedangkan lengan itu WAJIB ditutup daripada pandangan lelaki ajnabi. Keutamaan harus diberi pada AURAT YANG WAJIB DIPELIHARA.... Allahu Rabbi.

Pada scene flashback Saidah mengingati saat mentadabbur Al-Quran bersama Hamka dan Hilma. Lagi sekali duduk bersebelahan antara hero dan heroin, dan adik si hero duduk jauh dari abangnya. Agendanya cantik, mentadabbur Al-Quran... caranya menyimpang. Matlamat tidak sesekali menghalalkan cara. Dan si hero siap menepuk manja si heroin yang belum halal menjadi miliknya dengan menggunakan kain serbannya. Allahu Rabbi... Sekali lagi, yang HARAM ITU JELAS, yang HALAL ITU JUGA JELAS.


Islam itu adil untuk semua. Ketika Fakharuddin Attar dibuang madrasah Qalbun Salim, Attar sepatutnya diadili dengan sehalusnya. Maksudnya, bukan pandangan mata kasar semata-mata. Menjatuhkan hukuman atas apa yang disaksikan dengan mata kasar tanpa dilakukan timbang tara, dimana letaknya keadilan itu?

Ketika saat majlis pernikahan Saida dan Attar, baju pengantin perempuan tak ikut syarak. Tudung sepatutnya menutupi bahagian dada, tetapi disini dimasukkan di dalam baju. Dan berpurdah. Another question mark....

7 petala cinta sekadar dialog, tanpa penerangan yang sebenarnya. Apa benda yang 7 itu amat kabur sekali. Pada pandangan saya selaku penonton, filem ini telah mengangkat tema cinta sebelum nikah. Couple Islamik atau istilah lainnya. Kerana cinta Hamka pada Saidatul Nafisa, Hamka rela berkorban nyawa menjadi mangsa letupan semata-mata nak siapkan Al-Quran tulisan tangannya sendiri sebagai hadiah perkahwinan mereka, Hamka dan Saidah.

Cerita ini tidak mengambarkan tentang gambaran kehidupan Islam yang sebenarnya. Apa yang saya coretkan hanyalah sekadar pandangan peribadi saya selaku seorang penonton dan penonton berhak mengkritik agar ianya menjadi lebih baik pada masa hadapan. Semua filem dan drama yang berkonsepkan percintaan Islamik sebelum nikah hanya mengundang fitnah pada mereka yang benar-benar menjaga muamalat dan ikhtilat sebelum nikah. Zaman fitnah berleluasa, media juga tidak terlepas daripada menjadi saluran fitnah. Astaghfirullah hal 'azim...

Kerana filem ini ingin menonjolkan Islam dan mengaitkan Islam, maka saya mengkritik dan memberi pandangan. Jika ianya bukan filem Islamik, maka tak perlu kritik sangat kerana memang tak syarie langsung.

Mohon maaf andai tersilap bicara.
Wallahualam..

Rujukan : Klik SINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...