Pages

Aug 24, 2009

Cita-citaku Islam Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala limpah kurnia, nikmat serta kasih sayang-Nya kepada kita semua... Alhamdulillah... sama ada sedar atau pun tidak, hari ini ialah 6 Ramadhan 1430H, iaitu sudah 6 hari seluruh umat Islam di dunia ini berpuasa. Kejap je rase, pejam celik... pejam celik... dah enam hari kita melayari bulan barakah ini. Lupe nak tanye.. Apa khabar iman dan amal kita hari ini? Harapnya sempena bulan yang mulia ini makin naiklah hendaknya. Insya-Allah....

Dalam kesibukan rakyat Malaysia minta fatwa itu dan ini, dengan isu rotan di khalayak ramai dan bermacam-macam lagi isu yang timbul, saya lebih tertarik kepada satu iklan iaitu "KONSERT MICHEAL LEARNS TO ROCK - ETERNITY TOUR 2009. LIVE IN MALAYSIA PADA 5 SEPTEMBER INI DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS."

Astaghfirullah hal 'azim... tersentak saya membaca. Bagaimana konsert seperti ini boleh diluluskan? Konsert yang sememangnya kancah maksiat bakal berlangsung di bulan yang barakah ini dan di Malaysia???? Masya-Allah.... Inikah yang berlaku dalam negara yang kononnya mengaku negara Islam??? Maaf... mungkin emosional siket. Tetapi, tidak sama sekali saya ingin melihat kemaksiatan terus berleluasa apatah lagi dalam keadaan ummat Islam sedang meraikan kedatangan bulan yang penuh keberkatan.

Ya Allah hu Rabbi.... aku terlalu rindukan biah Islamiyah, di mana setiap manusia yang mengaku Islam mengamalkan Islam SEPENUHNYA....

Cita-citaku menginginkan Islam cemerlang... Islam tinggi dijulang.

Saya menyeru kepada diri saya dan semua, bangunlah wahai jiwa-jiwa yang hidup. Sama-sama lah kita dalam memperjuangkan Islam yang tercinta. Sampai bila kita nak lihat Islam dicarik-carik?? Sampai bila kita nak hadapi Islam yang semakin dipijak?? Bangunlah... hidupkan kembali api-api perjuangan Islam yang makin malap. Demi menegakkan kembali kalimat toyyibat Lailahaillallah... Innaddin na 'indallah hil islam. Sesungguhnya agama disisi Allah itu ialah Islam.

Akhirul kalam, ingin saya titipkan mutiara kata daripada As-Syahid Imam Hasan Al-Banna supaya kita sentiasa bermuhasabah diri kita kembali...

"Sesiapa yang duduk sahaja tanpa ingin menegakkan syariat Islam, maka setiap saat dia menanggung dosa."


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...