Pages

May 30, 2010

Terima Kasih Ya ALLAH


Salam ‘alaik... Rasa rindu dalam diri tidak dapat dibendung lagi apabila setelah sekian lama saya membiarkan blog ini terus senyap dan sunyi serta secara tidak langsung telah dipenuhi dengan sesawang dan seangkatan dengannya.. Hahaha...


Alhamdulillah... setinggi kesyukuran buat Yang Maha Esa kerana masih memberi kesempatan untuk terus bernafas diatas muka bumi-Nya ini... Kali ini, sekali lagi saya akan meninggalkan blog saya untuk satu jangka masa yang agak panjang.


Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan saya pada ketika ini kerana salah satu daripada impian saya bakal menjadi kenyataan... Pada 6hb Jun 2010 ini saya sekeluarga (bukan semua orang dalam family sebenarnya) diberikan sedikit ruang, masa, kelapangan dan moga-moga kesihatan yang baik untuk mengerjakan umrah... Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah atas nikmatMu ini.


Sedikit teruja kerana kurang daripada seminggu lagi, saya dan keluarga akan bergelar sebagai tetamu ALLAH... Pelbagai perasaan bercampur kini. Seronok kerana diriku antara yang terpilih, teruja kerana pertama kali bakal menjejakkan kaki ke tanah suci, takut mengenangkan diri yang penuh dengan dosa....


Moga-moga segalanya berjalan seiring mengikut kehendak ALLAH s.w.t...
Ya ALLAH.. permudahkanlah segala urusan hambaMu ini..

Sayonara semua... Doakan agar dipermudahkan urusan, dan seterusnya dapat menjalankan ibadat dengan baik.... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...