Pages

Aug 30, 2009

Di sebalik sebuah nama

Assalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh...
Alhamdulillah... Pertama dan selama-lamanya, marilah kita sama-sama melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada pemilik semesta alam ini atas dua nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman. Alhamdulillah juga kerana minggu ini saya telah diizinkan oleh tuan punya dunia serta seluruh alam semesta ini untuk pulang ke rumah. Syukur alhamdulillah Ya Allah...

Di kesempatan untuk pulang ke rumah ini, saya telah berkesempatan untuk bertarawikh di surau yang berhampiran dengan rumah saya ini. Dok bercerita dengan mak dan mak long saya, tetiba terkeluar lar cerita lama. Mak long saya berkata,

"Kalau dulu mase arwah atok korang yang jadi imam, mesti penuh surau nie. Arwah atok kalau jadi imam dia laju sikit."
Ya.. kalau nak diimbas kembali arwah atuk saya satu masa dahulu lebih dikenali sebagai Imam Ishak atau Ustaz Ishak. Selain bertugas sebagai seorang imam dan ustaz, atuk saya juga bertugas sebagai seorang nazir di sekolah-sekolah agama di sekitar kawasan Selangor. Jadi tidak hairanlah kini, jika saya ke bazar Ramadhan atau ke kedai-kedai di kawasan rumah saya ini, pasti pakcik-pakcik dan makcik-makcik akan mengatakan,
"Owh... nie cucu arwah imam Ishak. Alhamdulillah... Ustazah Hajah (nenek saya) sihat?"
"Alhamdulillah... nie cucu arwah imam yer. Belajar mana sekarang?"
Nak dijadikan cerita, suatu petang yang damai saya, nenek saya dan emak saya pun berbual di hadapan rumah nenek saya. Al-maklumlah, rumah saya dan nenek hanya bersebalahan sahaja. Tengah borak-borak, nenek menyatakan bahawa dia risau kerana tiada seorang pun anak-anak nya yang mengikut jejak langkah arwah atuk dan nenek. Saya pun memandang emak dan tersenyum. Emak pun kate,
"Tak pe lar mak, cucu ade. Insya-Allah..."
Nenek saya hanya tersenyum. Tiba-tiba nenek pun membuka cerita,
"Yani tau tak nama yani siapa yang bagi?"
Saya pun hanya menggangguk tanda mengetahui bahawa nama saya telah diberi oleh arwah atuk saya. Tetapi bagaimana proses dan kenapa nama saya itu dipilih, saya pun tidak tahu.
"Cahaya Kelembutan. Tu lar maksud nama Yani. Harapan besar arwah atuk supaya Yani yang dapat meneruskan generasi yang cintakan agama. Arwah atuk berkeras nak letak nama Nur Ilyani tu. Padahal, arwah atuk tak pernah kisah pun nama cucu-cucu dia selagi mana maksudnya baik. Tapi nama Yani, arwah atuk berkeras sangat nak letak nama tu. Allah lebih menyayangi atuk, seminggu selepas Yani lahir arwah atuk kembali kepada Allah."
Panjang lebar penjelasan nenek saya. Terkedu saya...... Erk.. Besarnya harapan arwah atuk dan nenek. Ade 'makne' di sebalik nama saya ini. Satu pengharapan yang sangat besar. Allahu Akbar!!! Saya terus berfikir... "mampukah aku laksanakan harapan arwah atuk dan nenek?" Namun lantas aku teringat firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-286 yang bermaksud,
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya....."
Moga aku tidak lalai dalam mengatur langkah hanya demi mengejar dan mengutip Redha Ilahi. Sama ada aku mampu untuk membina baitul muslim dan melahirkan zuriat-zuriat sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah atau pun aku pergi menghadap Ilahi buat selama-lamanya. Hanya pada Allah lah saya serahkan segala urusan...
"Aku terima nikahnya Nur Ilyani binti Abdul Ghafar dengan mas kahwinnya...."
atau pun....
"Al-Fatihah untuk Al-Marhumah Nur Ilyani binti Hasnah....."
Semoga setiap nafasku berada dalam jalan perjuanganMu Ya Allah... Semoga syahid menjadi pengakhiran hidupku.
Wallahualam....

Aug 24, 2009

Cita-citaku Islam Cemerlang

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... setinggi-tinggi kesyukuran di atas segala limpah kurnia, nikmat serta kasih sayang-Nya kepada kita semua... Alhamdulillah... sama ada sedar atau pun tidak, hari ini ialah 6 Ramadhan 1430H, iaitu sudah 6 hari seluruh umat Islam di dunia ini berpuasa. Kejap je rase, pejam celik... pejam celik... dah enam hari kita melayari bulan barakah ini. Lupe nak tanye.. Apa khabar iman dan amal kita hari ini? Harapnya sempena bulan yang mulia ini makin naiklah hendaknya. Insya-Allah....

Dalam kesibukan rakyat Malaysia minta fatwa itu dan ini, dengan isu rotan di khalayak ramai dan bermacam-macam lagi isu yang timbul, saya lebih tertarik kepada satu iklan iaitu "KONSERT MICHEAL LEARNS TO ROCK - ETERNITY TOUR 2009. LIVE IN MALAYSIA PADA 5 SEPTEMBER INI DI ARENA OF STARS, GENTING HIGHLANDS."

Astaghfirullah hal 'azim... tersentak saya membaca. Bagaimana konsert seperti ini boleh diluluskan? Konsert yang sememangnya kancah maksiat bakal berlangsung di bulan yang barakah ini dan di Malaysia???? Masya-Allah.... Inikah yang berlaku dalam negara yang kononnya mengaku negara Islam??? Maaf... mungkin emosional siket. Tetapi, tidak sama sekali saya ingin melihat kemaksiatan terus berleluasa apatah lagi dalam keadaan ummat Islam sedang meraikan kedatangan bulan yang penuh keberkatan.

Ya Allah hu Rabbi.... aku terlalu rindukan biah Islamiyah, di mana setiap manusia yang mengaku Islam mengamalkan Islam SEPENUHNYA....

Cita-citaku menginginkan Islam cemerlang... Islam tinggi dijulang.

Saya menyeru kepada diri saya dan semua, bangunlah wahai jiwa-jiwa yang hidup. Sama-sama lah kita dalam memperjuangkan Islam yang tercinta. Sampai bila kita nak lihat Islam dicarik-carik?? Sampai bila kita nak hadapi Islam yang semakin dipijak?? Bangunlah... hidupkan kembali api-api perjuangan Islam yang makin malap. Demi menegakkan kembali kalimat toyyibat Lailahaillallah... Innaddin na 'indallah hil islam. Sesungguhnya agama disisi Allah itu ialah Islam.

Akhirul kalam, ingin saya titipkan mutiara kata daripada As-Syahid Imam Hasan Al-Banna supaya kita sentiasa bermuhasabah diri kita kembali...

"Sesiapa yang duduk sahaja tanpa ingin menegakkan syariat Islam, maka setiap saat dia menanggung dosa."


Aug 21, 2009

Medan Tarbiyyah...

Alhamdulillah... Marilah sama-sama kita mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi pinjaman usia untuk terus mengatur langkah di bumiNya yang sementara ini, dan masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang penuh keberkatan.. AHLAN YA RAMADHAN.. Moga Ramadhan kali ini akan menjadi Ramadhan yang lebih baik daripada Ramdhan yang lepas..

Ramadhan adalah medan Tarbiyyah.. atau pun boleh diklasifikasikan sebagai universiti tarbiyyah. Tak percaya???????? Cube kita tengok masjid-masjid atau pun surau-surau yang ada, pada bulan Ramadhan nie, confirm akan 'terisi' dengan ratusan manusia. Di kolej saya sendiri, daripada solat jemaah harian di surau, bila tiba Ramadhan kami terpaksa beralih ke dewan yang lebih besar. Bukan ke ini semua bukti Ramadhan adalah medan tarbiyyah kita semua... Di bulan yang penuh barakah inilah kita berpusu-pusu untuk melaksanakan amal ibadat sebanyak yang mungkin. Kerana apa? kerana kita mengetahui bahawa setiap amal ibadat kita, pahalanya adalah berlipat kali ganda. Dan kerana kesedaran itulah, semester ini group tadarus meningkat hampir 3 kali ganda daripada tahun yang lepas. Allahu Akbar.... Kesedaran kita semua untuk mengutip seberapa banyak pahala di bulan yang mulia ini. Moga sahabat-sahabat dan adik-adik terus istiqomah dalam melaksanakan amal ibadat ni. Jangan hanya di bulan Ramadhan sahaja, teruskanlah sehingga ke nafas yang terakhir. Insya-Allah... (peringatan buat diri sendiri jugak! hehe..)

Itu je ke bukti Ramadhan adalah medan tarbiyyah??? TIDAK!!!!!! Banyak lagi. Saya kongsi siket.. Selain solat jemaah, tarawikh dan tadarus.... yang satu nie mungkin agak janggal bagi orang lain, tetapi saya dah hadapinya hampir 2 tahun. Di bulan yang penuh barakah inilah saya dapat melihat ramai siswi-siswi yang mula memakai baju mengikut saiz sendiri. Pehe dok??? hehehe.... Maknenyer, kaum muslimin boleh menarik nafas lega di bulan Ramadhan nie kerana dapat menjaga pandangan mata. Walaupun tidak secara keseluruhannya, namun jika hendak dibandingkan dengan hari-hari biasa, 100 000 kali lebih elok lah 'pandangan' mata di bulan Ramadhan nie. Dan ade jugak siswi yang free hair memakai tudung di bulan Ramdhan nie. Moga terus istiqomah hendaknya.

Selain itu, Ramadhan kareem dapat mendidik sifat sabar kepada kita semua. Ia juga dapat mendidik hawa nafsu kita. Contohnya, nafsu makan, nafsu tidur dan yang seangkatan dengannya. Kalau dulu sebelum Ramadan, kenapa kita susah nak bangun awal pagi? Tapi cuba kita lihat pada bulan Ramadhan nie, senang nak bangun awal untuk bersahur sekali gus melaksanakan qiam. Cerita pasal qiam nie, nak promote siket. Kepada adik-adik yang duduk di Kolej Mawar, Insya-Allah.... kita akan adakan qiam jama'ie di surau kolej mawar pada setiap hari. Sesiapa yang punya kelapangan dan kekuatan dijemput untuk turun ke surau Kolej Mawar.. Selain itu kite juga akan adakan iftar jama'ie di surau juga. Jemput datang yer... Yang paling penting, sila bawa makanan sendiri. Hehehe...

Insya-Allah.. setakat itu sahajalah perkongsian tentang Ramadhan kali ini. Jumpa di waktu yang lain jika masih diberi pinjaman usia oleh Allah s.w.t.

Ya Ramadhan Kareem...
Hadirmu dirai dengan penuh kesyukuran...
Moga dapat membuaka tirai keberkatan dengan penuh keimanan...
Ayuh sahabat-sahabat sekalian...
Same-same la kita SETTING niat kita,
UPGRADE iman kita,
DOWNLOAD sabar...
UPLOAD usaha...
DELETE dosa...
UPDATE doa...
dan TOP UP ilmu...
natijahnya...
dapatlah kita REDEEM pahala banyak-banyak.(",)

p/s : Mohon maaf sepanjang mengenali diri ini. Mungkin saya ada menyakitkan hati anda semua sama ada disedari ataupun tidak disedari. Sesungguhnya saya hanyalah insan yang lemah, yang penuh kekurangan dan tidak lari dari membuat dosa. Ampun dan maaf dipinta, moga kita semua sentiasa berada dibawah naungan Redha dan Kasih SayangNya... dalam menuju JannahNya yang kekal abadi.. Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

Aug 19, 2009

Di Sebalik Tabir Syahadah

Assalamualaikum w.b.t...
Alhamdulillah... Pertama dan selama-lamanya marilah kita semua memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas segala bentuk nikmat yang telah dikurniakan olehNya, lebih-lebih lagi nikmat IMAN dan nikmat ISLAM.. Dan saya juga bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dalam kesibukan dan keserabutan dengan pelbagai perkara, Allah masih memilih hati ini untuk turut sama dalam satu program ilmiah yang berunsurkan tarbiyyah ruhaniah, iaitu weekly boomerang yang dianjurkan oleh PMH. Tajuk minggu nie memang hebat... DI SEBALIK TABIR SYAHADAH... dan yang menyampaikannya juga cukup hebat... dikenali sebagai "ustaz mantop" atau "ustaz mari mengaji".. iaitu Ustaz Zamri. Dikala pada keesokan harinya saya mempunyai test Research Methadology, namun hati yang sering dahagakan pengisian ruhaniah meronta-ronta ingin minta diisi dengan "makanan hati". Alhamdulillah.... program-program seperti ini sentiasa mengisi hati yang sering berada dalam "kelaparan" dan "ketandusan makanan ruhaniah". Dan saya berpegang pada janji Allah dalam Surah Muhammad ayat yang ke-7, ayat yang sentiasa menjadi penyejuk hati tatkala iman digoda oleh syaitan laknatullah... ayat yang berbunyi....



"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong agama Allah... Allah akan memudahkan urusanmu, dan mengukuhkan kedudukanmu."
Ustaz Zamri juga ade memberi peringatan, daripada hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud,
"Sesiapa yang keluar untuk menuntut ilmu, dia dikira berjuang di jalan Allah sehingga ia pulang kembali ke rumahnya."
Syahadah merupakan satu kalimah penyaksian, di mana ketika mengucap syahadah ini, kita mengakui bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad s.a.w ialah pesuruh Allah.
Ketika di alam rahim, kita semua telah membuat satu penyaksian, cuma apabila kita telah transit di alam dunia inilah, anak-anak akan dicorak oleh ibu bapa.
Setiap kelahiran kat dunia ini, lahir dalam fitrah Islamiyah. Ibu bapa yang akan mencorak sama ada anak itu menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.
Apabila anak-anak tiba di alam dunia, maka bermulalah pengukuhan syahadah itu melalui laungan azan atau iqamat yang akan dibacakan oleh si ayah.
APA ADA DI SEBALIK SYAHADAH???
Hm... sedar atau tidak, apabila kita mengucapkan syahadah itu... Maka, kita menyedari peranan kita sebagai KHALIFAH di muka bumi ini dan juga peranan kita yang paling utama iaitu HAMBA ALLAH..
Apa itu KHALIFAH???
KHALIFAH... atau wakil Allah. Sebagai khalifah di muka bumi ini, kita harus menegakkan agama Allah dan mentadbirkan dunia ini dengannya. Maka, dalam situasi sekarang... adalah WAJIB bagi setiap orang yang mengucapkan syahadah untuk melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Saya ulangi sekali lagi... WAJIBBBBB untuk setiap orang yang mengucapkan syahadah untuk melaksanakan AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Kerana kita semua akan dipersoalkan di Mahkamah Mahsyar kelak, di hadapan hakim Yang Maha Adil tentang peranan kita selaku khalifah di muka bumi ini. Ayuhlah sahabat-sahabat, kita hadamkan balik tentang amaran Allah yang berbunyi,
Antara golongan yang akan masuk api neraka dan akan menjadi bahan bakarnya ialah mereka yang mempunyai hati, tetapi tidak ingin mengambil tahu.
Peranan yang paling utama selaku HAMBA ALLAH
Bersesuaian dengan firman Allah Illa liya' budun.... iaitu apabila kita melafazkan syahadah ini bererti kita mengakui peranan kita sebagai hamba kepada Allah. Cuba kita renungi berapa banyak nikmat yang telah Allah kurniakan pada kita daripada kita lahir hinggalah besar panjang sekarang nie. Daripada nikmat tubuh badan, pancaindera, matahari, udara, air... Segala-galanya datang daripada Allah. Allah telah bagi "subsidi" kepada kita semua daripada A hinggalah Z. Andai kate Allah mentakdirkan setiap kali kita sedut oksigen, harganya ialah RM 0.10... Nescaya, mati hidup kembali pun kita tidak akan mampu untuk melunaskan "bil oksigen" ni. Kalau dilihat daripada segala pemberian dan "subsidi" daripada Allah nie, agak-agaknye... siapa yang perlukan siapa ye?? Ya.... Kita yang amat perlukan Allah... Allah tak perlukan kita sama sekali. Jadi, layakkah kita untuk tidak mengikut suruhanNya?? Layakkah kita yang bertaraf hamba nie untuk mempertikaikan syariatNya?? Usiklah hati, tanyalah iman.
LAYAKKAH KITA UNTUK SYURGANYA???
Saya nak bawa anda semua ke satu situasi yang diceritakan oleh Ustaz Zamri sendiri. Umur umat Nabi Muhammad s.a.w yang standard ialah 60 hingga 70 tahun. Jadi, Ustaz Zamri mengambil average umur tersebut. Andaikan umur kita ialah 65 tahun. Tolak umur mase belum baligh, katakanlah 15 tahun. Jadi, kita ada lebih kurang 50 tahun. Andaikata kita tido satu hari 8 jam, maka dalam 50 tahun kita akan tido lebih kurang 17 tahun. Belajar dan bekerja dalam 50 tahun itu adalah sebanyak 25 tahun. Katakan kita rehat satu jam sehari, maka dalam usia 50 tahun, kita berehat sebanyak 6 tahun. Dan andaikata kita solat setiap waktu 10 minit, maka dalam 50 tahun kita peruntukkan waktu solat sebanyak 2 tahun.
Baki umur yang ada setelah ditolak umur sebelum baligh ialah 50 tahun.
50 tahun (umur kt dunia)
- 17 tahun (tidur)
- 25 tahun (belajar dan bekerja)
- 6 tahun (rehat)
2 tahun (solat)
Selama 50 tahun kita hidup kat dunia nie, cukup ke kita untuk membeli sesuatu yang besar di akhirat kelak iaitu syurga Allah hanya dengan 2 tahun? Layak ke kita semua??
Tetapi semua yang diatas boleh jadi ibadat andaikata :
  1. niat kerana Allah s.w.t
  2. ikut segala arahan Allah dan tinggalkan larangan Allah.

Same-same lar kita memuhasabah diri kita kembali..... Sedarlah wahai sahabat-sahabat, hidup kat dunia nie umpama satu persinggahan sahaja. Matlamat utama kita adalah AKHIRAT YANG KEKAL ABADI. Semoga kita semua sentiasa berada dalam jalan perjuangan yang diredhaiNya. Ingatlah sahabat-sahabat sekalian, Umat Islam di akhir zaman yang membawa Islam umpama menggenggam bara api. Namun, inilah generasi-generasi bertuah yang sentiasa dirindui oleh Rasulullah s.a.w...

Wallahualam.

Aug 14, 2009

Adakah peluang ku bertemu dengan Ramadhan??

Assalamualaikum w.b.t... Pertama dan selama-lamanya, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi sedikit pinjaman umur untuk beramal dan mendapatkan redhaNya. Juga marilah sama-sama kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga di atas dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat IMAN dan nikmat ISLAM. Alhamdulillah Ya Allah... Aku masih diberi kesempatan untuk berpena demi mengecap RedhaMu...

Saya masih teringat ketika di kelas Bahasa Arab pada hari Khamis yang lepas, ustaz ada memberitahu tentang pemergian Ustaz Asri, pendakwah yang menyebarkan dakwahnya melalui medium nasyid ke pangkuan Ilahi buat selama-lamanya.

"Antum kenal Ustaz Asri? Dia dah meninggal pagi tadi sebab sakit jantung. Rebah lepas buat pengambaran nasyid."
Allahu Akbar... Tersentak saya mendengar khabar itu. Kerana rasanya baru pagi tadi saya mendengar alunan zikrullah yang dialunkan oleh Allahyarham Ustaz Asri sebelum ke kelas. Kini, saya mendengar yang insan yang sering mengalunkan kalimah zikrullah itu telah kembali ke pangkuan Ilahi buat selamanya. Ketika Ramadhan yang dirindui bakal bertamu......... Dan benarlah ayat Allah seperti firman-Nya dalam surah Fatir ayat 11,
"......Dan sekali-kali tidak dipanjangkan seorang yang berumur panjang dan tidak pula dikurangi umurnya, melainkan (sudah ditetapkan) dalam kitab (Loh Mahfuz). Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah."
Maka saya menyeru diri saya sendiri serta sahabat-sahabat baik muslimin mahu pun muslimat.... Marilah kita sama-sama memperbaiki amalan kita. Sentiasalah jaga niat kita, pastikan setiap apa yang dilakukan hanya untuk mencari keredhaan Allah. Sentiasa perbaiki akhlak agar menjadi lebih baik. Biarlah kita susah di dunia ini, biarlah kita menangis di dunia ini, biarlah kita luka dan berdarah di dunia.... Asalkan di akhirat kelak kita semua akan tersenyum, kita semua akan bahagia, kita semua akan senang di bawah naungan Redha dan Rahmat Allah s.w.t. Semoga syahid yang sering menjadi idaman kita semua akan menjadi pengakhiran hidup kita di dunia, dalam memandu kehidupan yang kekal abadi di akhirat kelak. Ayuh sahabat-sahabat.... Mantapkan langkah juang kita, demi Redha-Nya cuma...
Moga diri ini berkesempatan untuk menyambut kedatangan Ramdhan yang sering dirindui.
Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan....
Akhir kalam, ingin saya titipkan kata-kata peniup semangat daripada As-Syahid Imam Hasan Al-Banna,
"Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegaklah Islam di negaramu"
Wallahualam...

Aug 8, 2009

Monyetnya Cinta Kita

Alhamdulillah, pada hari Sabtu yang lepas bersamaan 8 Ogos 2009, saya diberi kesempatan untuk mengikuti satu wacana ilmu yang dianjurkan oleh I luv Islam.com di INSPEN Bangi. Tajuk forum ialah "Monyetnya Cinta Kita". Ahli panel yang dijemput untuk mengulas topik ini ialah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil atau lebih dikenali dengan Saifulislam.com, Ustaz Ahmad Zahiruddin Mohd Zabidi dan Pak Firdaus Djamaris, iaitu trainer ESQ. Alhamdulillah.... forum berjalan dengan lancar walaupun lewat sedikit.



CINTA, CINTA DAN CINTA
Kalau kita imbas kembali hadis yang ke-13 dalam hadis 40, satu hadis berkenaan ukhuwah, atau kasih sayang sesama Muslim dianjurkan. Rasulullah s.a.w bersabda,
"Tidak sempurna iman seseorang muslim itu selagi mana dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis ini merungkaikan 3 perkara iaitu
  • Kesempurnaan Iman
  • Kesudian Memberi
  • Memberi dengan kasih sayang

Cinta akan menjadikan manusia mudah disuruh. Tak percaya??? Pernah dengar kisah anak gadis yang lari rumah kerana mengikut kekasih hati? Kerana apa? Kerana anak gadis ini sudah 'mabuk' dengan cinta dan sanggup untuk melakukan apa sahaja demi cinta. Banyak lagi contoh-contoh yang boleh diambil untuk menunjukkan bahawa mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi cinta. Sedangkan Allah menganugerahkan perasaan cinta itu supaya kita mempunyai kekuatan untuk beribadat dan mengamalkan syariat Allah, bukan semakin jauh dan melanggar syariat Allah.

Cinta juga perlu diluaskan skopnya. Apabila sebut sahaja pasal CINTA, bukan hanya cinta antara kekasih dengan kekasih, tetapi cinta kepada ibu bapa, cinta kepada keluarga, cinta kepada sahabat, cinta kepada alam, dan yang paling penting cinta kepada Allah, Rasul dan agamaNya.

Menurut Pak Firdaus, Cinta itu terbahagi kepada 3 iaitu :

  1. Intelektual
  2. Emosional
  3. Spiritual

CINTA INTELEKTUAL

Cinta intelektual ialah cinta yang dilihat daripada perspektif fizikal seseorang. Conntohnya adalah seperti berikut :

"Ish... hensemnye dia. Macam Brad Pitt lar."

"Perempuan tu lawa lar. Macam Siti Nur Haliza."

"Aku suka lelaki macam dia tu, sebab dia tinggi, hidung mancung.. memang sesuai dengan citarasa aku."

"Perempuan macam tu lar taste aku, tak tinggi sangat, tak rendah sengat. Sedang-sedang jer. Tak gemuk sangat, tak kurus sangat.Mata bulat pulak tu. Memang lawa."

Maknenyer... cinta itu didefinasikan melalui fizikal seseorang. Kalau tak paham, buat-buat paham lar. hehehe....

CINTA EMOSIONAL

Cinta emosional nie lebih kurang macam love at first side. Baru jumpa pertama kali, jantung dah bergetar hebat. Dan cinta emosional nie juga selalunya cinta yang mendatangkan nafsu. Contohnya ialah menonton cerita-cerita dekat television. Al-maklumlah cerita-cerita dekat television sekarang nie macam mane kan? Memang dah merapu sungguh. Nasib baik saya duduk hostel, memang tak de mase nak tengok tv nie. Nak dijadikan cerita, apabila seorang lelaki melihat wanita-wanita seksi lagi seksa di kaca television, maka terbitlah penyakit hati iaitu pandangan yang penuh nafsu. Maka akan dikatakan bahawa dia telah jatuh cinta pada pelakon itu dan sebagainya, padahal ianya hanya atas dasar nafsu semata-mata.

CINTA SPIRITUAL

Cinta spiritual inilah yang telah hilang. Konsepnya mudah, cinta atas dasar ketaqwaan kepada Allah semata-mata. Pak Firdaus mengambil kisah Saidina Umar r.a. Ketika Saidina Umar sedang meninjau keadaan rakyatnya pada suatu malam, beliau mendengar satu rumah dengan suara tangisan kanak-kanak. Saidina Umar r.a. pun menghampiri rumah tersebut. Alangkah terkejutnya Umar apabila melihat si ibu sedang merebus batu untuk anak-anaknya. Akhirnya si anak kepenatan dan tertidur sambil menyagka makanan sedang dimasak. Si ibu mula bersuara, "Ini semua salah Umar, salah pemimpin kerana tidak pernah tahu tentang kesusahan rakyatnya yang miskin." Umar balik ke gudang rumahnya dan mengambil seguni gandum lalu meletakkan di belakangnya dan memikulnya sendiri untuk dibawa ke rumah si ibu tadi. Sedang pengawal peribadinya terlihat, lalu dia berkata, "Wahai Amirul Mukminin. Mengapa engkau bersusah payah sebegini rupa, sedangkan kau adalah pemimpin." Lalu Umar menjawab, "Ini adalah amanah dan tanggungjawab ku, mereka yang kelaparan adalah rakyatku. Aku takut untuk mengahadapi Tuhanku di akhirat kelak."

Secara konklusi nyer, perbuatan Umar mengangkat gandum sendiri menunjukkan beliau tidak mengambil kisah tentang statusnya, menunjukkan bahawa beliau takut akan Allah dan kasih kepada rakyatnya. Inilah kasih sayang yang telah hilang di zaman kini. Kasih sayang yang berasaskan ketaqwaan kepada Allah.

CINTA MONYET MERUNTUHKAN TAMADUN???

Ya.... cinta monyet telah meruntuhkan tamadun. Mari kita ikuti kisah yang diceritakan oleh Ustaz Hasrizal.

Kisah ini berlaku pada kurun ke-15, ketika Andalus di ambang kejatuhan. Kerajaan Nasrani ingin menjatuhkan Andalus. Maka, mereka menghantar mata-mata atau spy untuk melihat keadaan anak muda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu pun berjumpa dengan seorang pemuda yang sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu mata-mata Nasrani itu pun pergi ke arah pemuda yang sedang menangis lalu bertanya mengapa dia menangis.. Dan pemuda itu menjawab,

"Aku menangis kerana kalau dahulu satu panah ku mampu untuk mengenai 2 sasaran... tetapi kini satu panah ku hanya mampu untuk mengenai satu sasaran sahaja."

Lalu mata-mata Nasrani itu pulang ke tempatnya dan memberitahu kepada pemimpinnya bahawa Andalus belum sedia untuk diperangi. Selepas beberapa tahun, kerajaan Nasrani mengahantar kembali mata-mata untuk mengintip keadaan pemuda di Andalus pada ketika itu. Mata-mata itu terlihat seorang pemuda sedang menangis di bawah sebatang pokok. Lalu, mata-mata tersebut menghampiri pemuda itu dan bertanya mengapa dia menangis.. Lalu pemuda itu menjawab...

"Aku menangis kerana kekasih hatiku telah meninggalkan aku."

Maka, mata-mata itu pulang dan memberitahu bahawa kini, Andalus sedia untuk diperangi. Maka pada tahun 1492, kota Andalus yang berusia lebih 700 tahun itu telah musnah di tangan orang-orang Nasrani di saat ketika pemuda-pemudanya hanyut dengan cinta monyet ini.

Saya juga tertarik dengan kupasan Ustaz Zahiruddin mengenai soalan yang diajukan oleh moderator mengenai adakah kahwin ini merupakan satu jalan penyelesaian. Ustaz Zahiruddin menegaskan bahawa kahwin bukan satu jalan penyelesaian. Ini kerana perkahwinan itu bukan lah indahnya pada majlis perkahwinan itu, tetapi perkahwinan itu adalah satu tanggungjawab dan amanah..

Ketika diajukan tentang persoalan perigi mencari timba, saya betul-betul terpana dengan jawapan Ustaz Hasrizal.

"Tidak kisahlah persoalannya perigi mencari timba ke, atau timba mencari perigi ke.. Yang penting perlu ada orang lain yang tolong membawakan timba itu kepada perigi, atau mengangkut air dari perigi kepada timba."

Simple sahaja.. Tetapi memberikan seribu satu pengertian. Maknenye, tak kisahlah muslimat atau muslimin, yang pasti perlu ada orang tengah diantara muslimat dan muslimin. Kalau muslimat sudah berkenan dengan seorang muslimin, dan diakui agamanya serta akhlaknya... Maka, bolehlah meminta bantuan daripada orang tengah.

Akhirul kalam, ingin saya titipkan beberapa kata mutiara dan doa Rasulullah buat kita semua renungi.

Tamadun itu adalah manusia, jika rosak manusia maka rosaklah tamadun. (Ustaz Hasrizal)

Jangan pernah ingin bercinta, kalau kasih sayang Allah tidak pernah dihargai. Jangan pernah ingin bercinta sesama manusia, jika kasih sayang Rasulullah s.a.w tidak pernah dihargai. Jangan pernah ingin bercinta sesama manusia, jika kasih sayang ibu bapa tidak pernah dihargai.... (Ustaz Zahiruddin)

Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, cinta orang-orang yang mencintai-Mu dan amal yang dapat menghantarkanku pada cinta-Mu. Ya Allah.. Jadikan cinta-Mu lebih aku cintai dari diriku sendiri, keluargaku dan dari air yang dingin. (Hadis Riwayat Tarmidzi)

Aug 6, 2009

Tarbiyyah Ruhaniah

Salam 'alaik... Alhamdulillah. Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana akhirnya saya dapat juga mencuri masa untuk mengupdate blog yang telah lama ditinggalkan. Minggu nie saya memang dilanda kepenatan. Tapi yang pasti saya dilanda KEPENATAN MENTAL. Sebab apa??? Kerana.... saya penat melihat remaja-remaja seusia saya khususnya dan umat akhir zaman umumnya... yang saya kira berada dalam keadaan nazak. AMAT NAZAK!!!! Sehingga kadangkala menguji keimanan dan kesabaran saya. Namun, di tengah-tengah kemaslahatan ummat akhir zaman, saya bersyukur kerana masih ada "santapan-santapan" untuk hati ini daripada hanyut dan lalai dengan dunia yang penuh pancaroba. Jadi, saya sertakan beberapa program agama sepanjang minggu nie.

Islam Semakin Dagang... Kemana Hilangnya Generasi Al-Quran???
Pogram ini adalah anjuran PMH pada 4 Ogos 2009. Dipanggil sebagai 'Weekly Boomerang' atau Tuesday Night Lectue (TNL) bertempat di Dewan Kuliah B, Menara Sains dan Teknologi. Dan takdir Allah mengkehandaki saya untuk menjadi pengacara majlis memandangkan penceramah adalah Ustazah. Hmmm.... Jadi bidan terjun jer nie. Moga dapat membantu melancarkan majlis.

MC bidan terjun.. (",)
Sedikit perkongsian bersama.... Mengapa Islam ditindas??? Kerana ummat Islam kini tidak lagi menitik beratkan tentang akhlak. Kerana akhlak bersangkut paut dengan aqidah. Kalau diimbas dari statistik keruntuhan akhlak yang ditunjukkan oleh Ustazah Nik Kamaliah, memang sesuatu yang menggerunkan. Bayangkan hampir 50,000 orang Melayu Islam yang terlibat dalam gejala-gejala sosial di Malaysia. Astaghfirullah hal 'azim... Cukup menggentarkan hati semua peserta pada malam itu. Kesimpulan yang boleh dibuat, kebanyakan gejala sosial seperti rempit, gengsterism, buang anak dan sebagainya adalah berakar umbi daripada kerosakan akhlak remaja itu sendiri seperti pergaulan bebas, tidak menutup aurat dan sebagainya. Saya agak tertarik dengan pesanan daripada pengerusi majlis daripada wakil muslimin,
"Ana lihat yang datang pada malam ini pun lebih kurang macam ustazah jugak. Jadi bagi ana dakwah kita belum berjaya lagi. Moga untuk ceramah seterusnya antum dapat mengajak sahabat-sahabat yang lain untuk turut serta dalam program seperti ini. Insya-Allah..."
Sedikit sebanyak ada kebenaran yang diucapkan oleh pengerusi majlis daripada wakil muslimin itu. Saya juga berharap agar program seperti ini dapat melibatkan semua pelajar kampus tanpa mengira siapa sahaja mereka. Bertudung labuh, bekopiah, free hair.... Semua dijemput hadir ke Majlis Ilmu ini.
Untuk ke laman web rasmi PMH, klik SINI
Untuk ke blog PMH, klik SINI YER..




Menjadi Isteri Idaman

Hehe... Tajuk jer da membuatkan Dataran Mawar ini penuh dengan peserta. Alhamdulillah... anggaran peserta yang hadir untuk mendengar ceramah ini adalah 2000 orang. Moga kita semua sentiasa berada di bawah RahmatNya... Ameen. Tajuk yang cukup serasi buat mahasiswi yang bakal menempuh alam perkahwinan. Kerana selepas alam universiti, alam kerja. Selepas alam kerja, alam perkahwinan. Insya-Allah.... Namun ada sahaja sahabat-sahabat yang berkahwin mase belajar. Kahwin muda... Moga berkekalan hendaknya.

Talk show pada malam itu telah disampaikan oleh seorang isteri yang berkerjaya, iaitu Dr. Sharifah dan seorang wakil mahasiswa iaitu Akhi Muhammad Fadhil. Dr. Sharifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Shaf adalah seorang isteri yang baru mendirikan rumahtangga kira-kira 8 bulan yang lepas. Orangnya kecil sahaja. Bertugas di Hospitak Besar Kuala Lumpur. Manakala Akhi Fadhil pula merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Aktuari daripada Fakulti Sains Komputer dan Matematik. Beliau juga merupakan Pengerusi Surau di Kolej Jati. Apa yang menarik, kedud-dua penceramah ini bukanlah berasal daripada latar belakang pendidikan Islam, namun mampu mengolah forum dsri sudut perspektif Islam dengan jayanya. Moga menjadi profesional yang punya ilmu agama yang mantap.


Saya sedikit lega apabila Kak Shaf menyatakan bahawa "budaya couple itu tidak pernah dianjurkan dalam agama Islam." Atau dengan kata yang lain, couple itu HARAM. Dan saya tertarik dengan kupasan Akhi Fadhil mengenai ciri-ciri isteri idaman setiap insan yang bergelar muslimin. "Yang pertama mestilah TAAT selagi mana arahan suami tidak becanggah dengan syariat Allah. Yang kedua ialah SOLEHAH. Yang tahu tanggungjawabnya sebagai wanita solehah. Yang ketiga ialah DAPAT MENGENALI SUAMI SEBAIKNYA. Ini dapat dilihat apabila pasangan yang pada pandangan umum seperti pasangan Ustaz-Ustazah, namun berlaku jua penceraian kerana isteri tidak begitu mengenali suaminya. Dan yang terakhir ialah BERSIFAT IBU MITHALI." Jadi marilah sama-sama kita muhasabah diri kita.



Akhi Fadhil dan Kak Shaf

Jadi pesanan buat diri sendiri serta muslimat-muslimat di luar sana, persiapkanlah diri antunna semua dalam menjadi sayap kiri perjuangan seorang pejuang agama Allah bernama suami.



Bacaan Yasin sempena Nisfu Syaaban
Sempena dengan malam nisfu syaaban, kami mengambil kesempatan untuk membaca yasin secara berjemaah di court badminton belakang bilik saya. Hehehe... Kita gemakan Kolej kita dengan alunan kalamullah. Seperti yang sedia maklum, banyak sangat kelebihan Malam Nisfu Syaaban nie. Sebelum bace yassin, kite naqibah saya telah memberi sedikit tazkirah bekenaan keistimewaan Nisfu Syaaban nie. Antaranya ialah :
Hadis sahih daripada Mu'az bin Jabal r.a, bersabda Rasulullah SAW yang maksudnya :
"Allah menjenguk datang kepada semua makhluk-Nya di malam Nisfu Syaaban, maka diampunkan dosa sekalian makhluk-Nya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan"
(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabaroni dan Ibnu Hibban)

Imam Syafie dalam kitab al-Umm telah berkata,

"Telah sampai kepada kami bahawa dikatakan, sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu, pada malam jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari Raya 'Aidil Fitri, malam petama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban."

Menanti sahabat-sahabat yang lain...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...