Pages

Nov 9, 2009

Selamat tinggal semester 3...


Peperikasaan akhir semester bakal melabuhkan tirainya… Sekali gus semester untuk sessi Julai-Oktober 2009 juga bakal mengucapkan selamat tinggal pada semua yang melaluinya. Alhamdulillah... sedikit kelegaan di hati ini apabila sudah selesai menjalani peperiksaan akhir semester ini pada petang tadi. Dikala ini, perasaan saya bagaikan air batu campur. Hehehe.... semuanya ada. Lega kerana berjaya menamatkan semester yang ketiga, sedih kerana beberapa sahabat yang sudah saya anggap sebagai kakak sendiri, malah lebih saya sayangi dari diri saya sendiri bakal meninggalkan alam kampus, ada yang dah tamat study, ada yang akan menjalani practical..... gembira kerana tempoh pengajian bakal berakhir.... dan bermacam-macam lagi perasaan yang tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Dan ini juga bererti tamat sudah tempoh saya sebagai salah seorang ahli jawatankuasa perwakilan kolej setelah hampir setahun saya diberi amanah dan tanggungjawab sebagai exco informasi dan multimedia. Dan selamat tinggal juga saya ucapkan kepada Badan Musolla Mawar yang amat saya sayangi. Setelah hampir setahun diberi taklifan sebagai penolong naib pengerusi badan Musollah Mawar. Masih adakah ruang dan peluang untuk sessi akan datang untuk saya terus menabur bakti demi Islam yang tercinta ini??

Buat semua sahabat-sahabat saya yang baru sahaja selesai menjalani peperiksaan akhir semester amnya dan khususnya sahabat-sahabat di UiTM Shah Alam nie, serahkan segala keputusan pada Yang Maha Esa. Sesungguhnya kita telah berusaha sebaik mungkin, hanya Allah selayaknya menentukan hasilnya. Andai kejayaan yang kita genggam, ketahuilah bahawa ia adalah nikmat pemberian daripada Allah s.w.t.... Bukan daripada segala usaha dan penat lelah kita semata-mata.... Andai hasilnya bukanlah seperti yang kita harapkan, ketahuilah bahawa Allah s.w.t sudah menyediakan sesuatu yang lebih baik buat kita semua... Sabarlah dengan penuh keimanan dan keredaan. Merintih dan merayulah pada Yang Maha Penyayang... mungkin Dia sedang merindui esak tangisan kita semua.

Ya Allah Yang Maha Penyayang, Engkau telah melihat segala usaha kami... Penat lelah kami dalam mengharungi hidup ini, maka berikanlah kami kejayaan dalam peperikasaan yang telah kami lalui Ya Allah... sebagai pemangkin kepada kejayaan Islam di masa akan datang. Andai kata kejayaan kami ini akan menjadi fitnah kepada agamaMu Ya Allah... Engkaulah selayaknya yang menentukan natijahnya...

Apa jua keputusan yang akan kita terima kelak, maka sambutlah ia dengan penuh kesyukuran dan keredaan.... Letakkan segala pergantungan dan pengharapan hanya pada Allah s.w.t kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat sekalian hamba-hambaNya...

Ad-dua silahul mukminin.... Doa itu senjata bagi orang-orang mukmin.
Maka.... iringilah usaha dengan doa dan tawakkal.
Wallahualam... ('',)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...