Dalam sebuah riwayat, ada seorang lelaki tua. Sedang dia berjalan-jalan, dia terpandang seorang anak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis. Apabila orang tua itu melihat anak kecil itu menangis, dia pun bertanya :
"Wahai anak kecil, kenapa kamu menangis?"
Maka anak kecil itu berkata :
"Wahai pak cik, saya telah membaca Al-Quran sehingga sampai kepada ayat yang bermaksud : 'wahai orang-orang yang beriman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu.' Saya menangis kerana saya takut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu : "Wahai anak, janganlah kamu takut, sesungguhnya kau terpelihara dan kamu tidak dimasukkan ke dalam api neraka."Kemudian anak itu bersuara, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yang berakal. Tidakkah pakcik lihat, bila orang menyalakan api, maka yang pertama sekali mereka letak ialah ranting-ranting yang kecil dahulu. Kemudian baru yang besar. Jadi sudah tentu saya yang kecil ini akan dibakar dahulu sebelum orang dewasa dibakar."
Mendengar jawapan itu, orang tua itu lantas menangis dan berkata, "Sesungguhnya anak kecil itu lebih takut akan neraka daripada orang dewesa. Maka bagaimanakah keadaan kami nanti??"
Sekadar satu perkongsian. Sama-samalah kita bermuhasabah diri kita.... Wallahualam..
No comments:
Post a Comment