Pages

Nov 26, 2009

Salam Perjuangan Penuh Pengorbanan

Assalamualaikum w.b.t.. Saya kira belum terlambat rasanya untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA kepada semua sahabat-sahabat yang mengenali dan kepada semua ummat Islam di dunia. Apa yang kita faham mengenai hari raya korban ini? Sudah tentunya kisah agung pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s dalam melaksanakan perintah Allah s.w.t dengan penuh redha dan kecintaan. Namun, mana mungkin kita dapat menandingi pengorbanan insan-insan mulia ini. Pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat hebat. Sanggup mengorbankan lebih daripada tenaga dan harta semata-mata taat kepada Allah s.w.t.

Namun disini bukanlah niat saya untuk melemahkan semangat sahabat-sahabat, jauh sekali ingin memadamkan bara api perjuangan dan pengorbanan yang sentiasa marak dalam jiwa setiap insan yang telah mewaqafkan diri dalam perjuangan Islam. Alhamdulillah... ini jalan kita.. Walau dipenuhi dengan ranjau dan duri, walau dihampari dengan mehnah dan tribulasi, walau ianya menuntut selaut air mata... kita tetap dalam satu perjuangan demi menegakkan kalimah LAILAHAILLAH. Kerana apa??? Kerana kita ingin menikmati syurga yang kekal abadi dalam keredhaan dan kecintaanNya...

Ketika menerima satu sms ucapan sempena eidul adha daripada seorang sahabat, saya tersentap dan ianya membuatkan saya berfikir panjang. Ucapannya lebih kurang beginilah bunyinya...

"Salam Eidul Adha... Mohon maaf atas segala kekhilafan dan kesilapan diri ini. Semoga kita tergolong dikalangan orang-orang yang bersyukur. Renungilah... sesungguhnya sedikit sangat kita berkorban untuk Islam. Sama-samalah kita memperbaiki diri."

Yer... saya bermonolog dalam diri... Apa yang telah aku lakukan untuk Islam? Apakah pengorbanan yang telah aku lakukan untuk Islam?? Ya Allah... manjanya diri aku nie... Sesungguhnya aku terlalu selesa dengan keadaan ku ini...

Marilah sama-sama kita tanya pada diri kita.... APAKAH PENGORBANAN YANG TELAH AKU LAKUKAN UNTUK ISLAM SELAMA INI??

Sama-sama lah kita susuli kisah agung pengorbanan Nabi Allah Ibrahim dan Ismail. Jadikan ia pemangkin kepada kita semua dalam menginafakkan diri, harta dan segala-galanya demi perjuangan Islam yang kita cintai...

TAKBEER!!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...