Pages

Nov 30, 2009

Salam Buat Bangsaku...


Di malam yang hening, saya terpanggil untuk mencoretkan sedikit rasa yang telah terbuku di hati ini sejak sekian lama. Entah mengapa jejari ini seakan bersatu dengan kehendak hati apabila turut sama menyumbang tenaga untuk terus menari di atas papan kekunci laptop kesayanganku ini….


Saban waktu saya mendengar laungan perjuangan yang berpaksikan bangsa di sekeliling saya. Saban hari saya semakin keliru... Ada apa pada bangsa? Hanya satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat sekelian hambaNya tanpa kita bersusah payah untuk berusaha menetapkan bangsa kita. Aku melayu.... tapi aku nak anak aku cina lah. Cina kan pandai-pandai belaka. Boleh ker??Sedarlah wahai bangsaku... Ianya telah ditetapkan oleh Allah s.w.t buat sekalian hambanya. Tiada apa yang boleh dibanggakan dengan bangsa. Tapi, kalau kita bangsa melayu, yang memang berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi seseorang yang hebat, doktor, engineer, akaunan barangkali... Ya... ianya memang boleh dibanggakan.. Jika itu yang berlaku, maka jeritlah pada dunia... AKU MELAYU YANG BERJAYA!!!! AKU KINI SEORANG DOKTOR!!! Ya, banggalah kalian. Memang tiada siapa yang akan menafikannya.


Namun, adakah kalian lupa, semuanya adalah daripada Allah.... Tanpa keizinanNya, kita tidak akan menjadi seperti yang kita impikan. Memang benar, mungkin ramai di kalangan bangsa Melayu kini berjaya menjadi professional. Bukan sesuatu yang luar biasa kini apabila anak Melayu berjaya menjadi pengarah syarikat, doktor, engineer dan sebagainya. Namun, adakah kejayaan itu berserta REDHA ALLAH atau MURKA ALLAH?? Seringkali kita bertelagah sesama kita dalam episod perjuangan bangsa yang saya tidak nampak penghujungnya....


Namun, apabila kita menggantikan perjuangan bangsa dengan perjuangan Islam, kita akan mengajak khalayak untuk kembali kepada suatu titik persamaan iaitu HIDAYAH. Kita kembali kepada pengakuan keEsaan Tuhan. Dalam konteks Islam, ia dipanggil Allah yang mencipta Adam dan Hawa, langit dan bumi. Di atas dasar persamaan hak untuk menumpang di bumi Allah ini tanpa mengira bangsa, kita mempunyai hak untuk berteduh, hak untuk memiliki rumah, hak untuk makan minum, hak untuk memelihara keturunan, hak untuk mendapat perlindungan keselamatan dan nyawa serta hak untuk hidup bermaruah daripada diaib dan diganggu.


Hidup manusia ini memang dipenuhi pertelagahan. Maka, kembalilah kepada asal... Kembalilah kepada Al-Quran dan Sunnah. Selaras dengan firman Allah dalam Surah An-Nisa ayat 59 yang bermaksud:

”Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Quran)dan Rasul (Sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.”

Bercerita tentang ilmu, profession dan sebagainya... Perlu kita yakini bahawa ilmu Al-Quran dan Hadis adalah ilmu yang berada di maqam teratas. Ini kerana ilmu menjadi paksi kepada seluruh alam. Ia menghubungkan langit dengan bumi. Ia menjelaskan hubungan Al-Khaliq dengan makhluk. Ia menghuraikan fenomena dunia yang sementara dengan babak-babak penyudah kehidupan di alam kubur, mahsyar dan seterusnya. Ilmu jenis ini menjadi teras kepada ilmu yang diraih berasaskan pengalaman pancaindera atau ilmu yang berpunca daripada proses dan aktiviti pemikiran semata-mata.


Apabila kita meletakkan ilmu Al-Quran dan Hadis di hadapan, maka kita tidak akan mudah terkeliru di antara anugerah bangsa yang bersifat fitrah yang tidak boleh dijadikan dasar perjuangan dengan anugerah iman yang wajib dijadikan dasar perjuangan.

Lantas saya dapat satu formula,

BANGSA=AQIDAH ISLAM=PERJUANGAN YANG HAKIKI.


Mungkin ada sesetengah yang mengatakan saya agak emosi pada posting kali ini, namun inilah yang tersimpan di lubuk hati saya yang sering saya pendamkan dan juga sering saya tenangkan dengan kata-kata alangkah indahnya jika meletakkan Islam itu paling atas. Kini saya meluahkan dalam medan teknologi berpenakan IT. Bukanlah niat saya untuk memburukkan mana-mana pihak, seperti yang saya jelaskan dari awal lagi, ianya hanya sekadar luahan hati.

Jadi wahai bangsaku, berjuanglah kalian dengan berpaksikan AQIDAH ISLAMIYAH. Jangan diharapkan hasilya kerana kita berjuang hanya untuk menggapai Redha Yang Maha Esa. Teringat saya pada pesan seorang sahabat ikhwah yang saya genggam hingga kini,


Jalan dan strategi untuk Islam menang memang banyak. Namun hebat manapun perancangan kita, hanya Allah yang berhak menentukan hasilnya. Islam hanya akan menang jika Allah mengizinkan. Tugas kita bukanlah seperti berjuang hari ini, maka hari esok adalah kemenangan. Namun matlamat setiap mukmin adalah MARDHATILLAH.


Kembalilah kepada asal......
Wallahualam...
TAKBIR!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...