بسم الله الرحمن الرحيم
Saya mulakan tinta kali ini dengan lafaz agung basmallah... Moga terhindar daripada segala godaan dan fitnah syaitan yang direjam..
Selamat datang... Selamat menjadi warga UiTM umumnya dan
warga Kolej Mawar khasnya.
Alhamdulillah.... Setinggi-tinggi kesyukuran saya panjatkan pada Ilahi di atas segala nikmat yang telah dikurniakan olehNya pada saya, terutamanya dua nikmat yang paling berharga iaitu nikmat Islam dan Iman. Alhamdulillah.... Moga langkah kaki ini akan sentiasa berkobar dengan semangat dan roh jihad demi mencari RedhaNya... Insya-Allah. Ingin saya kongsikan beberapa peristiwa dan gambar kenangan semasa menjadi pembantu bagi pihak kolej semasa hari pendaftaran pelajar baru lepasan matrikulasi, STPM dan SPM... Setinggi-tinggi syukur saya panjatkan pada Yang Maha Esa kerana mengurniakan saya sedikit kesempatan untuk turut menabur bakti pada hari berkenaan. Semoga sedikit sebanyak dapat menambahkan berat neraca kebaikan saya di akhirat kelak... Insya-Allah..
Proses pendaftaran di Kolej Mawar amat mudah. Bermula apabila pelajar datang untuk mengambil kunci bilik, kemudian boleh mengemas barang di bilik masing-masing. Pada waktu petang barulah sesi penyerahan borang pendaftaran kolej akan diserahkan kepada pihak kolej...
Disini saya sertakan beberapa keping gambar semasa di hari pendaftaran...
Adik-adik yang sedang beratur untuk sesi penyerahan borang.
Menanti dengan penuh kesabaran... Sabar yer adik-adik.. (",)
Semoga berjaya menjadi siswi yang berjaya dunia dan akhirat...
Menanti dengan penuh kesabaran... Sabar yer adik-adik.. (",)
Semoga berjaya menjadi siswi yang berjaya dunia dan akhirat...
Buat adik-adik yang dikasihi kerana Allah dan RasulNya...
Semoga menjadi pelajar yang cemerlang di medan akademik...
Semoga sentiasa menjadi anak yang solehah untuk keluarga...
Semoga sentiasa menjadi hamba yang taat kepada Allah....
Dan semoga berjaya di dunia dan di akhirat.
Duhai adik-adikku...
Alam universiti ini jauh bezanya dengan alam persekolahan.
Cabaran dan dugaannya lebih hebat.
Maka, penuhilah jiwa dengan aqidah yang mantap,
Sehingga kita semua tidak lagi gentar apabila berhadapan dengan musuh Allah...
Sehingga kita tidak lagi mengharapkan sesiapa melainkan Allah...
Letaklah segala puncak pengharapan hanya pada Allah...
Letakkanlah dunia di tangan wahai adik-adik,
Dan letakkanlah akhirat di hati..
Apabila kegagalan di dunia ini menyapa kita,
Kita tidak akan merasa sedih dengannya...
Kerana akhirat adalah matlamat utama kita.
"Ya Allah...
Sesungguhnya Engkau Tahu,
Bahawa hati-hati ini telah berpadu,
Berhimpun dalam naungan cintaMu,
Bertemu dalam ketaatan,
Bersatu dalam perjuangan,
Menegakkan syariat dalam kehidupan,
Kuatkanlah ikatannya,
Kekalkanlah cintanya,
Tunjukilah jalan-jalan Nya,
Terangilah dengan cahayaMu,
Yang tidak pernah padam,
Ya Rabbi bimbinglah kami...
Lapangkanlah dada kami,
Dengan kurnia iman,
Dan indahnya tawakal padaMu,
Hidupkan dengan makrifatMu,
Matikan dalam syahid di jalanMu,
Engkaulah pelindung dan pembela,
Kuatkanlah ikatannya,
Kekalkanlah cintanya,
Tunjukilah jalan-jalan Nya,
Terangilah dengan cahayaMu,
Yang tidak pernah padam,
Ya Rabbi bimbinglah kami..."
P/S : kepada adik2 yang menetap di Kolej Mawar, marilah berjumpa dengan kami di Surau Mawar yer... Dan jangan lupa, jom sertai sahabat surau mawar!! Insya-Allah... banyak manfaatnya.... (",)
3 comments:
^^...(";)..mawar di hati..
assalamualaikum
tumpang tanya..stiap pelajar sdah ditetapkn blik ke bla smpai di kolej mawar bru diberikan blik?ala2 1st come 1st serve..kiranya sapa yg sampai awal dy dpt floor bwh??
Wa'alaikumsalam syida..
Pertama, minta maaf kerana lewat membalas komen syida.
Bagi pelajar semester pertama, bilik memang diagihkan mengikut sistem 1st come 1st serve, tapi jika pelajar mempunyai masalah kesihatan, maka pihak kolej menyediakan bilik di ground floor dengan syarat mempunyai surat keterangan doktor. Tetapi itu hanya untuk mereka yang duduk di blok 1A dan 1B sahaja, kerana untuk blok 2A dan 2B mempunyai lift.
Bagi pelajar lama yang dapat penempatan di kolwj mawar, bilik memang ditetapkan oleh pihak kolej.
Harap dapat membantu.. ^_^
Post a Comment