Salam 'alaik.. Alhamdulillah.... syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang dikurniakanNya terutamanya nikmat iman dan islam. Dan saya bersyukur juga kerana dapat award daripada sahabat-sahabat yang saya amat saya sayangi demi Allah dan RasulNya....
Memandangkan da dapat award nie, saya nak share satu lagu. Lirik nya boleh menaikkan semangat jihad kita kembali. Insya-Allah... Tajuknya ialah Sunnah Berjuang... Ayuh sahabat-sahabat... Kita susun barisan, mantapkan saf dan mara dalam perjuangan Islam... Tiada yang lebih bermakna melainkan Redha Allah... Dan tiada yang lebih penting melainkan untuk meneruskan dakwah Rasulullah... Ayuh bersatu demi menegakkan kembali kalimah LAILAHAILLALLAH MUHAMMADUR RASULULLAH.
Bismillahirrahmanirrahim...
Berjuang menempah susah
Menanggung derita menungkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela tauhid
Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap mara memburu cita
Membara demi Allah dan RasulNya
Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang
Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa dirimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Berjuang memang pahit
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih
Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan
Dunia yang fana atau syurga
Semoga kita semua berada dalam Redha dan Rahmat-Nya... Kepada semua sahabat-sahabat serta pengunjung blog nie, anda semua bolehlah mengambil award nie... (Kalau sudi). Hehe... Semoga sentiasa berada dalam semangat jihad dan sihat dalam iman...
P/S: Buat ukhti mimie dan ukhti masyitah yang comel.... syukran jazilan... Uhibbukinna fillah...
No comments:
Post a Comment