Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Allah atas segala nikmat yang dikurniakan, terutamanya nikmat Islam dan nikmat Iman. Malam tadi di surau kolej saya telah diadakan slot muhasabah untuk adik-adik baru. Slot ini tidak diwajibkan, tapi alhamdulillah... kehadiran adik-adik membanjiri surau kolej menandakan bahawa masih ada permata-permata Islam yang perlu digilap, permata-permata Islam yang masih sayangkan agama Allah ini. Kalian amat beruntung kerana Allah telah gerakkan hati kalian untuk turun ke surau sedangkan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain masih leka dan hanyut dengan dunia luar. Alhamdulillah... Kami dari pihak kakak-kakak amat bangga dengan semangat yang ditunjukkan oleh adik-adik, semangat sayangkan Islam, semangat ukhuwah Islamiyyah yang begitu manis.. Semangat ukhuwah Islamiyah berpintalkan aqidah, bersulamkan ibadah dan diwarnai dengan nasihat-menasihati. Subhanallah... satu lagi nikmat Allah yang dapat kita rasai melalui manisnya ukhuwah Islamiyah ini. Buat kakak-kakak ku, sahabat-sahabat seperjuangan ku, demi Allah dan RasulNya, yani amat menyayangi kalian, menyayangi ukhuwah yang terbina antara kita atas dasar Islam.
Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Betapa hinanya diriku ini Ya Allah...
Banyak maksiat yang telah aku lakukan padaMu...
Namun kasih sayangMu sentiasa hadir untukku..
Kerana kasih sayangMu mendahului kemurkaanMu...
Maka ampunilah segala dosa-dosaku,
Dosa kedua ibu bapa ku,
Dosa ahli keluargaku,
Dosa guru-guruku,
Dosa sahabat-sahabatku,
Dosa seluruh umat Islam sama ada yang masih hidup atau pun yang telah kembali kepadaMu...
Sesungguhnya Engkaulah penerima taubat....
Ya Allah...
Kau Maha Mengetahui..
Kau Maha Melihat...
Kau telah melihat segala usaha kami Ya Allah...
Kau telah mengetahui segala penat lelah kami Ya Allah...
Berilah kami kekuatan untuk meneruskan setiap langkah kami...
Hanya demi meraih Redha Mu Ya Rahman...
Ya Allah...
Engkau mengetahui bahawa hati-hati kami telah berkumpul kerana mengasihiMu...
Bertemu untuk mematuhi perintahMu...
Bersatu memikul beban dakwahMu...
Hati-hati kami telah mengikat janji setia...
Untuk mendaulat dan menyokong syariatMu...
Maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya...
Kekalkan kemesraan antara hati-hati kami akan jalanNya...
Penuhkan hati kami dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap...
Lapangkan hati-hati kami dengan limpahan iman...
Dan keindahan tawakkal kepadaMu...
Hidup suburkan hati-hati kami dengan ma'rifat tentangMu...
Jika engkau mentakdirkan mati...
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada' dalam perjuangan agamaMu...
Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong...
Ya Allah...
Pasakkan iman yang benar-benar utuh dalam hati kami...
Penuhi hati kami dengan keyakinan yang benar-benar mantap...
Sehingga kami tidak lagi gentar berhadapan dengan musuhMu...
Sehingga kami tidak lagi mengharapkan sesiapa melainkanMu..
Ya Allah Tuhan sekalian alam...
Ya Allah Ya Rahman...
Hiasilah akhlak kami dengan sifat-sifat mahmudah...
Jauhilah kami daripada sifat-sifat mazmumah...
Jauhilah kami daripada sifat iri hati, dengki, khianat, buruk sangka...
Ya Allah... Ya Allah... Ya Allah...
Selawat dan salam keatas junjungan mulia yang dikasihi,
Rasulullah s.a.w., kaum keluarga baginda dan para sahabat baginda...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...
Buat adik-adik yang akak kasihi kerana Allah dan RasulNya, moga istiqomah dalam jalan ini... Akak yakin adik-adik akak kuat... Ketahuilah wahai adik-adikku, dikau adalah permata Islam.. penerus perjuangan Rasulullah s.a.w... Jangan pernah berasa sendirian kerana kakak-kakakmu sentiasa ada untuk membantu... Kami sentiasa berlapang dada menerima adik-adik kami.
Duhai adikku... Jagalah diri kalian sebaik yang mungkin. Ingat lagi tak pesan Ustaz Amin? Kalau tak ingat meh sini akak ingatkan... Ustaz Amin kate, "Jadilah seperti mawar berduri, cantik dipandang tetapi sukar didekati. Hanya yang benar-benar layak sahaja akan dapat memilikimu.". Jadikanlah malu itu sebagai pakaian adik-adik semua. Semoga menjadi muslimah solehah, perindu syahid yang sejati....
No comments:
Post a Comment