ANJING : Aku tengah tension nih... Mau aku gigit manusia tadi.
LEMBU : Eh??? Kenape??
ANJING : Aku lalu tepi dua orang manusia, lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetibe si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata.. "Hoi anjing! Pergi jauh-jauh... Najis!!"
LEMBU : Yer lar.. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biase lar tuh..
ANJING : Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tuh ape? Boleh ke nak samak dosa??
LEMBU : Hm... Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahran tanpa ikatan yang sah, lagi dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing. Malah tak boleh suci sekalipun disamak.
ANJING : Wah... Ayat ko memang power lar... Manusia kena ubah pepatah lepas nie... pandai cam LEMBU..
Sedikit penjelasan....
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibn Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan khinzir itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram."
Bersentuhan (dengan sengaja dan apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita yang bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain, maksudnya "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat at-Tabrani dan Baihaqi)
"Katakanlah lagi kepadanya : Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna." (Az-Zumar : 9)
No comments:
Post a Comment