Pages

Sep 11, 2009

Rebutlah sisa peluang yang masih ada

Assalamualaikum.... Selawat dan salam ke atas junjungan yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w , kaum keluarga baginta serta sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah.... kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi idea dan pendapat di alam maya ini dengan nikmat Iman dan nikmat Islam...

Kita kini berada di fasa yang ketiga Ramadhan, fasa yang sangat kritikal kerana orang ramai sudah mula sibuk membuat persiapan raya sekali gus 'roh' Ramadahan itu makin kurang. Mungkin kerana 'roh' Raya sudah mengambil tempat kot... Entah lar....

Fasa yang ketiga atau sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan ini merupakan fasa pembebasan daripada api neraka. Pelbagai kelebihan yang Allah telah janjikan pada 10 malam terakhir Ramadhan nie. Antaranya ialah Lailatul Qadar. Tapi, saya lebih tertarik untuk membicarakan tentang pembebasan daripada api neraka. Pernah tak kita terpegang atau terkena api? Ape ek rasenye? Sakitkan? Hm... meh sini. Saya nak kongsi siket tentang kisah api neraka. Mungkin ramai yang dah tau... Tapi biasa lar... sifat manusia yang sering lupa. Oleh itu, anggaplah ini sebagai peringatan buat diri saya serta sahabat-sahabat sekalian. Insya-Allah... Moga dengan sedikit perkongsian ini akan menjadikan neraca amalan kita di akhirat kelak akan menjadi berat.

LUASNYA NERAKA ALLAH

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata, Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya.

Maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w, : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya, : "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi s.a.w bersabda, : "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya, : "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang di hujung timur kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w bertanya, : "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya, : "Tidak, tetapi selalu terbuka. Setenganhnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (Nota kefahaman : iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w, : "Siapakah penghuni bagi tiap-tiap pintu?"

Jawab Jibril, : "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang Shob'in bernama Saqar.

Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu yang kelima orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir'.

Kemudian, Jibril diam dan segan pada Rasulullah s.a.w sehingga baginda bertanya, :"Mengapa tidak kau terangkan tentang penghuni dari pintu yang ketujuh?"

Jibril menjawab, : "Pintu yang ketujuh, di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuannya sehingga sedar kembali. Dan sesudah sedar Nabi s.a.w terus bersabda, : "Ya Jibril, sungguh besar akan kerisauanku dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari kalangan ummatku yang akan masuk ke neraka?"

Jawab Jibril, : "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w menangis diikuti oleh Jibril yang turut sama menangis. Kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Orang Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi, : "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan teriknya panas matahari Ku."

TAHUKAH KAMU BAHAWA NERAKA JAHANAM KU ITU :

  • Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

Macam mane?? Sanggup ke nak menghadapi api neraka?? Sedangkan api dunia yang telah disejukkan sebanyak 70,000 kali ganda pun kita dah tak tahan sakitnya, apa lagi dengan api neraka yang maha dahsyat? Naudzubillah... moga kita semua terhindar daripada api neraka. Jadi sahabat-sahabat sekalian, marilah kita merebut dan menghayati 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan nie kerana 10 malam yang terakhir ini merupakan fasa pembebasan daripada api neraka. Sama-sama lar kita tingkatkan amalan kita agar setiap langkah kita diiringi dengan Redha dan Rahmat Allah.

Bayangkan, betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada kita selaku ummat baginda sehinggakan baginda menangis dan pengsan akibat perasaan sedih dan takut akan nasib yang akan menimpa kita. Tapi bagaimana dengan kita??? Tidak adakah secebis kasih dan cinta buat kekasih Allah ini? Tidak adakah sekelumit rindu untuk berjumpa dengan junjungan mulia ini??

Ya Rasulullah... kami amat merinduimu.....

Wallahualam...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...