Pages

Jun 1, 2009

Tika diri diuji hebat...


Minggu yang penuh dengan ujian dan cabaran buat saya. Bukanlah untuk mencari secebis simpati, malah jauh sekali untuk mengeluh dengan takdir Ilahi. Cuma saya nak berkongsi sedikit tentang ape yang telah dipelajari setakat ini.

Bermula dengan abangku yang sulung hingga adik ku, masing-masing punya masalah sendiri. Dan saya tidak ingin menambah beban masalah mereka. Bermula daripada kesihatan diri saya yang tidak begitu mengizinkan untuk saya bergerak bebas, banyak perkara yang telah saya rancangkan terpaksa ditangguhkan. Huhu… bukan itu sahaja, namun hari demi hari masalah kian bertambah. Sehinggalah satu mase disaat tahap kesabaran ku berada pada tahap maksimum, maka terbitlah bisikan-bisikan jahat dalam hati… “Sampai bila aku kena hadapi nie semua.” Dan kadang-kadang sehingga satu tahap dimana bisikan di hati terlintas sangat jahat, “kenapa aku yang kena hadapi nie semua?” Astaghfirullah hal ‘azim… Namun aku bersyukur, kerana iman yang tipis dihati ini masih lagi mampu menepis dan bersuara. Ketika saat diri ini sibuk mencari ketengan dengan mentadabbur kalam Allah… maka Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Penyayang menemukan aku dengan ayatnya ini….

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan ‘Kami telah beriman’ sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.”
(Surah Al-Ankabut : 2-3)

Ya Allah… betapa hinanya hambaMu ini… baru diuji dengan ujian yang kecil sudah mula ‘melatah’. Ya Allah… betapa malunya hambaMu ini.. Baru dijentik secebis kelukaan dalam hidup, hambaMu ini telah merasakan hidup yang kelam. Ya Allah… Moga Kau kuatkan hati ini, istiqamah dalam perjuangan ini.

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.”
(Surah Al-Baqarah : 286 )

Saya teringat akan kata naqibah saya, Allah nak uji yani sebab Dia tau yani mampu untuk hadapinya. Bersyukurlah dik, kerana dipilih oleh Allah untuk diuji. Allah uji yani sebab Allah sayang yani.” Ya… saya amat yakin dengan apa yang dikatakan oleh kakak kesayangan saya ini. Saya kini sedang diuji tahap keimanan sedangkan ramai lagi yang terbiar dalam kelalaian.

Kini, saya terpaksa korbankan salah satu daripada apa yang telah saya rancangkan. Dan saya tekad untuk memilih keluarga saya. Bagi saya, selepas Allah dan RasulNya, keluargalah yang terpenting buat saya.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.”
(Surah Al-Baqarah : 216)

Ya.. saya serahkan segala-galanya pada Allah. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Saya akan terus berusaha, demi memastikan yang terbaik buat keluarga saya. Namun natijahnya, hanya Allah yang selayaknya menentukan.

“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal.”
(Surah At-Taubah : 129)


Maka, apa yang telah saya pelajari ketika ini….
YANG PERTAMANYA… terimalah segala ujian, cabaran, dugaan dengan hati yang terbuka. Sematkan dihati bahawa segala yang Allah turunkan buat kita bukanlah sia-sia. Ada seribu satu hikmah dan pengajaran yang boleh kita pelajari. Anggap sahaja semua yang berlaku adalah tarbiyah secara langsung dari Allah. Nak menjadikan kita lebih tabah dan kuat di masa akan datang. Boleh jadi juga sebagai penghapus dosa-dosa kita yang lampau.

YANG KEDUANYA….
Sabar… sabar… dan sabar. Kita perlu yakin apa yang telah ‘diambil’ oleh Allah, maka Allah akan menggantikannya dengan yang lebih baik. Umar bin Abdul Aziz pernah berkata,
“Allah tidak memberi kenikmatan kepada seseorang hambaNya dengan suatu kenikmatan kemudian Dia mengambil kenikmatan itu daripadanya. Lalu digantikanNya dengan kesabaran, melainkan apa yang digantikan itu lebih baik daripada apa yang diambilNya.”

YANG KETIGANYA…
kembalilah kepada Allah. Jika kita renungkan, apalah sangat ujan yang kita terima jika nak dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah sekian lama kita perolehi. Maka, disaat diri diuji hebat… kebergantungan kepada Allah adalah amat perlu.

“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk”
(Surah Al-Baqarah : 45)

YANG KEEMPAT… redha dengan setiap ketentuannya. Berlapang dadalah menerima segala takdirNya. Sentiasa hussnuzon (bersangka baik) kepada Allah. Letakkan segala puncak pengharapan hanya pada Allah.

Wallahu’alam..

p/s : doakan yang terbaik untuk saya…. Syukran jazilan.

6 comments:

Unknown said...

salam sayang & rindu, salam perjuangan...

sabar ye wahai adik ku...akak tau yani kuat...antara kami semua, yani yg paling kuat...seorang yg tabah dan sentiasa berlapang dada...akak kagum dgn yani...

walau ape pn terjadi, yani kena igt...kami ade di sisi yani...kami semua sayang yani...sayang kerana Allah...ukhuwah fillah...

semoga terus istiqamah ye dik...salam syg rindu dari akak...

HHH said...

Teguhkan dirimu dengan iman dan taqwa..
sesungguhnya ujian itu pengikat kasih antara hamba-NYA dengan DIA..
Tika ujian melanda,manisnya tiada terkata..
bermunajat memohon kesembuhan,kekuatan..
Pada DIA sahaja lah tempat mengadu segala hal.

Itulah tarbiyyah yg ALLAH kurniakan bagi hamba-hamba-NYA yang terpilih..
Supaya kental menghadapi mehnah dunia yg mendatang..

Ujian itu indah..
bagi org2 yg beriman..
kerana di situ terdapat kifarrah dari-NYA..
di situ terdapat rasa rindu pada-NYA..

Bagaimana pula dengan ujian yg di hadapi oleh para sahabat?
Lihatlah pasa Sumayyah yg menpertahan kan keimanan sehingga syahid..
Asiah yang hidup di dalam sangkar emas buatan firaun tetapi sedikit pun imannya tidak tergugat..

Siti Khadijah yang dahulunya hartawan..'
tetapi setelah Islam datang.,
seluruh hartanya di infaakkan
sehingga tika hari kematiannya,di atas pangkuan suami tercinta,lalu beliau berkata
"Andai tiada sedikit harta pun yang tinggal lagi untuk perjuangan,maka galilah semula kuburku,ambil tulang ku dan jualkan untuk mendapat sedikit harta di gunakan ke jln perjuangan"

Ujian itu pembersih dosa..dik..
ujian itu peningkat martabat diri..
ujian itu menilai keimanan..
Ujian Itu indah..

Salam ukhuwwah penuh perjuangan-Jadilah Mujahidah yg seluruh dirinya di infakkan ke jln ALLAH.tiada kesenangan bila memilih jalan ini..tetapi pengakhirannya sgt indah.Bagi org2 yg bertaqwa

istisyhad said...

To Kak Masyitah... Syukran jazilan kak... Bagi Yani, ukhuwah yang terbina antara kita semua atas landasan dakwah adalah anugerah yang tidak ternilai dalam hidup yani. Beruntung sangat dipertemukan dengan kakak2 yang amat penyayang serta sentiasa beri nasihat dan dorongan. Bersyukur sangat kerana punya kakak2 yang sentiasa ingatkan yani pada manisnya syurga Allah. Bertuah sangat kerana ada kakak2 yang sentiasa tiupkan kalimah2 jihad dan juang di jalan Nya. Yani mohon doa daripada kakak2 semua, moga terus istiqomah dalam jalan perjuangan ini. Sungguh... kakak2 serta sahabat2 seperjuangan semua adalah tunjang kekuatan yani. Terasa lapang bila bersama kalian. Alhamdulillah... di sebalik ujian dan dugaan... Allah hadiahkan insan seperti kalian semua dalam hidup yani.

istisyhad said...

To Kak Jee... Syukran jazilan kak jee atas kate2 semangat dari kak jee.
Insya-Allah kak... selagi bernafas, seluruh hidup yani milik Allah, diri yani milik perjuangan Islam.
Kak jee... yani mohon doa agar terus istiqomah dalam jalan ini.
Yani perlukan teguran serta nasihat dari kak jee...
Syukran jazilan kak jee..
Sayang kak jee kerana Allah...

slaveofALLAH said...

Jika Syurga menjadi idaman, jalannya seluas mata memandang..Jika keampunan yang didamba,gerbangnya setia menanti..Usah gusar dugaan dihadapan..andai hati nekad mengejar Cinta Ilahi..."

"ya Allah,tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatu pun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu"

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
(surah al-baqarah:ayat 286)

".....Katakanlah:Cukuplah Allah bagiku.Kepada-Nyalah bertawakkal orang-orang yang berserah diri."(surah al-zumar:ayat 38)

"Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap."(surah al-syarh:ayat 8)

istisyhad said...

syukran jazilan mimie...
Di sebalik ujian ini,
yani merasakan kasih sayang ALLAH...
Salah satu nya adalah dengan menghadirkan insan-insan seperti kalian dalam hidup yani..
Alhamdulillah...
Ukhuwah itu indah apabila bertemu dan berpisah kerana Allah, disulamkan dengan ibadah dan dihiasi dengan kata-kata perjuangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...