Pages

Dec 27, 2009

Demi Islam yang dicintai...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Salam Islah dan salam perjuangan. Entry ana kali nie mungkin lain daripada yang biasa ana post di blog nie.. Bahasa diri pun dah bertukar... Sebab apa??? Sebab entry kali ini adalah luahan hati buat para dai'e ilallah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Ana bukanlah ingin menuding jari pada mana-mana pihak. Ianya sekadar luahan hati dan pesanan untuk diri ini. Mungkin dikalangan antum memang sudah terbiasa berada dalam suasana 'Islamik'. Sekolah agama barangkali.... Sudah tentu biah Islamiyah itu dirasai. Namun, bagaimana dengan realiti di dunia luar? Wujudkah suasana 'Islamik' itu?? Pernah pergi ke tengah kota dan diasingkan laluan antara lelaki dan wanita?? Jawapannya pasti tiada.

Pernah suatu ketika dulu, ana dapat sms daripada seorang sahabat.... Ketika itu ana sedang makan bersama kawan-kawan kelas ana yang bukan daripada 'kalangan' antum....

"Seronok nampak bergelak ketawa?? Tak sangka nti boleh duduk semeja dgn org camtu..."
Ketika itu, ana cuba tenangkan diri... Mungkin dia nak ingatkan aku supaya jaga akhlak. Bisik hati ana... Memujuk agar bersangka baik. Namun ana tetap terfikirkan pesanan nya yang akhir... Apa masalahnya kalau ana duduk satu meja dengan kawan-kawan ana? Salah ke hanya kerana mereka free hair, jenis yang happy go lucky, moden dan semua istilah yang ana tak mampu sebut....
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan... Ana kira firman Allah yang satu ini cukup antum fahami..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan 'kami beriman' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-'Ankabut : 2-3)
'Mereka' ini sedang diuji... Dan 'kita' semua belum tahu bila 'kita' akan diuji dan bagaimana keadaan 'kita' ketika diuji kelak. Dan barangkali 'kita' SEDANG DIUJI kini... Yer.. Diuji dengan NIKMAT Allah.. Adakah 'kita' tundukkan hati kita demi membantu 'mereka' yang masih mencari?? ATAU..... 'kita' berbangga dengan apa yang 'kita' miliki sehingga 'kita' memandang 'mereka' ini dengan pandangan yang enteng?? Naudzubillah.... Moga Allah jauhkan kita semua dengan penyakit riak ini....
Apakah perlu diwujudkan dua golongan antara kita yang sememangnya hina ini...? Ana bawa satu analogi.. Andaikata yang pakar IT hanya bergaul dengan pakar IT dan pakar perubatan hanya bergaul dengan golongan yang pakar dalam bidang perubatan........ Andai pakar IT sakit, pakar IT jugakah yang boleh merawatnya? Begitu juga dengan sebaliknya bukan? Mereka saling memerlukan..... Begitu juga dengan kita.
Wahai sahabat-sahabat pejuang agama Allah... tundukkanlah ego antum. If we cannot beat them, join them. Dakwah perlu kreatif sahabat-sahabat. Ana percaya antum memang memahaminya.. Namun,kenapa tidak praktikkan?? Kenali 'mereka' dan selamilah hati 'mereka'.
'Mereka' inginkan Islam, cuma mereka malu dan kurang yakin kearahnya... Bukankah ini tugas 'kita' untuk membantu mereka??
Apa salahnya sekali sekali keluar makan, riadah sama-sama, atau study sama-sama dengan 'mereka'? Disamping itu kita boleh tunjukkan keindahan Islam yang ana dan antum cintai kepada 'mereka'.... Mulakan dengan perkara yang mudah.. Misalnya mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mungkin nampak remeh di mata antum, tapi impak yang besar buat 'mereka'. Selebihnya ikut lah kreativiti antum dalam berdakwah.... Ketika beriadah, tekankan pada aspek aurat. 'Kita' tetap boleh beriadah walaupun menutup aurat. Dan ana yakin sahabat-sahabat ana lebih kreatif dan lebih hebat daripada ana...
Benar... sahabat memainkan peranan yang besar dalam hidup kita. Ana tak kata 'kita' kena tinggalkan kehidupan yang biasa 'kita' lalui demi untuk dekat dengan 'mereka'. Sahabat-sahabat seperjuangan, yang sefikrah dengan kita perlulah kita jaga. Mereka adalah salah satu sumber kekuatan kita. Usrah dan halaqah perlu istiqamah kerana disitu nadi kekuatan kita. Apa lagi ibadat-ibadat wajib dan sunnat kerana itu adalah sumber kekuatan yang tiada tolok bandingnya..
Jadilah diri kita umpama benih yang subur. Apabila dicampak ke laut kan jadi pulau, apabila dicampak ke darat kan tumbuh pohon yang kukuh. Campakkanlah diri kita ke mana sahaja, nescaya Islam kan mampu untuk subur mewangi. Insya-Allah....
Bingkisan semangat untuk diri ana dan sahabat sekalian....
Kita hanya mampu berusaha,
Allah jua yang menentukannya...
Dalam berusaha kita diuji,
Tohmahan dan kejian silih berganti...
Namun ingatlah...
Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha,
Bukan disuruh melihat buah dan hasilnya....
Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..
Put our trust first to ALLAH...
Ana mohon maaf andai kata tersilap menyusun kata sehingga ada hati yang tidak senang. Ana hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan, hamba yang hina disisiNya.. Segala kebaikan daripada Allah s.w.t dan segala kekurangan adalah daripada diri ana, bersandarkan kedua-duanya daripada Allah s.w.t.
Semoga kita terus bermujahadah dalam memperbaiki diri demi RedhaNya...
Semoga kita terus istiqomah dalam jalan juang ini demi RedhaNya...
Tiada yang lebih berharga didunia ini melainkan perjuangan di jalanNya demi meraih RedhaNya....
Al-Faqir ila Rabbihi... NUR ILYANI BT ABDUL GHAFAR

3 comments:

munadhia said...

salam.betul 2 yani. seharusnya kita meluaskan medan dakwah kt ni kepada mereka2 yg spatutnya. kt kna masuk ngan smua org dalma erti kata utk memahami mereka. bila dah faham, baru boleh kt menegur dn berdakwah dgn cara berhikmah. bg yan, x spatutnya kt menggunakan pendekatan yg terlalu syadid trhadap mereka ni...slow2~ kwan2 yan pun terdiri drpd pelbagai golongan. ad jgk yg prnah tanya yan, 'kenapa org tudung labuh ni susah didekati?' yan tanya, 'kenapa korang x cuba dekati?' diorg jwb, 'segan, sebab diorg ni lmbut dan trlampau baik ! lagipun sapelah kitorg nk dekati mereka...' 'sape kate?' tudung labuh adalah sbg satu cara kita utk jaga diri kita x bermaksud dgn bertudung labuh, kt xley masuk dgn org lain...dan, x smestinya kt bertudung labuh dan berkopiah, kitalah yg lebih baik...kadang2, kt inilah yg lebih banyak belajar drpd mereka yg kelihatan biasa2 saja...

luaskan pergaulan barulah kt mampu melihat betapa luasnya jalan dakwah ini~ barulah kt mampu melihat betapa besarnya tanggungjawab dakwah ini...

maaf andai ada tersalah kata...dan betulkan juga...

wallahu'alam. wassalam.

istisyhad said...

salam sayang yan..
betul tu yan. ni semua pndgn peribadi yani. Yani pernah tanye kt kawan2 yani tentang pandangan pertama diorang pd yani mase mula2 kenal dulu.
Nak tau ape diorang kate? "aku takutr dgn ko yani. Yer lar... ko baik, tak mcm kite org nie. Segan nak kwn dgn org2 mcm ko nie". Jd, ape salahnye kita turunkan ego kita dan bersama dgn diorang, faham diorang n kite akan tau method utk berdakwah secara berhikmah...

Cuma yani terkilan dgn segelintir golongan yg merasakan mereka nie lebih baik. Naudzubillah... Semoga kita istiqomah dalam jalan juang ini..

pencinta ilmu said...

salam syg & slm juang buat adikku yani tercomel..huhu..
hmm kupasan yg menarik dr yani..membuatkn akk mengimbau kembali kisah lampau dri ini..huhu
terkenangkan waktu dahulu d kala diri ini berjinak-jinak memakai tudung labuh, pelbagai persepsi dr kwn2ku..pelbagai tanggapan dr member2ku..pelbagai kata2 semangat dr shbtku..takut juga utkku mndekati golongan bertudug labuh ketika itu, apakah pula pndgn mereka pd insan kerdil sepertiku yg bkan dr sek agma?berlagak baikkah??ikut orangkah??dah bertaubatkah??hmm..
.namun hnya satu perasaanku ketika itu, Oh Tuhan! Indahnya dpt bersyariat dgn perintahMU..

hmm..teringat juga dizaman sekolahku yg tanpa biah solehah sprti sek agma..bersyukur dri ini dlm lindunganNYA, x termakan dek pengaruh sosial yg kuat dipersekitaran sekolahku..
lantas dri ini terfikir sejenak, adakah kehidupanku yg dahulu adalah AnugrahNYA utkku kembali membimbing kwn2 nun di klang sana..Ya Allah berilah kekuatan pd setiap hmbaMU yg berada dlm jln dakwahMU..

moral of d story : wahai diriku dan sekalian dai'eatullah, SEEK FIRST TO UNDERSTAND, THEN TO BE UNDERSTOOD!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...