Pages

Dec 13, 2009

Izinkan saya berbicara tentang hati dan perasaan

Salam perjuangan.... Entah angin apa yang menyapa saya malam ini, sehingga membuatkan jejari ini seakan merestui hasrat hati ini. Kali ini, saya telah memberanikan diri untuk mencoretkan sedikit rasa hati, bukan untuk meminta simpati... Hanya sekadar perkongsian sahaja.
Masih segar antara pesanan guru di sekolah saya satu ketika dahulu....
"Awak semua tak payah lar nak sibuk-sibuk bercinta masa sekolah nie. Nanti bila dah masuk universiti barulah bercinta. Sekarang nie tumpukan pada pelajaran dahulu."


Sekolah dan universiti.... Apa perbezaannya?? Kedua-duanya tempat untuk menuntut ilmu... Kedua-duanya medan ilmu, tempat untuk kita semua mengejar cita-cita di dunia mahupun menggapai Redha Ilahi. Kenapa perlu bercinta di universiti sedangkan tugas kita masih sama seperti di bangku sekolah?? Satu pandangan yang saya tidak berapa setuju sebenarnya. Dan saya sangat bersyukur kerana di universiti, saya 'disibukkan' dengan tugas-tugas, amanah serta tanggungjawab yang lain sehingga saya tidak punya masa untuk berfikir tentang nasihat 'bercinta' ini. Setinggi kesyukuran ku ucapkan padaMu Ya Allah... Alhamdulillah....

Cuti semester kali ini, saya diasak bertubi-tubi dengan persoalan tentang nikah. Memandangkan hampir kesemua sepupu yang sebaya saya pernah membawa 'teman istimewa' untuk diperkenalkan kepada ahli keluarga, namun saya tidak pernah membawa pulang 'teman istimewa' kepada keluarga untuk diperkenalkan. Malu??? Tidak pernah sama sekali.....

Hati dan hidup ini saya jaga hanya demiNya... Demi perjuanganNya... Insya-Allah.. Dan buat 'dia' yang bakal menjadi imam dalam hidup saya..

Saya mengharapkan 'dia' adalah insan yang sentiasa meletakkan perjuangan Islam adalah yang teratas dalam hidupnya..
Saya mengharapkan 'dia' adalah insan yang meletakkan Redha Ilahi sebagai matlamat hidupnya..
Saya mengharapkan 'dia' adalah insan yang menjadikan pernikahan adalah asbab untuk meraih RedhaNya disamping untuk meneruskan perjuangan dakwah yang dicintainya...
Saya mengharapkan 'dia' adalah insan biasa... insan yang sederhana dalam segala hal...

Namun..... adakah layak untuk saya mengharapkan semua itu???
Ya Allah.... berikanlah aku kekuatan untuk memperbaiki diriku... berikanlah aku kekuatan untuk mensolehahkan diri ini...

Walau apa pun pengakhiran hidup ku ini.... aku Redha dengan ketentuanMu Ya Rabb. Aku tahu setiap ketentuanMu adalah yang terbaik buatku. Bantulah aku menghadapi segala ketentuanMu dengan penuh sabar dan tabah.... Ya Allah Yang Maha Penyayang.... Leraikanlah aku dari keluh kesah, yang membelenggu jiwa dan fikiranku ini Ya Allah... Ditambah dengan hasutan dan pujukan syaitan laknatullah.... Ya Rahman Ya Rahim, singkapkanku hikmah di atas segala ketentuanMu, berikan aku sinar pedomanMu Ya Allah... Sesungguhnya hanya padaMu jualah segala ketetapan.

Bingkisan buat 'dia' yang aku sendiri tidak pernah kenal, moga 'dirimu' sentiasa berada dalam keadaan Redha Ilahi. Moga 'dirimu' sentiasa istiqomah dalam perjuangan yang 'kau' dan aku telah pilih. Berjuanglah demiNya... Letakkanlah pergantungan hanya padaNya..




Doaku dalam setiap sujud kepadaMu Ya Allah... Melalui doa yang telah Kau ajarkan kepada NabiMu...

Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun, waj 'alna lilmuttqina imama...

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa....

Wallahualam...

2 comments:

munadhia said...

ku dengar luahan isi hatimu sahabat, =)

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. amiin~

smoga kt semua diimami oleh seorang pejuang agama Allah juga.yang menetapkan langkah kt juga dlm jalan juang ini. amiin~ =)

istisyhad said...

Syukran wahai sahabatku sayang...
Ameen..
Semoga kita sama-sama terus istiqomah dlm jln yg tlh kita pilih nie..
yan?? bile nak mai uitm plak??
hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...