Pages

Jan 4, 2010

Semester baru di tahun baru....

Salam 'alaik.. Alhamdulillah... akhirnya dapat jugak mencuri sedikit masa untuk mengupdate blog yang sekian lama ditinggalkan dek kerana kesibukan yang melanda diri ini. Bermula dengan pendaftaran pelajar di Kolej Mawar, sehinggalah kepada kecelaruan untuk mendaftar kelas bagi semester empat nie. Hm... semester 4 rupenya. Subhanallah... Seperti baru semalam rasanya saya mendaftarkan diri di UiTM nie. Begitu pantas masa berlalu, sehingga saya tidak menyedari bahawa saya kini sudah menjadi senior. Apabila seorang bayi dilahirkan, maka bayi tersebut akan diazankan atau diiqamatkan oleh si ayah. Dan apabila seseorang meninggal dunia, maka orang ramai akan menunaikan solat jenazah untuknya. Begitu juga dengan hidup ini, amat singkat. Tempoh hidup kita hanya antara waktu azan dan solat. Singkat bukan??

Back to the earlier story.... Hari ini merupakan hari pertama kuliah di semester yang keempat. Maka, semua subjek yang saya akan belajar dalam semester ini ialah major saya iaitu kewangan. Masih mengambil masa untuk menerima perkara yang baru. Hehe.. moga saya boleh membawa semua subjek pada semester ini dengan jayanya. Ameen. Sedikit panduan buat mereka yang ingin menyambung pelajaran di bidang kewangan, terutamanya Ijazah Sarjana Muda Kewangan.. Ade request daripada junior di matrikulasi dan adik-adik asasi mengenai kos kewangan ini. Pada semester 1,2 dan 3, subjek yang akan dipelajari ialah perkara-perkara basic dalam bisnes. Antaranya ialah marketing, accounting, banking, business law, economy, research dan sebagainya. Pada semester yang keempat, kita akan mula berkenal-kenalan dengan major kita. Seperti saya yang belajar kewangan, maka subjek saya pada semester ini antaranya ialah Islamic Finance, Malaysian Derivative dan Investment Analysis. Begitu juga dengan semester 5. Kita akan belajar subjek major. Dan pada semester yang keenam, pelajar akan melakukan latihan perindustrian atau praktikal.


Belum terlambat rasanya saya nak mengucapkan selamat datang kepada pelajar-pelajar baru dan selamat kembali kepada pelajar-pelajar lama. Perjuangan kita di medan akademik belum berakhir. Buat barisan Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) bagi sessi 2010/2011.... Ahlan wasahlan diucapkan. Ikhlaskan hati sahabat-sahabat untuk bekerja demi Islam. Buat semua sahabat-sahabat.... Kita memikul tanggungjawab, amanah, tugas dan jawatan ini bukan kerana diri kita hebat. Bukan juga kerana kita telah dipilih oleh pihak-pihak tertentu... Namun, ALLAH jualah yang meletakkan kita seperti mana kita pada hari ini. Saya juga sering katakan pada diri saya bahawa saya tak mampu untuk pikul amanah dan tanggungjwab yang besar ini. Namun, perancangan ALLAH itu Maha Hebat, Maha Sempurna. DIA lebih mengetahui daripada kita semua. Segala yang berlaku bukanlah sia-sia. Moga kita semua melihat dan menilai setiap ketentuanNya dengan mata hati kita.


Teruskan perjuangan yang belum selesai......

2 comments:

slaveofALLAH said...

salam..yaniku syg...mimie yakin yani boleh bw even sume major subject.........insyaALLAH...cyaiok!!!sahabatku.....manisnya kegagalan dan kejayaan jika bermatlamatkan ALLAH...

istisyad said...

salam mimieku sayang...
Insya-Allah...
mekaseh ya ukhti.
=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...