Pages

Dec 20, 2009

Best Mukmin For Leading Future (BETTER 09)

Salam 'alaik... Salam perjuangan. Alhamdulillah... Segala puji hanya padaMu Ya ALLAH atas segala nikmat kurniaan yang telah Kau kurniakan pada sekalian hambaMu. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman ketika menjadi fasilitator program BEST MUKMIN FOR LEADING FUTURE (BETTER 09). Program ini julung kali diadakan untuk adik-adik sekolah yang mana kini sedang bercuti. Program anjuran Ikatan Siswazah Selangor dengan kerjasama Badan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) ini telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah menengah agama di sekitar Selangor. Antaranya ialah Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER), Sekolah Menengah Agama Bestari (SAMBES), Sekolah Menengan Agama Tengku Ampuan Jamaah (SAMTAJ) dan Sekolah Menengah Agama Batu 38. Seperti nama program ini, program selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 18 Dis - 20 Dis ini adalah bertujuan untuk melahirkan pemimpin MUKMIN yang berkaliber, yang meletakkan matlamat ISLAM sebagai yang UTAMA. Alhamdulillah.... mereka adalah para mujahid dan mujahidah yang telah dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk terus menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH di muka bumi ini.
Saya selaku salah seorang fasilitator yang telah digerakkan hati ini oleh ALLAH S.W.T untuk turut sama menyumbang tenaga dan masa hanya demi ISLAM. Alhamdulillah... Banyak sebenarnya yang ingin dikongsikan, tetapi ianya tidak mampu diluahkan dengan kata-kata... Sedikit perkongsian gambar sepanjang program ini....





Buat semua urusetia dan fasilitator program BETTER 09, semoga segala usaha yang telah dicurahkan untuk program kali ini diredhai oleh ALLAH S.W.T. Ikhlaskanlah setiap kerja hanya demi ISLAM.. Tiada yang lebih berharga melainkan berjuang di jalanNya... Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ingin memohon maaf kepada semua urusetia amnya dan semua sahabat dan sahabiah fasilitator khususnya atas segala kesilapan, kekuangan dan kekhilafan ana sepanjang program ini. Ingatlah bahawa ALLAH tidak melihat hasilnya, tetapi usaha yang telah kita lakukan.. Semoga setiap usaha kita semua akan dinilai olehNya.

Buat adik-adik peserta BETTER 09, akak doakan semuanya istiqomah dalam jalan yang adik-adik telah pilih. Ingatlah bahawa Islam tidak memerlukan kita, tapi kita amat perlukan Islam. Berjuanglah seikhlas hati demi ISLAM. Salam sayang dan salam perjuangan buat semuanya...
-JIKA TAKUT DILAMAR PERPISAHAN, USAH DIRISIK SALAM PERTEMUAN...-
Al faqir ila robbihi - NUR ILYANI BT ABDUL GHAFAR

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...