Pages

Oct 27, 2009

Permainan Untuk Direnungi


Seorang guru sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada murid-muridnya. Guru tersebut duduk menghadap murid-muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada pemadam.


Si guru berkata, "Saya ada permainan... Caranya begini, di tangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada pemadam. Jika saya angkat kapur ini, kamu semua sebut 'kapur!'. Jika saya angkat pemadam ni, maka kamu semua sebut 'pemadam!'." Murid-muridnya pun mengerti dan mengikuti. Si guru berganti-gantian mengangkat antara kanan dan kiri tangannya, semakin lama semakin cepat.


Beberapa saat kemudian, sang guru kembali berkata, "Baik, sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka kamu semua sebut 'pemadam!', jika saya angkat pemadam, kamu semua sebut 'kapur!'." Dan diulangkan seperti tadi. Tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka sudah biasa dan tidak lagi kekok. Selang beberapa saat, permainan berhenti.


Si guru tersenyum kepada murid-muridnya. "Anak-anak, begitulah kita ummat Islam. Mulanya yang haq (benar) itu haq, yang batil itu batil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, musuh-musuh kita pada hari ini memaksa kita semua dengan pelbagai cara, untuk menukarkan sesuatu, dari yang haq menjadi yang batil dan sebaliknya. Pada mulanya mungkin kita berasa sukar untuk menerima hal tersebut, tetapi kerana terus didedahkan dengan cara-cara menarik dari mereka, akhirnya lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu. Dan anda mulai dapat mengikutinya."


"Musuh-musuh Islam tidak pernah berhenti mambalik dan menukarkan nilai dan etika. Keluar berdua-duaan, berkasih kasihan, couple tidak lagi menjadi sesuatu perkara yang pelik. Zina tidak lagi jadi persoalan. Pakaian seksi menjadi hal yang lumra. Seks sebelum nikah menjadi suatu hiburan dan budaya. Materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain-lain. Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit menerimanya. Paham?" tanya guru tersebut kepada murid-muridnya. "Paham cikgu....."


"Baik... permainan kita yang kedua pula. Cikgu ada Al-Quran, cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri di luar karpet. Permainannya adalah bagaimana caranya mengambil Al-Quran tersebut tanpa memijak karpet?"


Murid-muridnya berfikir... Ada yang mencuba alternatif dengan tongkat dan lain-lain. Akhirnya si guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet tersebut, kemudian mengambil Al-Quran. Ianya memenuhi syarat, tidak memijak karpet.


"Murid-murid, begitulah ummat Islam dan musuh-musuhnya... Musuh-musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terang, kerana tentu anda akan menolaknya mentah-mentah. Orang biasa pun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan menggulung anda secara perlahan-lahan dari pinggir, sehingga anda tidak sedar. Mulai dari perangai anda, cara hidup, pakaian dan lain-lain. Sehingga meskipun anda muslim, tapi anda telah meniggalkan ajaran Islam dan mengkuti cara mereka. Dan itulah yang mereka inginkan. Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh-musuh kita."


"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak cikgu?" tanya murid-murid kepada guru mereka.


"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang. Misalnya Perang Salib, Perang Tartar dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi.


"Begitulah Islam... kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang serentak terang-terangan, mereka akan bangkit serentak, baru mereka akan sedar..."


UNTUK RENUNGAN BERSAMA...

Oct 20, 2009

10 tanda-tanda orang yang zalim


Salam 'alaik... Selawat dan salam buat junjungan yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda. Pertama dan selama-lamanya, marilah kita semua merafakkan setinggi kesyukuran kepada Pentadbir dan Pemilik semesta alam ini atas segala nikmat kurniaanNya.


Minggu nie adalah minggu yang sangat memenatkan. Test memanjang, assignment, presentation, pastu dgn minggu knvokesyen nyer lagi. Huhuhu.... Memang menguji kesabaran dan keimanan.... Dalam keserabutan exam yang bakal tiba kurang daripada seminggu je lagi nie, ditambah pulak dengan tak de study week, uishhh....... memang tension tahap yang paling maksimum lar. Hal yang kecik pun boleh jadi besar sebab ketensionan. Sabarlah duhai hati, moga iman yang senipis kulit bawang ini mampu mengawal amarahmu. Insya-Allah.....


Dalam kekalutan orang lain menelaah untuk menghadapi peperiksaan akhir, saya terpanggil untuk mencari "makanan" bagi hati yang sentiasa lapar. Makluman daripada seorang sahabat mengatakan bahawa satu majlis Ilmu yang akan disampaikan oleh Ustaz Ismail Kamus akan diadakan pada malam ini di Surau Al-Islah, Seksyen 7, Shah Alam. Syukran jazilan Kak Masyitah kerana sudi menemani yani. hehehe.... Alhamdulillah....dapat mengutip ilmu daripada seorang insan yang cukup hebat. Tajuk yang dibincangkan ialah 10 tanda-tanda orang yang zalim. Jadi saya ingin kongsikan apa yang dapat saya kutip sepanjang berada dalam majlis ilmu ini. Semoga sedikit sebanyak kita semua beroleh manfaat dan RedhaNya..


10 Tanda-tanda orang yang zalim


*Tidak berdoa untuk orang lain. Sebagai contohnya, apabila kita lepas solat sering kita berdoa "Ya Allah... ampunilah dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibu bapaku, dosa-dosa ahli keluargaku, dosa-dosa guru-guruku, dosa-dosa sahabat-sahabatku, dosa seluruh muslimin dan muslimat yang hidup mahu pun yang telah meninggal dunia." Maknenyer kita bukan doa hanya untuk diri kita sahaja, tapi kita juga berdoa untuk saudara-saudara kita yang lain.


*Sesiapa yang pandai membaca Al-Quran, haruslah membaca sekurang-kurangnya 100 ayat sehari. Biasa tak dengar hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud, "bacalah Al-Quran, kerana di hari kiamat nanti ia akan menjadi syafaat kepadamu". Al-Quran itu sendiri mempunyai 1001 rahsia yang harus kita teroka, fahamkan dan amalkan. Bukankah sering kita ungkapkan Al-Quran dusturuna (Al-Quran pedoman hidup kami), namun berapa banyak masa yang kita luangkan untuk membaca dan mentadabbur kalam Allah nie? Ya Allah... zalimnya hambaMu ini.. Ampuni dosa-dasa kami Ya Allah.. Antara pesanan dan saranan Ustaz Ismail Kamus ialah membaca surah Al-Baqarah untuk mengelakkan dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya. Amalkan membaca yasin sekurang-kurangnya sekali sehari. Banyak manfaatnya, antaranya ialah untuk memantapkan iman.


* Memasuki masjid, tetapi tidak melakukan solat sunat tahyatul masjid. Rugi sahabat-sahabat, banyak fadhilatnya. Meh kita sama-sama didik diri kita untuk menghormati rumah Allah dengan mengerjakan solat sunat tahyatul masjid yer..


*Melalui kawasan perkuburan orang Islam, tetapi tidak berdoa dan memberi salam. Saya teringat ketika ayah saya mengajar ketika melalui kawasan kubur, bagi salam. Assalamualaikum wahai ahli kubur. Sejahteralah kamu semua disana. Kamu telah pun mendahului kami dan kami Insya-Allah, akan menyusul kemudian. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa semua penghuni kampung ini.


*Lalu di satu kawasan pada hari jumaat, tetapi tidak mengerjakan solat jumaat di kawasan tersebut. Kerana itulah makruh hukumnya untuk bermusafir pada hari jumaat. Sunat bermusafir pada waktu malam.


*Orang alim yang datang ke tempat kita, tapi kita tak nak mengambil ilmu daripada orang alim tersebut. Ilmu itu bukan datang sendiri, tetapi didatangi. Maknenyer, kita yang patut mencari guru untuk menuntut ilmu, bukan guru cari pelajar.


* Orang yang bertemu, tetapi berpisah tanpa bertanya nama orang yang kita temui. "Wahai manusia! Sungguh, Kami telah menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal." (Al-Hujurat : 13)


* Dijemput untuk ke kenduri, tetapi tidak hadir.


* Pemuda yang tidak ada apa-apa urusan, tidak gunakan masa yang ada untuk menuntut ilmu. Saya mengingatkan diri saya juga, wahai sahabat-sahabat pemuda dan pemudi harapan ummah. Bangunlah dari lena yang panjang... Tuntutlah ilmu, penuhilah masa kalian dengan perkara-perkara yang bermanfaat. Letakkanlah Allah di tempat yang teratas dalam hidup kalian. Moga akan lahir generasi-generasi rabbani sehebat Umar Ibn Aziz, Sultan Muhammad Al-Fateh, Hasan Al-Banna, yang jelas fikrahnya dalam menegakkan kembali kalimah Allah.


* Seseorang yang berada dalam kekenyangan dan kesenangan, tetapi tetangganya berada dalam keadaan lapar dan kesusahan. Sama-sama kita renungi kisah khalifah Umar Al-Khatab yang bertemu dengan si ibu yang sedang merebus batu untuk anak-anaknya yang kelaparan.


Selamat menghijrahkan diri ke arah yang lebih baik... Tambahkan amal, tingkatkan iman. Moga sentiasa menjadi pengemis cinta Ilahi, pemburu RedhaNya yang sentiasa merindui panggilan jihadNya.


Wallahualam..


p/s : time for continue my study. Study smart + study hard + tawakkal = GLORY TO SUCCESS!! Insya-Allah... I need to study hard because I LOVE ISLAM.. My success in the study is the success for Islam too. So, I CAN DO IT FOR THE SAKE OF ISLAM!!!!!

Oct 15, 2009

Di Sebalik Hijab Malu...


Bismillahirrahmanirrahim....

Di sebalik hijab malu, Dia teresak dalam sendu,
Di sebalik hijab malu, Dia berperang, menawan gelodak nafsu.

Neraca nafsu : Penat sungguh menjaga hati…..

Neraca iman : Allah telah berjanji, pasti ada ganjarannya..

Neraca nafsu : Sabarkah kau mengimbangi dunia dan akhirat sepanjang hayatmu? Yang mungkin berpuluh-puluh tahun lagi..

Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, aku akan hidup esok hari, ataupun sekejap lagi…

Neraca nafsu : Aku tak mampu… Bukankah itu ketentuan Ilahi? Tapi, bukankah telah lama kau peliharanya, andaikan kau abaikannya sebentar, mungkin tak memberikan kesan pada amal-amal yang terdahulu, dah banyak!

Neraca iman : Justeru, jaminkan aku, dengan amalku itu… sudah cukup membuat aku menghirup harum JannahNya…

Neraca nafsu : Itu juga ketentuan Ilahi, hanya Dia yang layak memberi jaminan.

Neraca iman : Justeru, marilah bersamaku… terusan mengejar Cinta Dia.

Neraca nafsu : Cinta Dia….. ya, perlu itu. Tapi, ku tahu… Nalurimu juga mahukan cinta dunia…. bukan? Ku pasti, kau juga tahu, betapa indahnya cinta dunia?

Neraca iman : Wahai nafsu….. Tenang-tenanglah dikau…. Kan ku curahkanmu dengan Kasih dan Cinta Tuhan…. Hentikan bicaramu wahai nafsu…

Neraca nafsu : Cukupkah keinginanmu dengan hanya Cinta Tuhan?

Neraca iman : Memang benar seperti apa yang dikhabarkan, kau takkan pernah diam memujuk rayu. Jika ku dihalalkan dengan cinta dunia sekalipun, Cinta Tuhan masih yang pertama. Cinta itu perlu mekar sampai bila-bila. Wahai nafsu, tak rasa bersalahkah dikau, tak mencintai Dia yang telah sekian lama menyintaimu? Yang tak putus-putus menyintaimu? Nafsu, sudahlah Dia pasti rindu pada esak tangismu, rengekan manjamu, pujuk rayumu padaNya…. Dia pasti rindu dan cemburu, andai kau punya cinta lebih dari cintamu padaNya… Jangan pernah kau abaikan Dia… selangkah kau mendekatiNya, seribu langkah Dia akan mendekatimu…. Aku rindukan belaianNya… jangan kau pujuk rayu aku lagi…. Wahai nafsu, cukuplah.

Neraca nafsu : …….. baiklah… bisikkan padaku perihal Cinta Tuhan.

Neraca iman : “Katakanlah (Muhammad), jika kamu mencintai Allah, ikutlah aku, nescaya Allah mencintaimu dan mengampuni dosa-dosa mu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Katakanlah (Muhammad), taatilah Allah dan Rasul. Jika kamu berpaling, ketahuilah bahawa Allah tidak menyukai orang-orang kafir.” [Ali Imran : 31-32]

Neraca iman : Itu janjiNya, aku perlu ikut apa yang Rasulullah ajarkan, dan apa yang Allah khabarkan… Jangan kau teruskan pujuk rayumu… Kerana aku ingin sahut CintaNya

Neraca nafsu : Baiklah…. Kali ini kau menang… Fitrahku memang memujuk rayu untuk menyimpangkanmu. Moga cintamu pada Tuhan kan selamanya menjinakkanku. Aku kan datang lagi memujuk rayu.

Neraca iman : Moga aku terus diberi kekuatan Wahai Allah… hambaMu masih tercari-cari manisnya bercinta denganMu, jangan kau izinkan lagi aku kalah dengan pujuk rayu nafsu… moga Allah beri kekuatan… dengan kekuatan CintaNya…. Aminn….


Sama-sama kita renung, fikir dan amati.

Wallahualam...


p/s : okeyh... nak sambung study.. jeles tengok senior-senior yang dah graduate. Al-maklumlah... UiTM Shah Alam kini sedang ber'konvokesyen'. Saya??? Insya-Allah... 3 semester lagi di bumi UiTM Shah Alam nie..

Oct 10, 2009

Selamat bertempur di medan final!!!!!!


Salam 'alaik... Alhamdulillah... setelah sekian lama saya membiarkan blog kesayangan saya ini berdebu, akhirnya saya mengambil keputusan untuk membersihkannya sedikit. Ya sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.... Final menanti kita dalam beberapa minggu sahaja lagi. So, study hard and smart! Dan insya-Allah... mungkin saya akan meninggalkan blog kesayangan saya ini berdebu kembali. Nak buat macam mane, panggilan jihad akademik telah berbunyi. Ape lagi...? study lar...... So, kepada sesiapa yang mengenali saya, saya nak mintak maaf selama mengenali diri ini. All d best for diz final k... Bittaufiq wannajah... Semoga berjaya.... Saya ada satu cara untuk naikkan semangat ketika penat menelaah buku. Nak ikut cara saya? Mudah je. Jerit I CAN DO IT FOR THE SAKE OF ISLAM!!! Kalau takut mengganggu roomate, jerit dalam hati pun boleh lar.. Huhu... Akhir kalam,


Kita hanya mampu berusaha, Allah jua yang menentukannya. Dalam berusaha, kita diuji. Tohmahan dan kejian silih berganti. Ingatlah, sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha. Bukan di suruh melihat buah dan hasilnya. Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah... Sahabat-sahabat yang saya kasihi demi Allah dan Rasul-Nya, saya doakan kejayaan kita bersama. DEMI ISLAM!! Siru 'ala barokatillah...


Jadual exam saya....

Nama : Nur Ilyani bt Abdul Ghafar

Fakulti : Pengurusan Perniagaan

Kos : Ijazah Sarjana Muda Kewangan

Semester : 3


29 Oktober 2009

Business Quantitative and Analysis (QMT 425)

2.15 p.m - 5.15 p.m


3 November 2009

Research Methodology (MGT 533)

9.00 a.m - 12.00 p.m


4 November 2009

Personal Development (MGT 543)

9.00 a.m - 12.00 p.m


9 November 2009

Financial Market and Institution (FIN 536)

2.15 p.m - 5.15 p.m



p/s : Moga Allah mempermudahkan setiap urusan.. Ameen.

Oct 1, 2009

Maafkan saya... Saya hanya insan biasa..


Salam 'alaik....


SAYA HANYA INSAN BIASA yang tidak mampu untuk mengikuti kehendak semua pihak… Oleh itu mungkin ada beberapa pihak yang mungkin merasa saya tidak mahu mengikut kehendak mereka. Bukan tidak mahu, tapi saya tak mampu…. Kerana apa??? Kerana SAYA HANYA INSAN BIASA…. Saya insan yang serba kekurangan, lagi hina di sisi Nya. Oleh kerana itu, saya tidak mampu untuk memuaskan hati anda semua... MAAFKAN SAYA...

SAYA HANYA INSAN BIASA yang tidak mampu untuk mengembirakan semua insan di sekeliling saya.... Maka dengan itu, pasti ada hati yang terguris dengan saya sama ada saya sedari atau pun tidak. Bukan saya sengaja menyakiti anda semua, namun saya tiada upaya untuk membuatkan setiap hati yang berada di sekeliling saya sentiasa gembira... Kerana SAYA HANYA INSAN BIASA... Saya miliki banyak cacat cela dalam setiap perlakuan saya... MAAFKAN SAYA kerana tidak mampu membuatkan setiap hati sentiasa tersenyum...


Saya tidak mampu untuk menyenangkan hati kalian semua kerana SAYA HANYA INSAN BIASA... Kerana itu, pasti ada hati yang kurang senang dengan setiap tindakan saya. Saya tidak bermaksud untuk membuatkan anda semua berasa kurang senang dengan setiap tindak tanduk saya, namun saya tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak... SAYA HANYA INSAN BIASA... Insan yang sentiasa melakukan dosa dan kesalahan... MAAFKAN SAYA...


SAYA HANYA INSAN BIASA... oleh itu saya banyak melakukan kesilapan kepada orang disekeliling saya.
SAYA HANYA INSAN BIASA.... oleh itu saya tidak mampu untuk mengikuti kehendak setiap orang....
SAYA HANYA INSAN BIASA.... oleh itu saya tidak mampu untuk menggembirakan setiap orang di sekeliling saya....
SAYA HANYA INSAN BIASA... oleh itu saya tidak mempu untuk menyenangkan hati semua orang...


Oleh kerana itu, saya yang serba kekurangan lagi hina di sisi Sang Pencipta, hanya mampu mengungkapkan kata MAAF...

Maafkan anakmu wahai ayah dan bonda, kerana anakmu banyak mengabaikan tanggungjawab pada ayah dan bonda...
Maafkan adikmu wahai abang-abangku, kerana adikmu ini tidak mampu menjadi adik yang terbaik buat kalian....
Maafkan kakakmu wahai adikku, kerana kakakkmu ini tidak mampu untuk memberi sepenuh perhatian pada dirimu...
Maafkan aku wahai sahabat-sahabatku sayang, aku tidak mampu untuk menjadi sahabat yang sempurna buat kalian semua...
Maafkan kakakmu wahai adik-adik halaqah ku, kakakmu tidak mampu untuk menjadi kakak yang terbaik untuk kalian...
Maafkana aku wahai naqibah kesayanganku, adikmu ini tidak mampu menjadi adik yang terbaik buatmu....
Maafkan aku wahai insan-insan yang mengenali diri ini, aku tidak mampu menjadi seperti apa yang kalian harapkan....


DAN YANG PALING PENTING...
Maafkan aku Ya Allah.... Ampuni segala dosa-dosa yang telah aku lakukan. Aku lemah Ya Allah.. Aku tidak berdaya tanpa pertolongan dariMu... Bantulah hambaMu ini untuk terus membawa agamaMu... Andai nafasku terhenti Ya Allah, aku ingin pemergianku ini diiringi oleh kemaafan dan redha daripada insan-insan di sekeliling ku, sekali gus mendamba RedhaMu Ya Allah....

SAYA HANYA INSAN BIASA.... yang banyak kekurangan. Kerana kesempurnaan itu hanya milik Yang Maha Esa...


Moga sedikit coretan ini mampu menghadirkan kemaafan daripada kalian buat diri ini. Jika itu yang berlaku, alhamdulillah.... Moga Allah mengampuni dosa-dosa kita semua. Jika tidak, hanya Allah lah yang selayaknya menentukan....


Wallahu'alam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...