Pages

Sep 26, 2009

Dari hati kecilku...


Alhamdulillah atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya pada hambaNya yang serba kekurangan nie... Selawat dan salam keatas penghulu dan pemimpin yang paling agung, kekasih Allah yang dikasihi iaitu Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda serta para sahabat baginda.


Hari ini, saya terpanggil untuk berbicara dari hati kecil ini tentang satu perkara yang mungkin nampak remeh.... Namun impact nyer besar. Hehe.... Macam serius jer bunyi nyer. Saya teringat perbualan dengan kawan-kawan di kampus pada suatu masa dulu.......


A : Korang kan, kalau lepas habis study nie nak buat ape?

B : Mestilah nak keje.....

C : Aku nak ambil STPM....

B : Ko gile ke? Penat-penat ambil degree, pastu nak patah balik ambik STPM....

C : Relax.... STPM tu makne nyer.....

A : Sijil Tunggu Pinangan Masuk....

B : Sabo jer lar aku dengan korang nie.... Awat???? Da tak sabaq nak nikah ka?? Tapi kan, andaikata la kan, bila korang da kawen nanti kan, pastu kan, tetibe jer suami korang mintak korang berhenti keje dan jadi housewife.... Ape pandangan korang??

A : Erk... aku tak pernah terpikiq lagi... Hehehe....

C : Ikut je lar... Da suami suruh.. Lagi pun kan, kalau da nikah nanti, aku memang berhajat nak jadi suri rumah rumah tangga sepenuh masa.

B : Habis tu, degree tu nak campak mane?

C : Eh... ko belajar sebab ape? Sebab nak degree dan keje semata-mata ke??

A : Ko belaja sebab ape C?

C : Ape yang lebih penting dan lebih besar maknenyer melainkan Redha Allah???

B : Hehehe... Betol2... Tapi kena pikiq jugak pasal penat lelah kita belajaq selama ini...

A : Hm... aku rase kalau suami dan isteri kerja tak de masalah.

B : Tau tak pe....

C : Ikut hangpa la... kalau esok lusa anak-anak membesar tak dak rupa macam manusia, jangan dok salahkan orang lain.

B : Ape maksud nye tu?

C :Pernah dengar tak ibu bapa adalah guru pertama buat anak-anak?

A : Pernah... tapi apa kaitannya?

C : Kalau suami dan isteri bekerja, macam mane dengan didikan anak-anak? Anak-anak pasti akan terabai. Dan mereka akan mencari perhatian dengan cara yang salah, sebab mak dan ayah sibuk. Sebab tu penting sangat didikan awal oleh mak dan ayah untuk anak-anak.... terutama mak..

B : Jauh nyer hang pikiq...


Hm.... Sebenarnya panjang lagi perbualan nie, dan banyak perkara yang saya belajar daripada perbualan nie. Cumenye saya nak berkongsi, bile ada orang berkata yang belajar untuk itu dan ini.... bekerja untuk itu dan ini... buat sesuatu perkara untuk itu dan ini... Lupakah kita pada Redha Allah??? Matlamat hidup kita yang satu itu??? Untuk menggapai Redha Allah???


Saya kongsikan sedikit kisah benar yang saya perolehi 2 tahun lepas bersama salah seorang remaja perempuan Islam yang berusia 14 tahun, yang terjebak dengan gejala cinta sesama jenis. Saya namakan dia dengan name Alia (bukan nama sebenar). Alia mula terjebak dengan gejala ini ketika berusia 12 tahun lagi... Usia yang cukup muda dan mentah. Alia mencari keseronokan dengan bergaul secara bebas. Akhir perbualan saya dengan Alia, dia ada berkata yang membuatkan saya berfikir panjang,


"Kak, saya rasa saya tak akan jadi macam nie kalau saya dapat rase kehadiran mak dan ayah dalam hidup saya. Masalahnya, saya sendiri tak pernah rase yang saya nie ada mak dan ayah. Pagi-pagi lagi mak dan ayah dah keluar pergi kerja, bila saya dah nak tido nanti baru diorang balik. Saya sunyi kak... Ada adik beradik pun sibuk dengan hal masing-masing... Kadang-kadang saya cemburu dengan kawan-kawan bile diorang bagi tahu yang mak dan ayah diorang ajar diorang masak, ajar diorang berenang, bersukan. Mak dan ayah Alia??? Yang diorang tahu tiap-tiap bulan bagi duit. Duit tu boleh bagi kasih sayang ke kak???"


Subhanallah.... setiap yang berlaku di sekeliling saya adalah satu ilmu bagi saya. Saya mula berfikir.... Bagaimana dengan anak-anak saya kelak?? Bagaimana mereka akan menghadapi dunia yang penuh fitnah ini?? Ape yang perlu dilakukan oleh seorang insan yang bergelar ibu agar anak-anaknya tidak hanyut dengan godaan dunia?? Bagaimana pula dengan peranan seorang isteri di sisi suami?? Saya tidak mahu menjadi pembantut perjuangan seorang insan bernama suami.... Saya juga tidak mahu menjadi sebab kepada keruntuhan akhlak anak-anak saya kelak... Ya Allahu Akbar... mampukah aku untuk menggalas setiap amanah dan tanggungjawab ini???


Matlamat saya dan semua hambaNya ialah menggapai RedhaNya... Walau apa pun yang berlaku, RedhaMu Ya Allah tetap akan ku buru. Moga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang sentiasa mendamba Cinta Ilahi, memburu Redha Ilahi. Ikhlaskan setiap yang dilakukan hanya demi Allah.


Wallahualam..

Sep 24, 2009

Moist Chocolate Cake

Alhamdulillah kerana kita masih diberi sedikit pinjaman usia oleh Allah s.w.t untuk terus bernafas di bumiNya ini dalam memburu RedhaNya. Kali ini, saya ingin menunaikan hajat seorang sahabat lama saya yang ingin membuat kek coklat. (Walaupun dah banyak kali kasi resepi nie kat dia, boleh dikatakan setiap kali raya dia mintak. Hak3...) Ok lar Hanin, pasni kalau mu nak wat kek coklat, mu buke blog kawe deh. Hehehe...

Bahan-bahan yang diperlukan :
250 gm butter (satu buku butter lar)
1 cawan gula kastor
1 cawan gula perang
4 biji telur
1 camca esen vanilla
1 1/4 cawan tepung gandum
3/4 cawan koko
1 camca baking powder
1 cawan susu cair suam
Camner nak buat??
  1. Mula-mula, pukul butter bersama gula kastor dan gula perang sehingga kembang. Macam mane nak tau dah kembang ke tak......... kalau nampak macam dah creamy tuh, dah kembang ler tu yer...
  2. Lepas dah kembang, masukkan telur sebiji demi sebiji.
  3. Pastu masukkan esen vanilla dan pukul kembali.
  4. Ketepikan jap adunan tadi. Ambik pengayak dan ayak lar tepung gandum, koko dan baking powder bersama.
  5. Masukkan bahan-bahan yang diayak tadi sedikit demi sedikit, berselang seli dengan susu cair suam tadi.
  6. Dah siap, masuk dalam loyang dan bakar dalam ketuhar yang panasnye lebih kurang 180'c selama 45 minit atau sehingga masak.
  7. Utk topping, ikut lar nak gune coklat masak atau care tradisional. Saya lagi suke guna care traditional iaitu masakkan koko bersama susu cair dan butter.
  8. Curahkan lar coklat cair anda di atas kek yang telah dimasak tadi.
  9. Sedia untuk dihidang.

Untuk makaroni bakar pulak, post akan datang yer Hanin... Nie tengah dok pikir nak wat ape untuk sarapan esok.. Nasi lemak??? Hm... Buat mee kari ler. hehe..... lame tak makan mee kari. Hehe... Selamat mencube yer....

Wassalam...

p/s : erk... tetibe rase lapaq pulak dok citer pasal makan nie. Huhuhu.....

Sep 18, 2009

Ramadhan dirindui... Syawal dirai..

Assalamualaikum w.b.t.. Pertama dan selama-lamanya, marilah kita semua mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang masih dipinjamkan olehNya. Pejam celik, pejam celik.... Ramadhan bakal melabuhkan tirainya dalam beberapa jam sahaja lagi. Bagaimana perasaan kita ketika ini?? Adakah masih ada lagi Ramadhan untuk kita?? Usik hati, tanyalah iman... Moga-moga Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan kita yang terbaik hendaknya. Insya-Allah....

Dikesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua sahabat-sahabat seperjuangan, kepada teman-teman JPK sessi 2008/2009, sahabat-sahabat, kakak-kakak serta adik-adik sahabat surau mawar, adik beradik di KMNS sessi 2007/2008, kawan-kawan BBA(Hons) Finance semester 3 terutamannya bebudak kelas B, semua staff, PPP dan semua penghuni Kolej Mawar, sahabat-sahabat di SMKJ3 (2002-2006), SKLA dan SRAR (1996-2001), sahabat-sahabat seaqidah di alam maya ini serta semua yang mengenali insan yang serba kekurangan ini, dengan ucapan :

  • Mohon maaf zahir dan batin
  • Halalkan segala makan dan minum
  • Semoga beraya dalam keadaan taqwa kepada Allah
  • Jangan makan banyak sangat... Nanti perut tu terkejut. Huhuhu...

Kredit buat ukhti Fairuz atas kata-kata semangat dan peringatan yang bagi saya memang sangat terkesan di hati saya... "Dalam kita menyambut kedatangan aidilfitri ini, jangan lupa pada saudara-saudara kita, para mujahideen yang berada di tempat lain. Kita gembira menyambut raya dengan keluarga tersayang, mereka juga sedang gembira menyahut seruan jihad serta panggilan syahid.." Allahu Akbar... Syukran ya habibi ukhti atas kata-kata perangsang agar diri ini tidak terlalu gembira dalam menyambut kedatanga syawal yang mulia.

Akhir kalam, jaga diri kalian baik-baik... Jaga hati dan jaga iman sokmo deh...! Huhuhu.... Siapa-siapa yang berada di sekitar kajang, jemputlah bertandang ke rumah saya yer...

Sep 11, 2009

Rebutlah sisa peluang yang masih ada

Assalamualaikum.... Selawat dan salam ke atas junjungan yang kita kasihi, Nabi Muhammad s.a.w , kaum keluarga baginta serta sahabat-sahabat baginda. Alhamdulillah.... kerana masih diberi kesempatan untuk berkongsi idea dan pendapat di alam maya ini dengan nikmat Iman dan nikmat Islam...

Kita kini berada di fasa yang ketiga Ramadhan, fasa yang sangat kritikal kerana orang ramai sudah mula sibuk membuat persiapan raya sekali gus 'roh' Ramadahan itu makin kurang. Mungkin kerana 'roh' Raya sudah mengambil tempat kot... Entah lar....

Fasa yang ketiga atau sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan ini merupakan fasa pembebasan daripada api neraka. Pelbagai kelebihan yang Allah telah janjikan pada 10 malam terakhir Ramadhan nie. Antaranya ialah Lailatul Qadar. Tapi, saya lebih tertarik untuk membicarakan tentang pembebasan daripada api neraka. Pernah tak kita terpegang atau terkena api? Ape ek rasenye? Sakitkan? Hm... meh sini. Saya nak kongsi siket tentang kisah api neraka. Mungkin ramai yang dah tau... Tapi biasa lar... sifat manusia yang sering lupa. Oleh itu, anggaplah ini sebagai peringatan buat diri saya serta sahabat-sahabat sekalian. Insya-Allah... Moga dengan sedikit perkongsian ini akan menjadikan neraca amalan kita di akhirat kelak akan menjadi berat.

LUASNYA NERAKA ALLAH

Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata, Jibril datang kepada Nabi Muhammad s.a.w pada waktu yang ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya.

Maka ditanya oleh Nabi Muhammad s.a.w, : "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya, : "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yang mengetahui bahawa neraka jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."

Lalu Nabi s.a.w bersabda, : "Ya Jibril, jelaskan padaku sifat Jahannam."

Jawabnya, : "Ya, ketika Allah menjadikan jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi, nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yang disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yang ketujuh.

Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang di hujung timur kerana panasnya. Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.

Api neraka ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang lelaki dan perempuan."

Nabi s.a.w bertanya, : "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"

Jawabnya, : "Tidak, tetapi selalu terbuka. Setenganhnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (Nota kefahaman : iaitu yang lebih bawah lebih panas)

Tanya Rasulullah s.a.w, : "Siapakah penghuni bagi tiap-tiap pintu?"

Jawab Jibril, : "Pintu yang terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yang kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat Nabi Isa a.s serta keluarga Firaun sedang namanya Al-Hawiyah.

Pintu kedua tempat orang-orang musrikin bernama Jahim.

Pintu ketiga tempat orang Shob'in bernama Saqar.

Pintu keempat tempat iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha.

Pintu yang kelima orang Yahudi bernama Huthomah.

Pintu keenam tempat orang nasara bernama Sa'eir'.

Kemudian, Jibril diam dan segan pada Rasulullah s.a.w sehingga baginda bertanya, :"Mengapa tidak kau terangkan tentang penghuni dari pintu yang ketujuh?"

Jibril menjawab, : "Pintu yang ketujuh, di dalamnya orang-orang yang berdosa besar dari kalangan ummatmu yang sampai mati belum sempat bertaubat."

Maka Nabi s.a.w jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibril meletakkan kepala Nabi s.a.w di pangkuannya sehingga sedar kembali. Dan sesudah sedar Nabi s.a.w terus bersabda, : "Ya Jibril, sungguh besar akan kerisauanku dan aku sangat sedih, apakah ada seorang dari kalangan ummatku yang akan masuk ke neraka?"

Jawab Jibril, : "Ya, iaitu orang yang berdosa besar dari ummatmu."

Kemudian Nabi s.a.w menangis diikuti oleh Jibril yang turut sama menangis. Kemudian Nabi s.a.w masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah. (dipetik dari kitab 'Peringatan Bagi Orang Yang Lalai')

Dari Hadith Qudsi, : "Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tidak dapat bertahan dengan teriknya panas matahari Ku."

TAHUKAH KAMU BAHAWA NERAKA JAHANAM KU ITU :

  • Neraka jahanam itu mempunyai 7 tingkat.
  • Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah.
  • Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung.
  • Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah.
  • Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik.
  • Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak.
  • Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum.
  • Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular.
  • Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
  • Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai.
  • Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat.

Macam mane?? Sanggup ke nak menghadapi api neraka?? Sedangkan api dunia yang telah disejukkan sebanyak 70,000 kali ganda pun kita dah tak tahan sakitnya, apa lagi dengan api neraka yang maha dahsyat? Naudzubillah... moga kita semua terhindar daripada api neraka. Jadi sahabat-sahabat sekalian, marilah kita merebut dan menghayati 10 malam yang terakhir dalam bulan Ramadhan nie kerana 10 malam yang terakhir ini merupakan fasa pembebasan daripada api neraka. Sama-sama lar kita tingkatkan amalan kita agar setiap langkah kita diiringi dengan Redha dan Rahmat Allah.

Bayangkan, betapa kasihnya Rasulullah s.a.w kepada kita selaku ummat baginda sehinggakan baginda menangis dan pengsan akibat perasaan sedih dan takut akan nasib yang akan menimpa kita. Tapi bagaimana dengan kita??? Tidak adakah secebis kasih dan cinta buat kekasih Allah ini? Tidak adakah sekelumit rindu untuk berjumpa dengan junjungan mulia ini??

Ya Rasulullah... kami amat merinduimu.....

Wallahualam...

Sep 9, 2009

Fikir, fikir dan terus berfikir....

Lirik nasyid : Pengaduan kepada Allah (Nada Murni)

Tuhan Kau telah memberi tahu kami
Tentang peristiwa akhir zaman
Peristiwa di zaman kami ini
Melalui lidah NabiMu
Di zaman ini ikhtilaf banyak terjadi
Firqah sesat tujuh puluh dua banyaknya
Al-Quran dijadikan barangan dagangan
Isinya sudah tidak dihiraukan
Tuhan KekasihMu memberitahu
Dunia dijadikan barang yang diburu
Muslimin disiksa dan dihina
Oleh tangan-tangan kafir durjana
Tuhan NabiMu terus bermadah
Ilmu akhirat ditinggalkan orang
Ilmu dunia dijadikan rebutan
Perempuan-perempuan dijadikan hiasan
Rumah-rumah syaitan penuh riang
Rumah-rumah Tuhan kosong dan lengang
Tuhan yang paling menakutkan
NabiMu pernah bersabda
Di akhir zaman yang paling jahat
Ulama' yang memandang dunia
Tabiatnya busuk bak bau bangkai
Siapa tercium kan mati jiwanya
Tuhan NabiMu menyambung lagi
Terhadap peristiwa akhir zaman
Perempuan hilang malunya
Anak tidak hormati ibu bapa
Bahkan keduanya dijadikan kuli
Atau sudah tidak dipeduli
Tuhan penutup kata kami ceritakan
Dari lidah Nabi KekasihMu
Rezeki yang halal susah dicari
Ibarat mencari berlian berharga
Tuhan KekasihMu menjanjikan
Kedatangan mujaddid baru
Muslimin nasibnya akan terbela
Rumah-rumah Tuhan penuh riang
Rumah-rumah syaitan akan musnah
Perempuan-perempuan akan dilindungi
Anak-anak soleh dan solehah
Kebenaran kan pasti terbukti
Saya nak bawak sahabat-sahabat terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir........ Berapa banyak peristiwa akhir zaman yang dah dan sedang berlaku? Hampir kesemuanya sedang berlaku kini kan?? Jadi apa lagi??? Usiklah hati, tanyalah iman. Ke mana arah tuju kita... Apa tujuan kita dihidupkan?? Sama-sama lah kita muhasabah diri kita balik. Yang pasti, akhirat adalah matlamat utama kita.... Wallahualam.

Sep 3, 2009

Merdeka ker kita???



Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.. Pertama dan selama-lamanya, marilah kita memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi atas pinjaman usia yang masih diberikan untuk kita terus mengatur langkah di bumi yang penuh tipu daya, demi meraih RedhaNya... Alhamdulillah... Bersyukur juga atas nikmat yang paling agung iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman..


Pada tahun ini, merdeka telah jatuh pada bulan Ramadhan. Jika dilihat pada tahun-tahun sebelum ini, apabila tiba sahaja kemerdekaan, pelbagai sajian-sajian kemungkaran yang terhidang pada kita untuk meraikan kedatangannya. Namun pada tahun ini, kemerdekaan itu jatuh dalam bulan Ramadhan. Saya bukanlah ingin membawa bagaimana harus kita meraikannya, tetapi saya lebih berminat untuk membawa satu persoalan untuk kita sama-sama fikirkan,


"MERDEKA KAH KITA???"


Yer... merdeka ke kita ni? Apakah alat untuk mengukur kemerdekaan?? Adakah dengan pembangunan yang pesat dikatakan merdeka?? Saya teringat ketika mengikuti satu ceramah yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Akhwan Afandi, beliau ada menyebut bahawa kemerdekaan yang hakiki ialah apabila kita mendekati Allah. Apabila kita lahir sahaja ke dunia ini, maka ayah kita akan melaungkan kalimah azan.... Itulah sebenarnya bukti kemerdekaan yang hakiki.
Bagaimana pula dengan kondisi pada zaman kini? Adakah boleh dikatakan bahawa kita merdeka? Yer.. kita masih merdeka. Merdeka dalam erti kata bebas daripada penjajahan penjajah. Bebas untuk melakukan apa sahaja dalam bumi Malaysia yang aman dan damai. Itu adalah MERDEKA DUNIAWI SEMATA-MATA!!!!!!!
Sedarlah wahai jiwa, dunia ini hanyalah sementara. Negeri akhirat itulah yang kekal abadi. Adakah kita ingin mengorbankan kebahagiaan hakiki di negeri abadi hanya kerana keseronokan sementara? Bangkitlah wahai jiwa-jiwa yang masih hidup, renungkan bersama.... Pandang sekeliling kita. Apa yang dapat dilihat dengan mata kasar? Maksiat berleluasa, pergaulan yang sangat bebas sehingga tiada lagi perasaan malu, gejala sosial meningkat, pembuangan bayi yang tidak berdosa, gejala melepak yang maha hebat, dan bermacam-macam lagi. Adakah ini definasi MERDEKA yang kita banggakan?
Ayuh.... bangkit bersama. Kita seiring dalam mengejar KEMERDEKAAN HAKIKI, iaitu mendekatkan diri kita pada Sang Pencipta Yang Maha Agung, Allah Azza Wajala. Sama-sama kembali kita mengamalkan syariat Allah dalam meraih Radha-Nya... Marilah wahai jiwa-jiwa yang berada dalam genggaman Allah s.w.t, MERDEKAKAN DIRI KITA DARIPADA BELENGGU JAHILIYAH. Kembali lah kepada Islam yang yang sebenar-benarnya. Kembalilah kepada tujuan yang satu iaitu, REDHA ALLAH S.W.T. dalam menuju matlamat yang satu, NEGERI AKHIRAT YANG KEKAL ABADI...
Saya kongsikan lirik nasyid FATAMORGANA nyanyian kumpulan Hijjaz yang menceritakan tentang hakikat dunia yang sementara dan penuh tipu daya.
Pulanglah pada Tuhan
Cahaya kehidupan
Syarat bahagia di dunia
Akhirat kekal selamanya
Pada Allah.... Allah
Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri
Sudah sunnah ketetapan Ilahi
Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi
Tiada sudahnya dunia yang dicari
Begitu indah dunia siapa pun kan tergoda
Harta, pangkat dan wanita
Melemahkan jiwa
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi
Pulanglah kepada Tuhan cahaya kehidupan (cahaya kebenaran)
Keimanan, ketaqwaan kepadaNya...
Senjata utama...
Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati
Yakinkan janji Tuhan syurga yang sedia menanti
Iman lah penyelamat dunia penuh pancaroba
Hidup akhirat kita kekal bahagia
Saya ingin kongsikan kata-kata As-Syahid Imam Hasan Al-Banna untuk renungan diri saya sendiri, juga sahabat-sahabat yang lain....
"Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya akan tertegaklah Islam dalam negaramu.."
Wallahu'alam...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...