Salam 'alaik... Alhamdulillah... Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin dan kasih sayang-Nya saya masih lagi dapat meneruskan sisa kehidupan ini untuk mengutip Redha Ilahi. Dan setinggi kesyukuran saya ucapkan atas dua nikmat yang paling agung kiranya, iaitu nikmat ISLAM dan nikmat IMAN. Alhamdulillah....
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan." (Al-Ankabut :57)
Saya kira peringatan Allah ini cukup serasi di kalangan kita semua, bukan?? Allah dah bagi tau setiap makhluk yang bernyawa, setiap makhluk yang hidup, yang merasai nikmat kehidupan ini PASTI akan merasai KEMATIAN... Dan yang amat menghairankan saya apabila kita melihat manusia pada hari ini mengandaikan dunia inilah tempat yang kekal abadi. Kalau selalu kita tonton drama-drama atau yang seangkatan dengannya, setelah mati seseorang itu, maka akan tamatlah riwayatnya. Ish... Silap besar tu. Kerana setelah seseorang manusia meninggal dunia, rohnya akan berpindah ke alam baru iaitu alam BARZAKH. Allah berfirman ketika bercerita tentang kematian manusia,
"Dan di hadapan mereka ada Barzakh sampai hari mereka dibangkitkan." (Al-Mukminun : 100)
Keadaan manusia di alam kubur itu akan menentukan nasib dan tempatnya pada waktu kebangkitan nanti. Imam al-Tarmidzi dan Ibn Majah meriwayatkan bahawa Usman bin Affan selalu menangis di depan kuburan. Seseorang bertanya kepadanya, "Jika mengingat syurga atau neraka, tuan tidak menangis. Namun jika mengingat kubur, mengapa tuan menangis?"
Beliau menjawab,
"Rasulullah s.a.w pernah bersabda, kubur adalah tempat akhirat yang pertama. Jika dia selamat di tempat ini, maka tempat-tempat berikutnya akan dilalui dengan lebih mudah. Namun jika dia tidak selamat di tempat ini, maka tempat-tempat berikutnya akan dilalui dengan lebih susah."
Masalah yang menular di kalangan umat akhir zaman kini adalah kurangnya untuk mengingati mati. Bukankah kita sering dengar bahawa, "Cukuplah kematian itu sebagai satu pengajaran".Tetapi adakah benar kita menjadikan kematian itu sebagai satu pengajaran?? Andai benar.... Alhamdulillah.. Peringatan untuk diri saya sendiri juga.
Memikirkan nasib kita di alam kubur nanti sudah cukup untuk membangkitkan rasa gerun dan takut dalam diri kita kerana tempat ini dipenuhi dengan ujian yang sangat banyak. Nabi Muhammad s.a.w menyebutnya dengan nama "fitnah". Rasulullah s.a.w pernah bersabda,
"Telah diwahyukan kepadaku bahawa kalian akan menghadapi fitnah di dalam kubur, sama atau hampir sama besarnya dengan fitnah Dajjal."
(Riwayat al-Bukhari)
Fitnah pertama yang dialami seseorang itu ketika baru sahaja memasuki alam kubur ialah himpitan kubur yang sangat kuat hingga mematahkan tulang-tulang rusuknya. Tidak ada yang terkecuali daripada merasai himpitan kubur ini hatta orang mukmin sendiri. Sampaikan seorang sahabat Nabi s.a.w iaitu Sa'ad bin Muaz yang mati syahid dan disambut oleh tujuh puluh ribu malaikat sehingga bergetar Arsy kerana kedatangan rohnya, turut merasai himpitan yang sangat kuat ini. Nabi s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya kubur memiliki himpitan yang sangat kuat. Andai ada seseorang yang boleh selamat dari himpitannya, nescaya orang itu pastilah Sa'ad bin Muaz."
(Riwayat Ahmad dan Ibn Hibban)
Imam al-Suyuti dalam Syarh Sunan al-Nasai menukilkan ucapan Abu Al-Qasim al-Sa'di, "Tidak ada yang selamat daripada himpitan kubur sama ada dia seorang soleh atau pendosa. Namun perbezaan antara Muslim dan kafir adalah lamanya himpitan tersebut. Seorang Muslim akan merasakannya ketika pertama kali dia memasuki kubur, lalu tanah akan kembali merenggang daripada tubuhnya."
Setakat nie dahulu perkongsian tentang Destinasi yang Abadi...Insya-Allah, untuk entry seterusnya saya akan sambung sedikit berkenaan Pertanyaan Kubur. Wallahualam... Nak pergi meeting Badan Musolla Mawar dulu.
No comments:
Post a Comment