Bismillahirrahmanirrahim...
Ya Allah...
Jika Kau mentakdirkan aku mati...
Maka matikanlah aku dalam keadaan Islam...
Matikanlah aku dalam keadaan Iman...
Matikanlah aku dalam jalan perjuanganMu...
Matikanlah aku dalam kalimah La Ila Ha Illallah...
Doa inilah yang selalu ku lafazkan tiap kali selesai solat ku... Sejenak aku membaca kisah pemergian Mujahidah Mesir iaitu Marwa as-Syarbini yang menemui ajal ketika mempertahankan syariat Allah.. hatiku getar. Mampukah aku menjadi seperti syahidah ini?? Ya Allahu Akbar.... Tetapkan hatiku di jalanMu. Selepas itu, tergerak hati ku ingin mendengar ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Shamsuri, sekali lagi membicarakan tentang pemergian Mujahid Muda yang bernama Muhammar Ammar Zulkifli, pelajar perubatan tahun 3 di Mesir yang telah menemui syahidnya kira-kira sebulan yang lepas. Hanya kebaikan Allahyarham Ammar yang dapat kita dengari. Subhanallah... Allah memuliakan kematian para pejuangNya. Sekali lagi hatiku bertanya.... Mampukah aku menjadi seperti mereka???
Kematian dua pejuang muda ini adalah satu anugerah Allah buat mereka, dan buat kita yang masih hidup. Saya petik kata-kata Ummu Allahyarham Ammar yang begitu menyentuh sanubari sesiapa sahaja yang membacanya,
"Mak cik redha, Insya-Allah... seorang Ammar pergi, 10 lagi Ammar akan ganti. Adik-adik Ammar akan jadi lebih hebat daripada Ammar."
"Bangunlah wahai mujahid dan mujahidah, teruskan perjuangan Ammar. Mudah-mudahan Allah menjemput Ammar yang disayangi untuk menguatkan semangat dan cinta kepada Islam dalam rangka mendidik dan berbakti."
Anugerah buat dua pejuang agama Allah ini kerana mereka telah bebas daripada ujian dan fitnah dunia. Dan Insya-Allah, mereka sedang berbahagia bertemu kekasih yang Abadi... Cemburunya aku... Dan anugerah buat kita yang masih hidup adalah seperti yang diperkatakan oleh Ummu Allahyarham Ammar. Pemergian mujahid muda serta Syahidah Mesir ini akan membangkitkan semangat ratusan, dan Insya-Allah... ribuan jiwa anak-anak muda untuk meneruskan perjuangan Islam, sebagai mata rantai perjuangan Rasulullah s.a.w... Insya-Allah...
Ayuh wahai pemuda dan pemudi Islam, kita adalah generasi yang dirindui oleh Rasulullah s.a.w. Generasi muda di akhir zaman yang terus memperjuangkan agama Allah. Tidakkah kita rindu pada kekasih Allah?? Ya Rasulullah.... kami amat merinduimu...
"Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam), maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran, dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikit pun."
(Al-Ahzab : 23)
Untuk ke blog Allahyarham Ammar, klik SINI
Untuk membaca kisah Syahidah Marwa as-Syarbini, klik SANA
Akhir kalam, ingin saya titipkan kata-kata azimat Allahyarham Ammar buat kita renungkan...
"Jiwa mereka yang hangat cintanya mencari akhirat,
Laksana anak-anak akhirat,
Melihat dunia dari jendela akhirat..."
-Allahyarham Muhammad Ammar-
Wallahualam...