Salam ‘alaik…
Alhamdulillah… bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin serta inayahNya dapat saya meneruskan perjuangan di medan ini. Nak bawak anda semua ke satu situasi, dimana perbualan antara seorang kanak-kanak kecil yang berusia 4 tahun bersama mak langnya. Hehehe… Saya ingat pada ketika itu, anak saudara saya yang digelar kakak ini sedang leka menyanyikan lagu salah seorang artis tempatan yag terkenal. Lalu saya menegur,
“Kakak suka ke lagu ni??”
si kecil ini pun menjawab,
“suka… kakak selalu dengar lagu ni…”
hm… selalu dengar rupanya. Lalu si kecil ini kembali menyoal saya,
“Mak lang suka ke lagu ni??”
sambil tersenyum, saya pun menjawab,
“Mak lang jarang dengar radio lar kakak… jadi mak lang tak tau lagu ape yang kakak nyanyi.”
Hm… besar sungguh pengaruh media pada zaman sekarang nie. Hanya kerana SELALU dengar, maka ia boleh menjadi kegemaran si kecil yang hanya baru berusia 4 tahun. Alangkah indahnya kalau lagu itu dutukar kepada zikrullah, atau nasyid-nasyid yang tidak melalaikan. Subhanallah… pasti si kecil ini akan mengalunkan kalimah-kalimah suci zikrullah. Tak pe, saya rase saya da dapat method untuk mengajar si kecil ini. Hehe…
“Kakak suka sangat kat Siti Nurhaliza. Dia lawa, baik. Mak lang suka tak kat siti?”
Pertanyaan si kecil itu secara tiba-tiba. Saya hanya tergelak kecil sebelum kembali menjawab,
“Hm… mak lang lagi suka dan minat kepada 9 siti yang lain.”
cuba nak pancing minat si kecil nie.. Alhamdulillah… dia nampak berminat.
“Ramai nyer siti… sape lagi siti yang ada selain siti nurhaliza mak lang?”
Hm… anda semua nak kenal dengan 9 siti yang saya maksudkan itu… Teringat saya tentang rancangan Halaqah di TV9 yang membincangkan tentang SITI IMPIAN yang telah disampaikan oleh Ustazah Norbahiah Mahmud. Mari kita berkongsi…
1. SITI KHADIJAH
-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang daripada beliau, Rasulullah memperolehi zuriat. Seorang isteri yang setia dan sentiasa menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kepada baginda Rasulullah ketika di Gua Hira’.
2.SITI FATIMAH
-Puteri Rasulullah yang sangat tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kepada suaminya, iaitu Saidina Ali Karamallahu wajhah walaupun Ali seorang yang miskin. Tidur berkongsikan satu bantal dengan suaminya dan kadang-kadang hanya berbantalkan lengan Ali.
3. SITI ‘AISHAH
-Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w. yang paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman bersama Rasulullah s.a.w. Terkenal dengan kebijaksanaan beliau dalam meghafaz apa yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w. pernah menyarankan agar kaum muslimin mempelajari separuh daripada hukum-hukum agama daripada ‘Aishah. ‘Aishah juga telah dijadikan sebagai tempat rujukan untuk segala ilmu Hadith dan Sunnah.
4. SITI HAJAR
-Isteri kepada Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya iaitu Nabi Ismail (pengorbanan ibu mithali)
5. SITI MARIAM
- Wanita suci yang sangat menjaga kehormatan dirinya dan mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t untuk mengandungkan Nabi Allah Isa a.s.
6. SITI ASIAH
-Isteri Firaun yang tinggi imannya, tidak gentar dengan ujian dan siksaan yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah. Asiah telah meninggal dunia ketika diseksa oleh orang suruhan Firaun yang benama Haman dengan lidahnya yang tidak berhenti mengagungkan Allah s.w.t.
7. SITI AMINAH
-Wanita mulia yang menjadi ibu kandung kepada rasul junjungan yang kita cintai, Nabi Muhammad s.a.w. Mendidik baginda menjadi insan yang mulia.
8. SITI MUTI’AH
-Isteri yang patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kepada suami, menjaga makan minum, sehingga menyediakan tongkat untuk dipukul oleh suaminya sekira layanannya tidak memusakan hati, berhias dengan cantik hanya untuk tatapan suaminya sahaja.
9. SITI ZUBAIDAH
-Seorang wanita yang kaya lagi dermawan, menjadi isteri kepada Khalifah Harun Al-Rasyid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai, niatnya hanyalah kerana Allah s.w.t.
Marilah kita sama-sama cuba untuk mencontohi kesemua bidadari-bidadari syurga tersebut. Semoga Allah melihat dan memandang segala usaha-usaha kita ke arah men‘solehah’kan diri kita semua… lillahi taala…
p/s : Tak de kan Siti Nurhaliza… Hm.. usik hati kita, tanyalah iman. Wallahu’alam.

No comments:
Post a Comment