Pages

May 5, 2009

Angan-angan, Impian dan Kenyataan


Ketika bebas di alam remaja,
Impianku tidak mengenal batasan,
Aku ingin
MENGUBAH DUNIA…

Bila usia meningkat dewasa dan aku semakin matang,
Ku sedari…… rupanya dunia tidak akan berubah.
Lalu aku bataskan jangkauan.
Memadailah jika aku dapat
MENGUBAH NEGARA…
Namun ini juga tidak kesampaian……

Di usia senja,
Pilihan terakhirku ialah untuk MENGUBAH KELUARGA dan mereka yang terdekat,
Malangnya… mereka juga tidak mampu ku ubah.
Kini, di pembaringan menanti maut,
Baru ke sedari…(mungkin buat pertama kali)

Andainya dahulu yang pertama ku ubah adalah, DIRI SENDIRI-dengan menunjukkan teladan yang baik, pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA. Lantas… dengan sokongan dan dorongan semangat mereka, pasti aku mampu untuk MENGUBAH NEGARA…

Dan siapa tahu… mungkin juga aku mampu untuk MENGUBAH DUNIA…

Setiap kali derdiskusi (naqibah saya suka kate berdating. Hehehe…) bersama group usrah saya, naqibah kesayangan saya sentiasa mengingatkan betapa pentingnya untuk memperbaiki diri supaya menjadi individu muslim yang benar-benar muslim. Dalam konteks lainnya mengamalkan setiap ciri-ciri muslim itu dengan sempurna. Insya-Allah, saya akan postkan tentang cirri-ciri muslim yang sejati yang dipetik dari buku karangan Fathi Yakan yang bertajuk ‘Apa Ertinya Saya Menganut Islam’. Hm… back to the topic, untuk mengubah dunia bermula dengan mengubah diri sendiri. Bak kate kakak naqibah kesayangan saya ni, kita kena bermula dari diri kita sendiri, iaitu daripada INDIVIDU MUSLIM, maka akan lahirlah BAITUL MUSLIM (keluarga Muslim). Selepas itu kepada MASYARAKAT MUSLIM. Daripada itu, Insya-Allah akan lahirlah NEGARA MUSLIM sekali gus akan tertegak kembali SISTEM KHALIFAH ISLAM. Jadi marilah kita same-same ke arah memperbaiki diri agar menjadi individu muslim yang benar-benar mantap aqidahnya, dihiasi dengan eloknya budi pekerti serta banyaknya ilmu di dada demi mendaulahkan kembali Izzah Islam di dunia ini.

“Saat kekalahan itu bermula bila kamu merasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu.”
(Sayyid Qutb)

Wallahualam…

p/s : Kak Jang, mekaseh bagi buku Fathi Yakan tu. Hehehehe…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...