Alhamdulillah.... sedar atau tidak, usia kita makin meningkat. Dan setinggi syukur diri ini ke hadrat Ilahi kerana masih diberi ruang dan kesempatan untuk terus bernafas dan mengutip keberkatan dari Tuan punya dunia. Moga kita semua sentiasa berada di bawah lembayung RahmatNya... Insya-ALLAH....
Dan esok, saya serta sahabat-sahabat yang lain akan menerima kehadiran adik-adik baru di UiTM ni.. Hehe... rase macam baru jer semalam mendaftar untuk masuk universiti. Subhanallah... pantasnya masa berlalu... Adakah amalan ku makin meningkat? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.
Jadi sedikit peringatan buat adik-adik yang bakal melangkah ke alam universiti, jadilah seperti ikan di lautan. Walaupun berada di tengah lautan yang masin, tetapi apabila di tangkap ia tidak menjadi ikan yang masin..(ikan masin tu camner pulak?? tu lain yer... sekarang kite bercerita tentang keadaan sebenar ikan itu.)
Kire maksudnye camni lar.... kalau kite ni diletakkan dimana-mana sekalipun, kite tetap tidak terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat. Kite tetap menjadi diri kita, yang tetap dengan aqidah Islam, akhlak yang baik dan sebagainya.
Buat bakal adik-adik ku....
Pilihlah kawan yang betul. Pilihlah kawan yang apabila kita pandang wajahnya, maka kita akan mengingati ALLAH. Bersahabat dengannya akan mendekatkan diri kita dengan ALLAH. Ingatlah... siapalah kita jika tanpa Kasih Sayang dari ALLAH S.W.T....
Buat bakal adik-adik ku....
Niatkanlah setiap apa yang kita lakukan hanya kerana ALLAH... Sentiasa ingat matlamat dan tujuan kita berada di universiti ini... Tak lain dan tak bukan hanyalah untuk menuntut ilmu serta mencari keredhaan ALLAH. Tepis dan tolaklah segala halangan, godaan dan cabaran yang boleh membantutkan dirimu dari menggapai cita-cita.
Buat sahabat-sahabat seperjuangan....
Sambutlah kehadiran adik-adik kita dengan senyuman mesra... Agar mereka tahu kehadiran mereka adalah satu Rahmat daripada ALLAH buat diri kita. Untuk apa?? Untuk menegakkan kembali kalimah LAILAHA ILLALLAH MUHAMMADAR RASULULLAH... Sahabat-sahabat yang amat ku sayang kerana ALLAH dan RasulNya... lapangkanlah dada kita dalam melayan kerenah adik-adik nanti. Kerana mereka semua adalah ilmu dan Rahmat dari ALLAH...
Akhir kalam... selamat menempuh minggu pendaftaran. Moga setiap usaha kita diberkati oleh ALLAH.
Buat bakal adik-adikku... Ahlan Wasahlan... Semoga beroleh Redha Ar-Rahman...
Ameenn....
No comments:
Post a Comment