Alhamdulillah... bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya diberi kekuatan untuk berada di alam ini. Huhuhu... Cam nak g jauh jer bunyi.. Hehe.. Kite kena bersedia sentiasa, sebabnye..... maut itu tak mengira mase, umur dan tempat. Okey.... Cik Istisyad ni da masuk topik lain ni. Huhu... Maaf. Kita sambung balik yer kepada topik utama perkongsian ilmu kita ni. Hm... disebabkan saya ni perempuan, jadi saya nak bawa sahabat-sahabat perempuan yang lain untuk same-same kita cuba untuk menilai diri kita. Adakah apa yang kita lakukan selama ini benar-benar tidak memberi "effect" pada orang sekeliling kita?? Adakah kita pasti bahawa setiap perbuatan kita hanya akan ditanggung oleh kita sendirian??? Hm... let's check it out.... terdapat beberapa golongan yang ter'effect' oleh setiap perbuatan kita selaku kaum hawa di dunia ini.
Golongan Pertama : AYAH
Apabila seseorang lelaki yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan setiap keperluan agama secukupnya seperti didikan solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka tunggulah, golongan ayah seperti ini akan ditarik ke dalam neraka oleh anak perempuannya.Golongan Kedua : SUAMI
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan umum tertutamanya kaum lelaki yang bukan muhrimnya, tidak menjaga auratnya dengan sempurna. Walaupun suaminya seorang yang alim (menjaga solat, tidak pernah meninggalkan puasa), maka lihatlah di akhirat kelak, mereka ini akan ditarik ke neraka oleh isteri mereka sendiri.
Golongan Ketiga : ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja, manakala adik perempuannya jauh melencong dari ajaran Islam, tunggulah... di akhirat kelak, adik-adik perempuan merekalah yang akan menarik mereka ke neraka.
Golongan Keempat : ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dalam Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Maka nantikan sahaja tarikan daripada ibunya.
LIhatlah... betapa hebatnya (atau lebih sesuai disebut dahsyat) tarikan seorang wanita. Bukan sahaja di dunia, malah di akhirat kelak pun tarikannya begitu hebat.
Maka kaum lelaki yang bergelar AYAH, SUAMI, ABANG dan ANAK LELAKI.... anda haruslah memainkan peranan anda dengan sebaiknya.
"HAI ANAK ADAM,PELIHARALAH DIRIMU SERTA AHLI KELUARGAMU DARI API NERAKA, DI MANA BAHAN BAKARNYA ADALAH DARIPADA MANUSIA DAN BATU-BATU..."
Wahai insan yang bergelar wanita, kasihankanlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda. Kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri. Jalankan perintah Allah dengan sebenar-benarnya. Jauhilah laranganNya...
Akhir kalam, marilah kita memainkan peranan kita sebaik-baiknya agar kita semua terselamat daripada tertarik dan menarik....
Teringat akan kata-kata daripada Saidina Umar al-Khattab,
"Kita adalah manusia yang dimuliakan hanya kerana Islam, jika sesiapa yang mencari kemuliaan selain daripada Islam, maka Allah akan memberikannya kehinaan."
No comments:
Post a Comment