Pages

Jan 19, 2010

Selamat Menghampiri Saat Bertemu Allah....


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh….

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah… Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam yang telah memberikan kita nikmat Iman dan nikmat Islam. Selawat dan salam buat Rasul junjungan, insan agung sepanjang zaman yang telah memberikan keseluruhan hidup baginda untuk meninggi dan memperkasakan agama Allah serta para sahabat nabi yang telah bersama-sama dengan baginda bermandi peluh, memercik darah sehingga alam ini dicoret dengan keindahan Islam. Tauladan yang begitu hebat daripada baginda dan para sahabat untuk kita semua terus harungi medan amal Islami yang luas tidak bertepi ini.

“Bila hati bertaut atas rasa CINTA dan KASIH kerana ALLAH, tiada yang lebih berharga lagi di dunia melainkan perjuangan dijalanNya dan apa yang ada di dalamnya… Demi ALLAH, DIA tidak akan meninggalkan pejuangNya ini sendirian menempuh ujian sehinggalah mereka berpaling daripada jalanNya itu. Semoga pertambahan usiamu seiring dengan kematanganmu, seiring dengan kekuatanmu sebagai seorang pejuang Agama ALLAH dan seiring dengan peningkatan hubunganmu dengan ALLAH S.W.T serta Rasulullah s.a.w. Sanah Helwah ya ukhti….”

Terasa seperti hangat di pipiku, seolah-olah ada mutiara jernih yang jatuh. Subhanallah… indahnya kalammu wahai sahabat. Bagai satu kekuatan untuk ku harungi penambahan usia ku ini. Bagaikan air dingin yang mengalir hebat, menyentuh hatiku dan meninggalkan kesan yang amat luar biasa.

Ya… Usia itu satu amanah. Kelak ketika di bicarakan di mahkamah Mahsyar, di hadapan hakim Yang Maha Adil… aku akan ditanyakan tentang usia mudaku. “APAKAH YANG TELAH KAU LAKUKAN DI WAKTU MUDAMU?” Lalu… skema jawapan bagaimanakah yang perlu aku jawab untuk lulus cemerlang di hadapan Allah kelak?? Astaghfirullah… Apa yang telah aku lakukan pada amanahku ini??

Hari ini, tanggal 19 Januari 2010, usiaku telah melangkah ke satu fasa baru. Ini juga bererti aku semakin menghampiri detik kematian. 20 tahun telah ku layari bahtera hidup ini… Aku pernah jatuh, tersungkur sehingga satu masa aku merasakan bahawa aku benar-benar tidak mampu untuk meneruskan kehidupan yang penuh ranjau ini. Namun alhamdulillah… Kini usiaku yang 21, segala pengalaman aku dahulu aku jadikan sebagai penguat semangatku… Bukan sebagai penghalangku… Masih jauh perjalanan kehidupan yang harus diterokai, masih panjang lagi denai-denai serta ranjau kehidupan yang harus ditempuhi.... Namun, indahnya hidup dalam syariatMu Ya Allah.... Moga hati ini sentiasa senang dan gembira dalam melaksanakan syariatMu. Walau tidak digemari oleh sesetengah pihak, terutamanya golongan-golongan sekularisme, nasionalisme, hedonisme dan segala ideologi-ideologi ciptaan manusia yang lemah lagi bongkak, yang merasakan pemikiran mereka hebat. Entahlah.. bagiku tiada yang lebih hebat melainkan melaksanakan syariatNya. Takut barangkali, kehidupan serba mewah dan ‘kebebasan’ mereka akan lenyap apabila syariat ALLAH dilaksanakan sepenuhnya.

Aku hanyalah insan yang penuh kekurangan, malah hina disisi Rabb-ku. Namun, aku akan tetap meneruskan perjalanan hidupku yang telah aku pilih ini. Rodhitu billahhi Rabba, wabil Islami deena, wabimuhammadin nabiyya warasula...Aku Redha Allah sebagai Tuhanku, Islam sebagai Agamaku, Muhammad sebagai Nabi dan Rasulku... Dan aku, akan cuba untuk memenuhi dan menjaga ikrarku...

Allahu Ghayatuna (Allah adalah tujuan kami)

Ar-Rasul Qudwatuna (Rasulullah teladan kami)

Al-Quran Dusturuna (Al-Quran pedoman hidup kami)

Al-Jihadu Sabiluna (Jihad adalah jalan juang kami)

Al-Mautu Fi Sabilillah (Mati di jalan Allah)

Asmaa Amaaninaa (Cita-cita kami tertinggi)

Jazakallah hu khairan jaza’ buat semua yang mengingati serta mendoakan untuk aku. Hanya Allah lah yang layak membalas segala jasa kalian...

Pintaku buat semua sahabatku sekalian, hadiahkanlah aku dengan sekalung doa di hari lahir ku ini agar aku akan terus istiqomah berada dalam jalan Allah ini. Itulah hadiah yang terbaik buatku. Teringat akan pesanan Ustaz Riduan Mohamad Nor, ”Tiada istilah rehat bagi seorang pejuang agama Allah... kerana kerehatan yang sebenarnya ialah di syurgaNya yang abadi”. Allahu Akbar!! Moga aku akan sentiasa istiqomah dalam jalanMu Ya Allah...

2 comments:

pencinta ilmu said...

salam..adikku yani, selamat hari ulangtahun kelahiran..smg dkurnikan hati baru utk terus mmperbaharui segala amalan agar mnjadi yg lebih baik dr usia smlm sbg bekalan menghampiriNYA..=)
SANAH HELWAH..(^_^)
~slm rindu~

istisyad said...

syukran jazilan wahai kakakku...
amenn ya rabb...
salam rindu juga dari shah alam...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...