Pages

Dec 27, 2009

Demi Islam yang dicintai...

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.... Salam Islah dan salam perjuangan. Entry ana kali nie mungkin lain daripada yang biasa ana post di blog nie.. Bahasa diri pun dah bertukar... Sebab apa??? Sebab entry kali ini adalah luahan hati buat para dai'e ilallah...

Bismillahirrahmanirrahim..
Ana bukanlah ingin menuding jari pada mana-mana pihak. Ianya sekadar luahan hati dan pesanan untuk diri ini. Mungkin dikalangan antum memang sudah terbiasa berada dalam suasana 'Islamik'. Sekolah agama barangkali.... Sudah tentu biah Islamiyah itu dirasai. Namun, bagaimana dengan realiti di dunia luar? Wujudkah suasana 'Islamik' itu?? Pernah pergi ke tengah kota dan diasingkan laluan antara lelaki dan wanita?? Jawapannya pasti tiada.

Pernah suatu ketika dulu, ana dapat sms daripada seorang sahabat.... Ketika itu ana sedang makan bersama kawan-kawan kelas ana yang bukan daripada 'kalangan' antum....

"Seronok nampak bergelak ketawa?? Tak sangka nti boleh duduk semeja dgn org camtu..."
Ketika itu, ana cuba tenangkan diri... Mungkin dia nak ingatkan aku supaya jaga akhlak. Bisik hati ana... Memujuk agar bersangka baik. Namun ana tetap terfikirkan pesanan nya yang akhir... Apa masalahnya kalau ana duduk satu meja dengan kawan-kawan ana? Salah ke hanya kerana mereka free hair, jenis yang happy go lucky, moden dan semua istilah yang ana tak mampu sebut....
Wahai sahabat-sahabat seperjuangan... Ana kira firman Allah yang satu ini cukup antum fahami..
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya mengatakan 'kami beriman' dan mereka tidak diuji? Dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (Al-'Ankabut : 2-3)
'Mereka' ini sedang diuji... Dan 'kita' semua belum tahu bila 'kita' akan diuji dan bagaimana keadaan 'kita' ketika diuji kelak. Dan barangkali 'kita' SEDANG DIUJI kini... Yer.. Diuji dengan NIKMAT Allah.. Adakah 'kita' tundukkan hati kita demi membantu 'mereka' yang masih mencari?? ATAU..... 'kita' berbangga dengan apa yang 'kita' miliki sehingga 'kita' memandang 'mereka' ini dengan pandangan yang enteng?? Naudzubillah.... Moga Allah jauhkan kita semua dengan penyakit riak ini....
Apakah perlu diwujudkan dua golongan antara kita yang sememangnya hina ini...? Ana bawa satu analogi.. Andaikata yang pakar IT hanya bergaul dengan pakar IT dan pakar perubatan hanya bergaul dengan golongan yang pakar dalam bidang perubatan........ Andai pakar IT sakit, pakar IT jugakah yang boleh merawatnya? Begitu juga dengan sebaliknya bukan? Mereka saling memerlukan..... Begitu juga dengan kita.
Wahai sahabat-sahabat pejuang agama Allah... tundukkanlah ego antum. If we cannot beat them, join them. Dakwah perlu kreatif sahabat-sahabat. Ana percaya antum memang memahaminya.. Namun,kenapa tidak praktikkan?? Kenali 'mereka' dan selamilah hati 'mereka'.
'Mereka' inginkan Islam, cuma mereka malu dan kurang yakin kearahnya... Bukankah ini tugas 'kita' untuk membantu mereka??
Apa salahnya sekali sekali keluar makan, riadah sama-sama, atau study sama-sama dengan 'mereka'? Disamping itu kita boleh tunjukkan keindahan Islam yang ana dan antum cintai kepada 'mereka'.... Mulakan dengan perkara yang mudah.. Misalnya mulakan pertemuan dengan Al-Fatihah dan akhiri dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Mungkin nampak remeh di mata antum, tapi impak yang besar buat 'mereka'. Selebihnya ikut lah kreativiti antum dalam berdakwah.... Ketika beriadah, tekankan pada aspek aurat. 'Kita' tetap boleh beriadah walaupun menutup aurat. Dan ana yakin sahabat-sahabat ana lebih kreatif dan lebih hebat daripada ana...
Benar... sahabat memainkan peranan yang besar dalam hidup kita. Ana tak kata 'kita' kena tinggalkan kehidupan yang biasa 'kita' lalui demi untuk dekat dengan 'mereka'. Sahabat-sahabat seperjuangan, yang sefikrah dengan kita perlulah kita jaga. Mereka adalah salah satu sumber kekuatan kita. Usrah dan halaqah perlu istiqamah kerana disitu nadi kekuatan kita. Apa lagi ibadat-ibadat wajib dan sunnat kerana itu adalah sumber kekuatan yang tiada tolok bandingnya..
Jadilah diri kita umpama benih yang subur. Apabila dicampak ke laut kan jadi pulau, apabila dicampak ke darat kan tumbuh pohon yang kukuh. Campakkanlah diri kita ke mana sahaja, nescaya Islam kan mampu untuk subur mewangi. Insya-Allah....
Bingkisan semangat untuk diri ana dan sahabat sekalian....
Kita hanya mampu berusaha,
Allah jua yang menentukannya...
Dalam berusaha kita diuji,
Tohmahan dan kejian silih berganti...
Namun ingatlah...
Sesungguhnya kita hanya disuruh beramal dan berusaha,
Bukan disuruh melihat buah dan hasilnya....
Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..
Put our trust first to ALLAH...
Ana mohon maaf andai kata tersilap menyusun kata sehingga ada hati yang tidak senang. Ana hanyalah insan biasa yang banyak kekurangan, hamba yang hina disisiNya.. Segala kebaikan daripada Allah s.w.t dan segala kekurangan adalah daripada diri ana, bersandarkan kedua-duanya daripada Allah s.w.t.
Semoga kita terus bermujahadah dalam memperbaiki diri demi RedhaNya...
Semoga kita terus istiqomah dalam jalan juang ini demi RedhaNya...
Tiada yang lebih berharga didunia ini melainkan perjuangan di jalanNya demi meraih RedhaNya....
Al-Faqir ila Rabbihi... NUR ILYANI BT ABDUL GHAFAR

Dec 20, 2009

Best Mukmin For Leading Future (BETTER 09)

Salam 'alaik... Salam perjuangan. Alhamdulillah... Segala puji hanya padaMu Ya ALLAH atas segala nikmat kurniaan yang telah Kau kurniakan pada sekalian hambaMu. Kali ini saya ingin kongsikan pengalaman ketika menjadi fasilitator program BEST MUKMIN FOR LEADING FUTURE (BETTER 09). Program ini julung kali diadakan untuk adik-adik sekolah yang mana kini sedang bercuti. Program anjuran Ikatan Siswazah Selangor dengan kerjasama Badan Kebajikan Wanita Islam Selangor (BAKEWANIS) ini telah berjaya mengumpulkan pelajar-pelajar daripada beberapa sekolah menengah agama di sekitar Selangor. Antaranya ialah Sekolah Menengah Agama Rawang (SAMER), Sekolah Menengah Agama Bestari (SAMBES), Sekolah Menengan Agama Tengku Ampuan Jamaah (SAMTAJ) dan Sekolah Menengah Agama Batu 38. Seperti nama program ini, program selama 3 hari 2 malam yang bermula pada 18 Dis - 20 Dis ini adalah bertujuan untuk melahirkan pemimpin MUKMIN yang berkaliber, yang meletakkan matlamat ISLAM sebagai yang UTAMA. Alhamdulillah.... mereka adalah para mujahid dan mujahidah yang telah dipilih oleh ALLAH S.W.T untuk terus menegakkan kalimah LAILAHAILLALLAH di muka bumi ini.
Saya selaku salah seorang fasilitator yang telah digerakkan hati ini oleh ALLAH S.W.T untuk turut sama menyumbang tenaga dan masa hanya demi ISLAM. Alhamdulillah... Banyak sebenarnya yang ingin dikongsikan, tetapi ianya tidak mampu diluahkan dengan kata-kata... Sedikit perkongsian gambar sepanjang program ini....





Buat semua urusetia dan fasilitator program BETTER 09, semoga segala usaha yang telah dicurahkan untuk program kali ini diredhai oleh ALLAH S.W.T. Ikhlaskanlah setiap kerja hanya demi ISLAM.. Tiada yang lebih berharga melainkan berjuang di jalanNya... Ana ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan ingin memohon maaf kepada semua urusetia amnya dan semua sahabat dan sahabiah fasilitator khususnya atas segala kesilapan, kekuangan dan kekhilafan ana sepanjang program ini. Ingatlah bahawa ALLAH tidak melihat hasilnya, tetapi usaha yang telah kita lakukan.. Semoga setiap usaha kita semua akan dinilai olehNya.

Buat adik-adik peserta BETTER 09, akak doakan semuanya istiqomah dalam jalan yang adik-adik telah pilih. Ingatlah bahawa Islam tidak memerlukan kita, tapi kita amat perlukan Islam. Berjuanglah seikhlas hati demi ISLAM. Salam sayang dan salam perjuangan buat semuanya...
-JIKA TAKUT DILAMAR PERPISAHAN, USAH DIRISIK SALAM PERTEMUAN...-
Al faqir ila robbihi - NUR ILYANI BT ABDUL GHAFAR

Dec 13, 2009

Izinkan saya berbicara tentang hati dan perasaan

Salam perjuangan.... Entah angin apa yang menyapa saya malam ini, sehingga membuatkan jejari ini seakan merestui hasrat hati ini. Kali ini, saya telah memberanikan diri untuk mencoretkan sedikit rasa hati, bukan untuk meminta simpati... Hanya sekadar perkongsian sahaja.
Masih segar antara pesanan guru di sekolah saya satu ketika dahulu....
"Awak semua tak payah lar nak sibuk-sibuk bercinta masa sekolah nie. Nanti bila dah masuk universiti barulah bercinta. Sekarang nie tumpukan pada pelajaran dahulu."


Sekolah dan universiti.... Apa perbezaannya?? Kedua-duanya tempat untuk menuntut ilmu... Kedua-duanya medan ilmu, tempat untuk kita semua mengejar cita-cita di dunia mahupun menggapai Redha Ilahi. Kenapa perlu bercinta di universiti sedangkan tugas kita masih sama seperti di bangku sekolah?? Satu pandangan yang saya tidak berapa setuju sebenarnya. Dan saya sangat bersyukur kerana di universiti, saya 'disibukkan' dengan tugas-tugas, amanah serta tanggungjawab yang lain sehingga saya tidak punya masa untuk berfikir tentang nasihat 'bercinta' ini. Setinggi kesyukuran ku ucapkan padaMu Ya Allah... Alhamdulillah....

Cuti semester kali ini, saya diasak bertubi-tubi dengan persoalan tentang nikah. Memandangkan hampir kesemua sepupu yang sebaya saya pernah membawa 'teman istimewa' untuk diperkenalkan kepada ahli keluarga, namun saya tidak pernah membawa pulang 'teman istimewa' kepada keluarga untuk diperkenalkan. Malu??? Tidak pernah sama sekali.....

Hati dan hidup ini saya jaga hanya demiNya... Demi perjuanganNya... Insya-Allah.. Dan buat 'dia' yang bakal menjadi imam dalam hidup saya..

Saya mengharapkan 'dia' adalah insan yang sentiasa meletakkan perjuangan Islam adalah yang teratas dalam hidupnya..
Saya mengharapkan 'dia' adalah insan yang meletakkan Redha Ilahi sebagai matlamat hidupnya..
Saya mengharapkan 'dia' adalah insan yang menjadikan pernikahan adalah asbab untuk meraih RedhaNya disamping untuk meneruskan perjuangan dakwah yang dicintainya...
Saya mengharapkan 'dia' adalah insan biasa... insan yang sederhana dalam segala hal...

Namun..... adakah layak untuk saya mengharapkan semua itu???
Ya Allah.... berikanlah aku kekuatan untuk memperbaiki diriku... berikanlah aku kekuatan untuk mensolehahkan diri ini...

Walau apa pun pengakhiran hidup ku ini.... aku Redha dengan ketentuanMu Ya Rabb. Aku tahu setiap ketentuanMu adalah yang terbaik buatku. Bantulah aku menghadapi segala ketentuanMu dengan penuh sabar dan tabah.... Ya Allah Yang Maha Penyayang.... Leraikanlah aku dari keluh kesah, yang membelenggu jiwa dan fikiranku ini Ya Allah... Ditambah dengan hasutan dan pujukan syaitan laknatullah.... Ya Rahman Ya Rahim, singkapkanku hikmah di atas segala ketentuanMu, berikan aku sinar pedomanMu Ya Allah... Sesungguhnya hanya padaMu jualah segala ketetapan.

Bingkisan buat 'dia' yang aku sendiri tidak pernah kenal, moga 'dirimu' sentiasa berada dalam keadaan Redha Ilahi. Moga 'dirimu' sentiasa istiqomah dalam perjuangan yang 'kau' dan aku telah pilih. Berjuanglah demiNya... Letakkanlah pergantungan hanya padaNya..




Doaku dalam setiap sujud kepadaMu Ya Allah... Melalui doa yang telah Kau ajarkan kepada NabiMu...

Rabbana hablana min azwajina wazurriyyatina qurrata a'yun, waj 'alna lilmuttqina imama...

Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa....

Wallahualam...

Dec 12, 2009

Nenek... cepat sembuh eh.

Salam 'alaik... Hari nie merupakan hari yang ketiga nenek saya ditahan di wad di Hospital Serdang. Hati nenek saya telah diserang kuman, oleh itu nenek jadi sangat lemah dan tidak ada selera untuk makan. Pertama kali melihat nenek terbaring lemah di katil hospital membuatkan hati saya luluh, amat luluh.. Sedih melihat nenek yang sentiasa disisi sejak saya lahir kini terbaring lemah. Di saat ini semua saudara mara saya yang berada di Johor, Kelantan, Kedah dan sekitar Selangor berkampung di rumah nenek saya. Kami bergilir-gilir menjaga nenek di Hospital Serdang.
Ya Allah... sembuhkanlah nenek ku.. Kembalikan senyumannya. Aku amat rindukan senyuman nenek. Berikan nenek ku kekuatan untuk menghadapi dugaanMu Ya Allah...
Buat semua pengunjung blog saya, doakan kesihatan nenek saya supaya pulih seperti sedia kala. Doakan kami sekeluarga tabah, sabar dan redha dalam setiap ketentuanNya...
Jazakallah...

Dec 8, 2009

Hati ku masih di Selayang....

Alhamdulillah... pada 1 hingga 5 December yang lepas, saya telah berpeluang mengikuti satu program kemasyarakatan anjuran Angkatan Belia Cemerlang (ABC) dengan kerjasama JKKK Kampung Selayang Baru, iaitu satu program yang diberi nama Bakti Siswa. Program ini melibatkan fasilitator daripada beberapa IPT. Banyak pengalaman yang saya perolehi sepanjang berkampung 5 hari di Kg Selayang Baru. Dan Insya-Allah... saya akan kongsikan sedikit beberapa pengalaman yang saya perolehi pada program kali ini.


Program ini dimulakan dengan penyerahan siswa dan siswi kepada keluarga angkat masing-masing. Seterusnya diteruskan lagi dengan beberapa program kemasyarakatan yang lain seperti share in love iaitu sumbangan kepada fakir miskin dan golongan ibu tunggal, program yasin berangkai iaitu program bacaan yasin yang diadakan di beberapa buah rumah penduduk di kampung Selayang Baru, Gotomg royong perdana bersama penduduk kampung, Syoknya Solat yang melibatkan adik-adik sekolah rendah di sekitar Kampung Selayang Baru, Circle for Nisa' iaitu program bersama remaja perempuan dengan kerjasama Nisa' Selayang, Riang Ria Karnival dan acara makan durian beramai-ramai yang mendapat sambutan yang sangat menggalakkan ketika majlis penutup program.





Buat semua pendokong program ini, sekalung tahniah diucapkan kerana kalian benar-benar bekerja demi Islam tanpa mengira penat dan lelah. Walau pun sewaktu ini merupakan cuti bagi kita, tapi kalian tetap meluangkan masa kalian tanpa mengharapkan apa-apa balasan hanya demi menabur bakti sekali gus menjadi jambatan untuk kita semua menggapai Redha Ilahi... Antum memang TERBAIIIKKKKK!!!! Heheheh..... Saya sertakan beberapa cebisan memori indah yang boleh dikongsi bersama....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...