Pages

Mar 5, 2011

Realiti

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Setinggi kesyukuran dirafakkan buat Rabbul Izzati atas segala nikmat yang dikurniakan olehNya, atas pinjaman usia yang masih bersisa, ruang waktu yang masih kosong, dan dua nikmat yang paling besar iaitu nikmat Islam dan Iman. Alhamdulillah.... Selawat dan salam buat kekasih agung, Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda, para sahabat baginda serta semua penerus perjuangan dalam membawa dan menegakkan panji-panji Islam di muka bumi ALLAH S.W.T...

Sama ada sedar atau pun tidak, satu fenomena yang berlaku di tanah air kita kini ialah dengan lambakan program-program dan rancangan-rancangan realiti. Ianya dilihat sebagai barah dalam masyarakat kerana boleh menggugat aqidah dan iman seseorang muslim dengan program-program yang melalaikan, berunsur maksiat dan menjatuhkan akhlak seorang muslim, namun inilah yang menjadi kegilaan kebanyakan remaja di Malaysia hari ini. Dengan berterusannya Akademi Fantasia, Mentor, Idola Kecil dan sebagainya yang secara terang membawa ke 'pintu' maksiat...


Namun harus diingati bahawa Islam tidak pernah menghalang kemajuan teknologi, malah amat menuntut umatnya untuk mempelajari sesuatu perkara itu dan menggunakannya selagi mana ia tidak melanggar syariat dan dapat memberi manfaat kepada ummat.. Tidak salah untuk menggunakan media sebagai wasilah dalam menyampaikan dakwah, namun ada batasnya. Kalau di luar negara, satu rancangan yang menarik saya untuk berkongsi adalah rancangan Junior MasterChef Australia. Satu program realiti yang menghimpunkan kanak-kanak yang berusia antara 8 hingga 12 tahun bagi menunjukkan bakat mereka dalam bidang masakan. Bukankah ianya memberi manfaat..? Sekurang-kurangnya mereka sudah boleh menetapkan minat dan bakat mereka untuk mengatur langkah yang seterusnya dalam bidang yang mereka sukai. Jauh lebih bagus daripada rancangan Idola Kecil yang hanya membuang masa dan merosakkan minda anak-anak kecil..

Aksi Sam (berbaju biru) dalam dapur.. ^_^

Di Malaysia pula, walaupun masih banyak lambakan program berunsurkan maksiat namun masih ada program-program yang membina. Antaranya Akademi Al-Quran, Imam Muda, dan Adik-adikku... Walaupun kuantiti program seperti ini sangat sedikit namun kualitinya tetap hebat. Lihat saja Imam Muda, walau semeriah mana pun orang bercakap tentang AF, namun Imam Muda sudah membuka mata dunia tentangnya, lebih hebat lagi membuka mata dunia tentang keindahan Islam itu sendiri...
AF..? Bak kate pepatah melayu menang sorak, kampung tergadai... Maruah dicampak kemana, agama dibuang entah kemana... Akhirnya menambahkan lagi kehancuran akhlak di kalangan remaja Islam.

Tapi saya bukanlah nak berkongsi tentang Imam Muda, tetapi rancangangan yang satu nie....


Yup.. rancangan adik-adikku musim yang kedua. Pada yang mengikuti daripada musim pertama pasti sudah mengetahui konsep rancangan ini. Namun bagi yang baru tahu tentang rancangan ini, apa kata luangkan masa setengah jam je untuk lihat para dae'i cilik ini..

Kenapa perlu tonton...?

Kerana......


Mereka inilah para 'doktor' yang akan merawat hati ummat yang sedang 'sakit' di akhir zaman ini...

Mereka inilah para 'juruterbang' yang akan memandu ummat akhir zaman yang telah jauh tersesat dari Al-Quran dan Sunnah...

DAN...

Mereka inilah para 'peguam' yang akan membela dan menegakkan panji-panji Islam di saat ummat akhir zaman yang telah hanyut di lembah-lembah taghut..


Semoga terus sukses wahai adik-adikku permata harapan ummat...
Adik-adikku... Insya-ALLAH boleh..!!

Untuk mengetahui maklumat tentang program adik-adikku... boleh klik SINI

Wallahualam..

4 comments:

bella mike said...

hehehe..hye yanie..baru2 nk kenali dunia blog..sya suke blog kamu..bnyk info2 yg berguna..tp bru skunk nk follow..hehe..sbb kdg2 kte alpa...bnd2 dunia bnyk mengaburi mata kita..hurmm..rindu nye kt sahabat2 ni..hehe..tp xpela bole connect melalui blog da skunk..heee..bole krg2 mengomel kt fb..hehe..salam sayang n rindu dari sahabat mu yg berada di kedah..

istisyhad said...

tengkiu bella..
Insya-ALLAH, moga ada manfaat yang boleh kita kongsi bersama..
Belaja molek2 deh kat utara tu.. ;)

wanie m'nJ said...

rancangan ni best!!suka tgk adik2 kecil berpidato!byk input yg blh kita dpt melalui isi pidato mreka ni.tak tau knp msyrkt masa kini lbh bermegah dgn rncgn2 yg berkonsepkan hiburan semata2 tp rncgn ilmiah seperti adik2ku mcm dipandang sblh mata.allah....

istisyhad said...

wanie m'nJ, betul3... ;)
sedih sangat bila ummat masih seronok dgn habuan dunia. Tapi bila tgk adik-adikku rasa bangga kan...?
Moga mereka inilah yang akan menjernihkan kembali fikrah remaja Islam.. Kita doa same2 moga ada berkatNya dari mereka.. ;)

Wallahualam..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...