Pages

Mar 7, 2011

Paginya Islam, petangnya kafir...


Rasulullah s.a.w berpesan,

"Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada ummatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita"


Para sahabat bertanya, "Apakah fitnah terbesar itu Ya Rasulullah..?"

Rasulullah menjawab,

"Fitnah itu adalah kamu akan lihat ummatku di hari itu, di waktu itu, pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa begitu Ya Rasulullah..?"

Baginda s.a.w menjawab,

"Sebab dia MENJUAL AGAMANYA DENGAN NILAI DUNIA."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Monolog hati : Ramai yang kata nak perjuangkan agama, namun perjuangan yang bagaimana anda semua ingin turuti...? Adakah dengan membutakan hati, menidakkan yang haq dan membenarkan kezaliman apabila dihadapkan dengan habuan dunia dikatakan memperjuangkan agama...? Adakah dengan cara menghina para ulama' penyambung risalah nabi diangkat menjadi pejuang kalian...? Adakah dengan sekadar ber'bin' dan ber'binti'kan nama Islam sudah cukup membuatkan kalian layak digelar pejuang agama...?

Allahu Rabbi... Masakan tidak. Siangnya beriman, malamnya kufur.. Paginya memperjuangkan kebenaran, malamnya menjadi juara kebatilan... Hidup memperjuangkan kabaikan, matinya dalam kejahatan...

Kerana apa...?

Kerana iman itu letaknya di suatu tempat yang sering berbolak balik, iaitu HATI...

Sabda nabi s.a.w, "Dunia adalah (ibarat) penjara bagi orang mukmin, dan syurga bagi orang kafir." [H.R Muslim]

Wallahualam

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...