Lama rasanya membiarkan blog ini terus sepi tanpa sebarang catitan dek kerana ketandusan idea. Rasa rindu membuatkan jari jemari milik ALLAH ini senang menari-nari di atas keyboard. Alhamdulillah... diri ini masih dikurniakan dengan pelbagai nikmat oleh Yang Maha Pemurah. Hari ini ialah 5 Ramadhan... Sedar atau tidak sudah hampir 1/3 Ramadhan telah dilalui... Bagaimana dengan amal kita semua sepanjang berlalunya 5 Ramadhan ini...? Cuba-cubalah tanya iman masing-masing.. Astaghfirullah hal 'azim..
Saat hati serabut dengan ujian dunia, kadangkala diri ini 'tewas' dengan kepenatan dalam mengharunginya... Mujur ada sahabat-sahabat disisi yang sentiasa membisikkan kata-kata semangat. Alhamdulillah wa syukurillah... Terima kasih Ya ALLAH atas kurniaanMu.
Seringkali mengingatkan bahawa Ramadhan adalah Madrasah Tarbiyyah dan dikala ini, diri ini diuji hebat dengan apa yang telah diperkatakan... Peringatan kasih sayang ALLAH kepada hambaNya. Subhanallah... sekali lagi mujur ada sahabat-sahabat kurniaan ALLAH sentiasa disisi. Alhamdulillah...
Di kesempatan bulan mulia ini, marilah kita sama-sama meng'update' kembali amal dan sentiasalah 'remind' hati tentang tujuan kita hidup. Memang, kadangkala kita memang berniatkan itu dan ini kerana ALLAH.. namun, pada akhirnya adakah benar-benar ianya kerana ALLAH semata-mata atau telah 'dikotori' dengan asbab dunia yang lain? Naudzubillah hi minzalik... Kita bayangkan diri kita tengah ready nak 'shoot' anak panah ke arah pokok manggis. Dari jauh dah 'aim' betul-betul dah nie. Tapi akhirnya anak panah tu tak kena buah manggis yang kita dah 'aim' tadi... Sebab ada angin yang kuat akhirnya 'mensasarkan' tujuan anak panah yang sebenar. Walau kita 'aim' macam mana sekali pun, akhirnya ia tersasar kalau kita tidak mengambil berat tentang faktor angin tadi. Macam tu jugak dengan realiti hidup ini, buat itu dan ini sebab ALLAH semata-mata... namun bila diuji dengan dunia, niat pada awalnya entah kemana, ALLAH diletak kemana.. Dan yang paling ditakuti, ianya akan menjadi fitnah kepada ISLAM itu sendiri... Naudzubillah hi minzalik..
Apa yang diperkatakan ini pasti akan diuji.. Mohon sentiasa tegur saya. Teguran dan peringatan sahabat-sahabat amat saya perlukan agar tidak 'tersasar' tujuan hidup ini. Tiba-tiba, rasa rindu yang amat sangat pada ketenangan ketika berada di bumi Madinah dan Makkah... Sungguh tenang, seolah tiada apa yang perlu difikirkan. Ya ALLAH... berilah kesempatan kepada hambaMu untuk sekali lagi menjadi tetamuMu.
Duhai hati, usah dikau terkorban kerana dunia...!
No comments:
Post a Comment