Makam para syuhada' uhud.. Yang ada batu tu makan Saidina Hamzah Asadullah
Pertama kali solat di Masjid Nabawi, memang menakjubkan... Tapi tahap kawalan security untuk masuk ke ruang solat wanita agak ketat... Demi menjaga kesucian Masjid Nabawi... Ku bersyukur Ya ALLAH kerana memilih kami menjadi tetamu Mu dan tetamu Rasul Mu.. Alhamdulillah.. Berada di Madinah selama 3 hari, bermacam-macam tempat telah kami ziarah. Bermula dengan pasar kurma, hmm... sempat lar memborong kurma kat situ. Hehe... Pada hari kedua di Madinah, kami berkesempatan untuk ziarah Masjid Quba’, ladang kurma, Jabal Uhud, dan kilang Al-Quran.. Suasana di Madinah memang berbeza... hmm... aku jatuh cinta pada kota ini. Salah satu tempat yang aku aim untuk pergi ialah Raudhah... salah satu tempat mustajab berdoa. Yang dikatakan juga sebagai salah satu daripada taman-taman syurga. Aku sedia maklum bahawa Raudhah memang sukar untuk masuk apatah lagi melaksanakan solat di sana. Apatah lagi bagi perempuan, kerana waktu yang singkat... Namun aku tekadkan hati, Raudhah mesti aku datangi.. Paling tidak untuk jejakkan kaki.. Sampai di ruang menunggu sebelum dibenarkan masuk ke Raudhah, aku terus melakukan solat sunat.. Setelah selesai melakukan solat sunat, alangkah terkejutnya aku apabila aku berada di hadapan makam Rasulullah... (walaupun dibatasi dengan tirai bagi wanita). Namun aku bersyukur, kerana aku tau Rasul ku berada di situ... Terkenang segala sirah perjuangan baginda dan para sahabat dalam membawa Islam sehingga aku hari ini bergelar ISLAM... Alhamdulillah... Sebak hati aku.
Masjid Nabawi
Apabila tiba giliran Malaysia untuk memasuki Raudhah, apa yang ada dalam hati ialah aku mesti jejakkan kaki aku kat karpet hijau. Itu yang membezakan antara Raudhah dan Masjid Nabawi... Bila sedar jer aku sudah berada dalam kawasan karpet hijau, tanpa mengiraukan sekeliling ku, aku terus melakukan solat. Pada mulanya, aku agak khuatir untuk solat kerana memang tiada ruang langsung untuk bergerak, apatah lagi untuk melakukan rukuk dan sujud. Namun sepupu kesayangan aku memberitahu, “solat jer yani. Hiraukan benda lain. Percaya kat ALLAH.” Betapa aku takjub, walau dalam keadaan kalau nak dikira logik akal, memang tak de ruang nak solat, aku dan ahli keluargaku yang lain boleh solat seperti biasa, bahkan dalam sujud terakhir kami sempat mengadu segala hajat pada Yang Maha Mendengar... Allahu Akbar... ! Dan akhirnya aku tenggelam dalam lautan air mata sehingga aku tersedu sedan.. Aku hanya tersedar apabila aku merasakan bahawa aku telah dilanggar oleh seseorang dengan agak kuat, baru aku bangun dari sujud... Alhamdulillah Ya ALLAH...
Sebelum bertolak ke Makkah untuk mengerjakan umrah
Hari ketiga, kami telah bersiap sedia untuk melaksanakan ibadah umrah. Kami bermiqat di Bir Ali dan menaiki bas menuju ke Makkah al-Mukarramah selama hampir 7 jam dari Madinah. Namun, satu perkara yang luar biasa bagi aku ialah, aku yang sememangnya tidak boleh membaca dalam kenderaan, walaupun dalam kadar 5 saat... Tetapi dalam bas menuju ke Makkah, aku boleh membaca Al-Quran seperti biasa... Subhanallah... Sepupu kesayanganku turut mengalami perkara yang sama... Benarlah... tiada perkara yang mustahil jika ALLAH mengizinkan... Allahu Akbar... Kembara ku di Makkah al-Mukarramah akan disambung pada masa yang akan datang... Aku tidak mampu untuk tulis lebih banyak, kerana semakin aku cuba untuk menulis, semakin hati aku ni rasa sesak kerana terlalu merindui 2 kota suci itu... Akan ku cuba berkongsi pengalaman agar yang lain akan punya azam untuk menjadi tetamuNya...
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment