Kembara ku dalam mencari cintaNya diteruskan lagi... Kali ini di Makkah al-Mukarramah. Di mana setiap ibadat dan amal kebaikan akan digandakan sebanyak 100 000 kali pahalanya.. Bermacam-macam kenangan dan pengalaman yang telah aku kutip sepanjang pengembaraan ku kali ini. Kami tiba agak lewat di Makkah, kerana sudah hampir memasuki waktu Maghrib. Mujurlah urusan hotel dapat diselesaikan dengan cepat. Alhamdulillah... Setelah mendapat kunci bilik, aku dan ahli keluarga ku yang lain terus masuk ke bilik dan kami bersiap sedia untuk memasuki Masjidil Haram dan menatap kaabah buat pertama kalinya sekali gus melaksanakan ibadah umrah kami. Maghrib kami tidak dapat dilakukan dalam Masjidil Haram kerana kelewatan kami dan kami akhirnya solat maghrib di perkarangan mall yang berhadapan dengan Masjidil Haram. Seusai melaksanakan solat maghrib, dengan dibimbing oleh Ustazah Norizah, kami terus memasuki Masjidil Haram bagi melaksanakan ibadat umrah kami. Saat pertama kali mata milik ALLAH ini memandang kaabah, aku rasakan bahawa aku lah manusia yang paling beruntung... Allahu Akbar... Lantas aku melakukan sujud syukur dan solat sunat di hadapan kaabah. Setelah itu, kami terus melakukan tawaf umrah. Kami diberitahu oleh Ustazah Norizah bahawa waktu malam dan selepas subuh adalah waktu yang kemuncak orang untuk melakukan tawaf. Memang ramai... Takjub aku dibuatnya melihat jumlah manusia ketika itu. Semuanya berkumpul demiNya... Allahu Akbar!! Baitullah... Rindu yang teramat sangat...
Setelah selesai tawaf, kami terus melakukan solat sunat tawaf dibelakang Hijr Ismail dan terus melakukan saei’ dan tahlul. Alhamdulillah.... Lebih kurang pukul 10 malam, aku telah menyempurnakan umrah ku yang pertama dan juga merupakan umrah ku yang wajib. Alhamdulillah Ya ALLAH... Akibat kepenatan, aku terus tertidur selepas tiba di hotel. Disebabkan di Makkah kini ialah musim panas, maka siangnya lebih panjang. Aku harus bangun awal untuk solat subuh kerana waktu solat subuh ketika itu ialah 3.40 pagi.. Di Makkah, suhu mencecah hampir 41’C sehingga bibir dan hidung ku sering berdarah.. Namun alhamdulillah... aku dan ahli keluarga ku yang lain diberi kesihatan yang baik oleh ALLAH untuk terus melakukan sebanyak mungkin ibadah... Alhamdulillah..
Di Makkah, aku telah berkesempatan untuk melawat Jabat Rahmah, iaitu tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s dan Hawa setelah dikelurkan dari syurga ALLAH. Bak kata mutawwif kami iaitu Ustaz Ismail, siapa-siapa yang masih kosong, boleh berdoa di sini agar dipertemukan dengan jodoh yang baik, yang dapat bimbing kita menuju RedhaNya... hehe.. Seterusnya kami melawat Jabal Tsur, tempat persembunyian Rasulullah dan sahabat sejati baginda, Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika berhijrah ke Madinah. Kami juga melawat ladang unta dan dapat minum susu unta yang segar... hehe... Muzium Hudaibiyah, Masjid Hudaibiyah, Ja’rana, Mina dan Muzdalifah.. Alhamdulillah...
Unta yang sangat chumel... =)
Betapa tenangnya apabila aku duduk di Masjidil Haram, membaca Al-Quran di depan kaabah. Melakukan tawaf sunat, berdoa di hadapan kaabah. Aku masih ingat perasaan apabila berkesempatan untuk masuk dan solat di Hijr Ismail.. Subhanallah... Sudah hampir 2 kali aku mencuba untuk memasuki Hijr Ismail, tetapi tidak berkesempatan. Alhamdulillah, untuk kali yang ketiga, ALLAH mengizinkan aku untuk masuk dan solat di dalamnya... Syukur Ya ALLAH.. Aku juga masih ingat perasaan apabila aku solat dan berdoa di hadapan muzdalifah...
Segalanya... Segalanya tentang Makkah dan Madinah sering bermain di fikiran aku. Sebak bila terkenangkan yang kini, aku sudah pulang ke Malaysia dan menjalani kehidupan seperti biasa. Sebak bila terkenangkan aku harus berhadapan dengan dunia yang........................................ ALLAH... andai bisa saja aku memilih untuk terus tinggal di kotaMu... Sejujurnya hingga kini, hati, perasaan, minda aku.... Semuanya masih berada di Makkah. Kalau dulu, aku punya impian itu dan ini, aku punya harapan itu dan ini... Namun pada hari ini, aku hanya mengharapkan dan mengimpikan untuk kembali ke kota suci itu semula... Pertama kali aku merasakan perasaan rindu yang amat sangat sehingga kadang kala membuatkan aku sesak nafas bila terkenangkannya...
Moga satu hari nanti, aku bisa kembali ke kota suciMu... kembali melihat pandangan-pandangan yang menyejukkan mata. Kembali kepada saat-saat yang menenangkan hati dan saubari aku....
Ya Rabb.. izinkan aku sekali lagi menjadi tetamu Mu Ya ALLAH...
No comments:
Post a Comment