Pages

Apr 24, 2010

Menjemput Bidadari

Bila yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran menjadi bunga
Sementara waktu berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Zulaikha jalani hari
Sabar menanti Yusuf sang tambatan hati
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
(Reff)
Segera kan kujemput engkau bidadari
Bila tiba waktu kutemukan aku
Ya Ilahi Robbi keras ku mencari diri sepenuh hati
Teguhkanlahku dilangkah ini
Dipencarian hakikat diri
Dan izinkan kujemput bidadari
Tuk bersama menuju Mu mengisi hari...
Kini yakin tlah tiba
Teguh didalam jiwa
Kesabaran adalah permata
Dan waktu terus berlalu
Penantian tak berarti sia-sia
Saat perjalanan adalah pencarian diri
Laksana Adam dan Hawa
Turun ke bumi terpisah jarak waktu
Dipenantian mencari diri
Memohonkan ampunan dipertemukan
Bidadari tlah menyentuh hati
Teguhkan nurani
Bidadari tlah menyapa jiwa
Memberikan makna...
Didedikasikan khas buat :
Buat diri-diri yang masih sendiri, bersabarlah anda. Yakinlah di sebalik keseorangan itu punya hikmah yang hanya Allah saja mengetahuinya. Meski waktu terus berlalu, namun tak bermakna yang penantian itu adalah sia-sia. Saat perjalanan dalam kehidupan ini adalah pencarian hakikat diri. Justeru, gunakan waktu ini sebaik-baiknya untuk memuhasabah , mentarbiyyah, dan memperbaiki diri, moga ada sinar telus yang menanti di akhir pencarian itu. Bersabar dan berdoalah moga diperteguhkan iman sehingga saat itu tiba. Yakinlah dengan ganjaran Allah di SANA nanti. Kerana hanya Allah yang maha mengetahui segala yang terbaik buat diri kita.
Buat diri-diri yang telah berpunya dalam erti kata yang sebenar, telah menemui teman seperjalanan dan buat bakal-bakal pasangan yang akan mendirikan 'masjid', tahniah diucapkan. Moga bahgia hingga ke akhirnya. Bersyukurlah kiranya anda dipertemukan dengan sang pendamping untuk saling melengkapi diatas redhoNya. Syabas juga diucapkan kiranya hubungan yang halal itu telah menjadi benteng hawa nafsu, bakal melahirkan mujahid mujahidah sejati, meramaikan umat Muhammad penerus generasi rabbani, yang berpaksikan samara (sakinah, mawaddah wa rahmah). Biarkan syaitan-syaitan itu menangis di atas terbinanya sebuah hubungan cinta nan suci dalam rahmat Ilahi.
Buat diri-diri yang masih berstatus kabur (in relationship/ its complicated?), muhasabah kembali diri anda, adakah anda benar-benar telah yakin untuk meneruskan perhubungan itu? Adakah anda mampu untuk menunggu hingga tiba saatnya perhubungan itu diiktiraf halal dengan lafaz ijab dan kabul tanpa melanggar syariatNya? Ermm, fikir-fikirkan. Bagaimana untuk membina sebuah rumah yang teguh andai tapaknya saja sudah tidak kukuh? Wahai diri-diri, jangan dikau terpedaya dengan cinta palsu yang menipu itu. Cinta yang hanya membuatkan syaitan tertawa suka, kerana telah berjaya menyesatkan anak adam. Hingga terkabur mata, dinampakkan yang haram itu halal dan indah belaka . Justeru, sedarlah wahai diri-diri, kembalilah kepada pencarian hakikat diri, moga di situ kan kau ketemui cinta hakiki miliknya Al-Khaliq, kerana itulah sebenar-benar CINTA.
"If you want to build a faithful family,you can never build it on what Allah has stated as wrong and proven false by the way Rasulullah s.a.w has taught us. In every family that stands until their dying day,they have Allah on their side!"

~Menunggu untuk dijemput. Walau ku bukan bidadari.~

Apr 19, 2010

Muslimah Akhir Zaman


“Walau kita bergelar sebagai seorang wanita muslimah, tidak bererti kita tidak boleh bergaya… Masih ada pakaian-pakaian moden yang bersesuaian dengan syariat kita…” terang seorang pereka feseyen tersebut. Tergelak saya dibuatnya… Manakan tidak, memang labuh tapi ikut potongan badan. Dengan warna-warna yang memang boleh menarik perhatian orang untuk melihat si pemakai. Ditambah dengan manik-manik bergemerlapan yang menonjol itu. Siapa yang tidak tertarik untuk melihat..? Dipadankan pula dengan tudung-tudung yang telah dinaiktarafkan dengan nama artis-artis tempatan. Semuanya menampilkan tema yang serupa, iaitu walau bertudung tapi masih mampu untuk tampil dengan mempesona.

Inilah hakikat Muslimah akhir zaman. Menutup aurat (kata mereka), tapi pakaian masih ketat sehingga menampakkan susuk tubuh mereka. Berpakaian sopan, tetapi dengan warna dan perhiasan yang menarik pandangan. Memakai tudung tapi nipis dan jarang, yang panjang dililit pendek hanya melepasi bawah leher. Jelasnya, busana muslimah yang wujud kini sudah banyak disalah erti oleh si pereka dan yang terkena, siapa lagi kalau bukan si pemakai....

Kepada yang tidak mudah terpengaruh dengan peredaran fesyen, yang masih lagi mengambil role-role model daripada Al-Quran dan As-Sunnah... moga istiqamah hendaknya. Cuma yang menjadi kebimbangan di hatiku ini, pada segelintir muslimah yang menjadikan pakaian muslimah mereka itu untuk menarik perhatian orang lain. Secara luarannya, sudah cukup sempurna... Berjubah, bertudung labuh, bersarung tangan dan bersurung kaki... Tapi niatnya ’dibelokkan’ ke arah lain... Saya teringat seorang sahabat, bila mana dipuji oleh si lelaki tentang kesopanan dan keayuan dia berpakaian begitu, dia menangis!!! Dia menangis dan megatakan bahawa dia berpakaian begitu untuk mengelakkan lelaki dari memandangnya, bukan untuk memandangnya, apatah lagi memujinya... Namun ada sahaja golongan yang apabila dipuji, dia makin hanyut bersama pujian si lelaki... Ingatlah wahai muslimah.. Ini boleh mendatangkan fitnah pada agama Islam itu sendiri... Teringat pada pengaduan seorang kawan kelas,

”Ada budak matrik aku nie, terkejut aku tengok sem nie dia dah pakai tudung lubuh. Rupa-rupanya boyfriend dia yang suruh. That’s why aku tak percaya sangat pada perwatakan orang-orang ’alim’ nie..”

Bukankah itu menjadi fitnah buat wanita muslimah yang lain...? Bak kate pepatah melayu, kerana nila setitik rosak susu sebelanga...

Sebaik-baik pakaian adalah pakaian taqwa. Justeru, hanya ketaqwaan yang sebenar kepada Allah menjadikan seseorang itu redha untuk tunduk kepada setiap suruhan dan larangan-Nya. Tubuh yang cantik dan indah bukan tiket untuk meraih perhatian manusia, tetapi sebagai ujian ketaatan selaku hambaNya. Allah s.w.t menegaskan melalui firman-Nya yang bermaksud :


”Kemudian sesungguhnya pada hari kamu akan ditanya tentang segala nikmat yang telah dinikmati kamu (di dunia)” [Surah al-Takathur 102 : 8]

Kurniaan yang pelbagai daripada Allah di dunia ini, harus disalurkan kepada usaha untuk mengajak manusia agar mengabdikan diri kepadaNya. Biarpun hanya sekadar bertudung dan pakaian yang menutup aurat menurut syariat, mampu mengawasi pemakainya untuk menjaga tingkah laku dan akhlak selaras dengan pakaian yang dipakai. Hal ini kerana pakaian melambangkan imej agama yang mulia, suatu tangunggjawab dan amanah bagi orang yang insaf tentang dosa dan pahala.

Jangan nanti ketika di padang mahsyar untuk diadili, pakaian indah biarpun menutup aurat ketika di dunia hanya menjadi bukti kepada rasa angkuh, riak dan ujub dalam diri. Atau, menjadi bukti bahawa pemakainya pernah melakukan dosa ”mengelirukan” manusia tentang kewajipan menutup aurat yang sebenarnya, na’uzu billahi min zaalik. Bukan ’fesyen Islami’ atau ’busana muslimah’ yang akan membantu di sana, akan tetapi amalan jasad dan rohani yang selari dengan maksud ’menutup aurat’ yang dituntut Ilahi.

p/s : Ya Allah... ikhlaskan hati kami hanya keranaMu..

sumber rujukan : Majalah Solusi edisi 18. (Antara 2 cinta)

Apr 12, 2010

Selamat berjuang di medan finale!!!


Salam juang.. Salam imtihan juga diucapkan.. Pejam celik, pejam celik... dah sampai kepada penghujung semester. Semester 4 bakal melabuhkan tirainya... Entah sempat atau tidak untuk diri ini menjengah ke semester 5... Takut maut menjemput sebelum sempat saya melangkah ke tahun akhir. Pada Allah jualah ku serahkan segala urusan hidup ini.

Musim final exam sudah terasa kehangatannya... Pukul 2 pagi umpama pukul 8 malam... Masih riuh dengan suara mereka yang sedang berjuang di medan akademik. Saya sangat suka pada musim peperiksaan. Di sini lah dapat dilihat semua orang sebenarnya memerlukan ’satu kuasa’ untuk mereka bersandar... Dan bagi orang Islam, sudah tentu Allah Azza Wa Jalla tempat kita bersandar, mengharap dan mengadu. Pada musim inilah dapat dilihat kebanyakan orang bangun awal pagi untuk mengadu dan merintih pada Yang Maha Penyayang. Alhamdulillah... setidak-tidaknya masih ada Allah dalam hati kita. Em.. Harapnya berkekalan lar hendaknya. Jangan hanya susah jer ingatkan Dia. Moga ini menjadi satu titik permulaan ke arah menjana insan yang cemerlang dalam akademik, sahsiah dan rohaniah.

Dalam kita mengejar Dean List, jangan lupa untuk menggapai Deen List. Dua-dua penting. Jadikanlah apa yang kita pelajari di universiti ini sebagai jambatan untuk mencapai Deen List. 4 flat dunia tidak bererti kita cemerlang di hadapan Allah... Maka seimbangkanlah kedua-duanya...

To all my fellow friends, especially to my classmates BM 222 part 4 group A and B, my ‘adik beradik’ JPK sesi 2009/2010 and sesi 2010/2011, to my ‘sahabat surau’, to all mawarians, to all my sahabat’s in PMH, and all my friends that I could not write here, I wish u all the best for finale exam… Put our trust first to ALLAH… Study smart, being smart and stay cool. Haha…

“Ya Allah.. jika kegagalan kami menjadi fitnah buat agamaMu, maka cemerlangkanlah kami dalam setiap perbuatan, jika kejayaan kami membawa kami jauh dari Islam, maka Engkau lah yang berhak menentukannya. Kerana kami mengimani apa yang Kau takdirkan. Tiadalah sia-sia melainkan ada hikmah yang belum tersingkap nilainya…”

Duhai sahabatku… Ma’at taufiq wannajah fil imtihan…. ^^

Usaha… usaha… usaha… Doa…. Tawakkal.


Jadual exam saya untuk semester ini...

27 April 2010 - Managerial Economy

2 Mei 2010 - Islamic Finance

4 Mei 2010 - Investment Analysis

5 Mei 2010 - Malaysia Derivative

7 Mei 2010 - International Financial Management

Apr 7, 2010

Next Top Apprentice

Salam Islah dan salam juang… Alhamdulillah… lama rasanya tak mencoretkan sesuatu di blog kesayangan saya ini. Pertama dan selamanya, marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran kepada Allah Azza Wa Jalla kerana masih diberi pinjaman usia untuk meneruskan saki baki kehidupan di akhir zaman ini. Selawat dan salam buat Rasulullah s.a.w, kerana perjuangan bagindalah kita semua dapat merasai nikmat Islam dan nikmat Iman pada hari ini.


Di saat-saat menjelang peperiksaan akhir ini, kebanyakan pelajar berada dalam keadaan yang sangat genting. Saya sendiri, dengan test yang berderet... Assignment dan presentation yang menunggu... Argh... Terasa ingin saja diri ini lari jauh dari keserabutan itu... Namun apakan daya, inilah amanah sebagai seorang pelajar. Namun, dalam kesibukan menghadapi hari-hari yang getir itu, terdapat satu lagi amanah dan tanggungjawab yang telah ditaklifkan dibahu ini untuk digalas... Allah.... terasa tidak berdaya untuk memikulnya...



Pelbagai masalah ketika hendak menjalankan program Next Top Apprentice... Sehingga satu ketika terasa ingin sahaja saya menarik diri... Namun Alhamdulillah... akhirnya kem ini berjaya dijalankan. Setinggi-tinggi tahniah buat semua peserta... Adik-adik semua adalah tapisan Allah.. Walau pada mulanya kami menjangkakan jumlah peserta yang ramai, namun yang hadir itu adalah insan-insan yang telah pilih... Tidak lupa juga kepada semua urusetia dan fasilitator... Jazakallah hu khairan jaza’.. Moga usaha kita yang kecil ini seiring dengan kehendak Allah s.w.t. Moga dipertemukan lagi dalam usaha menyebarkan syiar Islam...

Kem Idaman Nurani di hati.... ^^

Apr 1, 2010

Dikaulah... Ratu hatiku..

Dedikasi ini… ku tujukan buat insan yang terlalu banyak berkorban untuk ku.. Seluruh hidupnya adalah demi melihat aku meniti kebahagiaan... Dikala aku gembira, dia juga turut tersenyum melihat kegembiraan aku.. Di kala aku berduka, dialah tempat aku luahkan segala isi hati.. Dialah... RATU HATIKU...

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah... segala puji bagi Allah s.w.t kerana masih memberi peluang untuk terus bernafas di muka bumi ini.. Bersyukur juga atas nikmat yang paling berharga.. iaitu nikmat Islam dan nikmat Iman... Selawat dan salam buat penghulu para nabi, yang telah mengorbankan seluruh kehidupan baginda demi menyebarkan syiar Islam sehingga kita dapat merasai nikmat Islam dan Iman pada hari ini...

Buat insan yang amat aku sayangi dan ku hormati...

Tertanam naluri keibuan amat mendalam

Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan

Oh ibu...

Di bahumu tergalas beban

Perjalananmu penuh rintangan

Kau titipkan kasih sayang sejujur pengorbanan

Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan

Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang

Betapa ku merindu

Lembutnya belaian ibu membuatku terlena...

Ku pastikan dikau aman

Kurnia sejahtera tak ku lupakan

Di wajahmu berolak tenang

Sebak di dada kau rahsiakan

Ku pastikan dikau aman

Di dunia sejahtera tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan

Rasa ingin ku berlari

Mendakapimu penuh girang

Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu

Hanya kau satu di dunia

Bertakhta dikau dijiwaku

Kaulah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih

Betapa ku mengharap

Hadirnya restumu ibu membawa ku ke syurga...

Bersemi belaian kasih sayang

Moga berpanjangan

Dari mu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu

Oh ibu....

Tiada kata yang dapat menggambarkan perasaan ku untukmu... Ya Allah... Kau kasihi dan sayangilah kedua ibu bapaku sepertimana mereka mengsihi ku.. Lindungilah dan Rahmatilah mereka dalam RedhaMu.. Tiada yang ku inginkan melain melihat kebahagaiaan mereka...

Mama... dikaulah RATU HATIKU....^^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...