Pages

Feb 18, 2010

Malu untuk aku menyatakan cinta pada 'DIA'...

12 Rabiul Awal bakal menjelma... Heboh di negara kini tentang perarakan maulidur rasul, yang bagiku tak akan ke mana. Ahh... Perarakan lagi dibesarkan daripada penghayatan kelahiran insan agung sepanjang zaman ini? Hampir tergelak aku bila memikirkan orang-orang yang dengan lantang bercerita tentang perarakan maulidur rasul, namun sunnah baginda diketepikan... Alahai Malaysia... tak habis-habis dengan publisiti murahan.


Bismillah... Salam alaik.. Salam perjuangan..

Moga Rahmat dan kasih sayang Allah sentiasa bersama Ummat Muhammad s.a.w..


Aku teringat zaman riang kanak-kanakku... Apabila tiba sahaja 12 Rabiul Awal, aku dan kawan-kawan seusia ku pasti berarak sambil mengalunkan selawat keatas baginda s.a.w. Aku sangat gemar dengan lantunan selawat itu.. Secara beramai-ramai, bersemangat sungguh rasanya. Namun, selawatku hanya bersemangat pada hari itu sahaja.... Di hari-hari lain, lalai sungguh aku dalam mengingati insan agung ini...


Dari kecil, aku dididik bahawa aku punya seorang Nabi yang perlu aku taati. Seorang Nabi yang mengorbankan hidupnya untuk ummatnya. Seorang Nabi yang berlapar dahaga demi kesenangan ummatnya. Hatta sehingga satu masa dalam satu peperangan Nabi ku terpaksa mengikat perut baginda dengan batu kerana menahan lapar. Nabi ku juga dipulau, dihina, dicaci, dibaling dengan najis dan dibaling dengan batu... Demi ummat baginda.. Nabi ku luka, berdarah... Demi ummatnya... Nabi ku menitiskan air matanya kerana bimbangkan ummatnya yang mungkin tidak ketemu jalan menuju syurga... Hatta ketika di pembaringan menanti kehadiran malaikat Izrail juga, Nabi ku masih risaukan ummatnya. Sehinggakan Nabi ku sanggup untuk menanggung semua kesakitan yang akan dihadapi oleh ummatnya ketika menghadapi sakaratul maut. Kerana apa? Kerana kasihnya Nabi ku pada ummatnya....


Kerana Nabi ku.... Aku ISLAM pada hari ini, aku muslimah pada hari ini tanpa perlu berperang mendapatkannya.. Dan kerana Nabi ku itulah aku mengenal Tuhanku, dan berpeluang untuk ke syurgaNya...


Namun.... apa yang berlaku kini?


Pengorbanan dan penat lelah Nabi ku dalam menyebarkan syiar Islam kepada ummat nya kini tiada nilainya lagi. Islam yang Nabi ku bawa kini dihina, dianggap kolot, ketinggalan zaman, dianggap ganas dan ditindas. Ummatnya dipijak-pijak, dibunuh bagaikan tiada nilai nyawa mereka. Dan ada di antara ummat Nabi ku yang lupakan Tuhan mereka, lupakan Nabi mereka... Mengikut hawa nafsu dan telunjuk syaitan, tenggelam dalam dunia yang sementara ini dan akhirnya karam di lautan kemungkaran...


Apa yang telah aku lakukan untuk Tuhan ku?? Untuk Nabi ku?? Dan untuk agama ku??


Aku sendiri tiada jawapan untuk persoalan itu...


Kadangkala, apabila ditanya tentang perasaanku pada Nabi ku, tanpa segan silu aku laungkan bahawa AKU CINTAKAN NABIKU... Namun, kata-kataku hanya tinggal kata-kata.. Tidak terungkai dengan perbuatan.. Mungkin aku masih belum mampu untuk mencintai Nabi ku melebihi segala-galanya..


Tidak sempurna iman sesiapa di kalangan kamu sehinggalah diriku lebih dikasihinya berbanding kasih kepada orang tuanya dan anak bahkan sekalian manusia (riwayat al-Bukhari, Muslim, an-Nasa’ie dan Ibn Majah)


Aku begitu marah pada mereka yang menghina Nabi ku.. Tapi marahku sekadar hari itu sahaja... Aku kembali melupakan sunnah Nabi ku..


Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alayhi wa Sallam telah pergi ke kawasan perkuburan dan berkata, “sejahtera ke atas kamu (penghuni) negeri orang-orang yang beriman. Sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusuli kamu. Amat ingin di hatiku seandainya dapat kita melihat saudara-saudara kita”. Sahabat bertanya: Apakah kami ini bukan saudara-saudaramu ya Rasulullah? Baginda menjawab: “Kamu semua adalah sahabat-sahabatku. Sedangkan saudara-saudara kita adalah (orang-orang mukmin) yang belum muncul ( mukmin di masa hadapan) – [Riwayat Muslim]


Nah... Nabi ku tidak pernah melupakan ummatnya. Walau tidak pernah bersua muka... Aku menangisi segala perbuatanku, akhlak ku dan tingkah laku ku terhadap Nabi ku...


Ya Rasulullah... Tidak layak untuk aku ungkapkan kata-kata cinta dan rindu padamu. Malu rasanya hati ini untuk melafazkan bait-bait cinta dan rindu padamu Ya Rasulullah.. Maafkan aku Ya Rasulullah.. Aku telah mensia-siakan perjuanganmu.. perjuangan ummat-ummatmu terdahulu.. Aku malu Ya Rasulullah.. Aku hanya mampu melihat ummat Islam akhir ini yang makin jauh dari Tuhan, makin jauh meninggalkan sunnah mu Ya Rasulullah... Sedang sunnah mu yang kecil pun aku masih bertatih untuk melaksanakannya, bagaimana pula dengan sunnah mu yang paling besar? Iaitu DAKWAH??


Aku kembali membuka lembaran kasih dan cinta dari Allah.. Demi mencari sedikit ketenangan, menghayati sirah mu Ya Rasulullah...


Lalu aku tanyakan kembali pada diriku.. Apa yang telah aku lakukan untuk meneruskan perjuangan baginda s.a.w??


Namun.... aku masih tiada jawapan untuk persoalan itu...


Aku menangis lagi...


Lalu aku bulatkan niat, aku tekadkan hati..

Mulai saat ini, aku harus bekerja kuat demi meneruskan perjuangan Nabi ku...

Kerana aku ummat Nabi ku, Nabi Muhammad s.a.w....

Dan bukankah Nabi ku adalah Nabi kamu semua???


Allahumma solli 'ala saidina Muhammad,

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad,

Allahumma solli 'ala saidina Muhammad,

Wa 'ala alihi wasohbihi wasallam...


Selawat dan salam buat Nabi ku, semoga Allah mengurniakan baginda tempat yang tertinggi dan terpuji di syurgaNya... Dan semoga Allah sampaikan salam rinduku pada baginda s.a.w..

2 comments:

Ahmad said...

menangis tika baca nukilan ni... :)

istisyhad said...

to Ahmad.. semoga ianya menjadi penyuntik semangat bagi meneruskan perjuangan insan agung ini..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...