Salam 'alaik... Salam perjuangan diucapkan kepada semua. Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah... Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Rabbul Izzati kerana masih diberi kesempatan masa untuk terus berpena.. Insya-Allah.... demi meraih RedhaNya cuma.
"Jika ingin melihat masa depan sesebuah negara, maka lihatlah kepada generasi mudanya masa kini."
Lihatlah dengan generasi muda kita pada hari ini.... Kebanyakannya masih hanyut dengan dunia. Masih leka dibuai mimpi... Berada dalam keadaan yang cukup selesa. Apa yang dipinta, mudah untuk diperolehi.. Sehingga kesengsaraan saudara-saudara kita di Palestine dipandang dengan sebelah mata. Astaghfirullah hal 'azim.... Pihak mana yang harus dipersalahkan??? Ibu bapa?? Guru-guru??? Masyarakat??? Kerajaan??? Hm.. usiklah hati, tanyalah iman.
Daripada Tsauban r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda : "Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka."
Maka salah seorang bertanya, "Apakah kerana kami sedikit ketika itu?"
Nabi s.a.w menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir. Dan Allah akan mencabutkan rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan'."
Seorang sahabat bertanya, "Apakah 'wahan' itu ya Rasulullah?"
Nabi lalu menjawab, "CINTA PADA DUNIA dan TAKUT PADA MATI."
-Hadis riwayat Abu Daud-
Kenapa anak muda?? Ada apa dengan syabab?? Mengapa rijal??? Saya tertarik dengan satu kenyataan dari pemimpin ulung Indonesia, iaitu Bung Karno yang berbunyi... "berilah aku seratus orang pemuda, nescaya aku akan mampu menggoncang dunia. Tetapi sekiranya aku diberi seribu orang tua, nescaya tewaslah aku." Begitu juga dengan laungan dan slogan yang sering diperdengarkan oleh anak muda Malaysia sendiri.... "pemuda harapan bangsa, pemudi tiang agama." Mengapa pemuda??? Abdullah Nasih Ulwan menjawab, kekuatan anak muda ialah fizikal yang kuat, cita-cita yang tinggi, semangat membara serta idealisme yang hebat.
"...sesungguhnya bumi ini kepunyaan Allah, diwariskan kepada sesiapa yang dikehendakiNya dari hamba-hambaNya, dan kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa." (Al-A'raf : 128)
Al-Quran sendiri banyak mengisahkan perihal anak muda yang menjadi tauladan. Ashab al-Kahfi, ghulam dalam kisah Ashab al-Ukhdud, 'rijal' yang menyempurnakan janjinya dengan Allah S.W.T dengan menginfaqkan jiwanya ke jalan perjuangan seperti yang dikisahkan dalam Surah Al-Ahzab dan banyak lagi kisah-kisah anak muda yang tertulis dalam Al-Quran sebagai panduan hidup kita hari ini. Rasulullah s.a.w juga memberi kredit kepada golongan anak muda apabila menyatakan bahawa perjuangan baginda banyak didokongi anak muda dan dikongkongi kebanyakan orang tua.
Sejarah dunia juga membuktikan kehebatan golongan anak muda. Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh dalam menawan kota Konstantinople. Usaha menawan bandar ini gagal dilakukan selama 800 tahun. Sehinggalah kemunculan raja ini yang hanya berusia 23 tahun ketika itu. Bagindalah orang yang dimaksudkan dalam hadis nabi s.a.w sebagai sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adalah sebaik-baik tentera ketika itu. Benua kecil India juga pernah dibuka oleh Muhammad bin Abu Qassim yang merupakan seorang panglima muda. Lanskap politik dan pemerintahan dunia juga pernah didokongi oleh anak muda termasuk revolusi-revolusi besar seperti di China, Iran, Indonesia, Algeria, Thailand, Malaysia dan sebagainya.
Namun.... apa yang berlaku pada masa kini?? Apa yang terjadi pada anak muda masa kini...? Keruntuhan akhlak remaja Islam berlaku dek kerana terlalu taksub dengan agenda barat... Budaya hedonisme, iaitu hiburan melampau-lampau seakan menjadi kebiasaan lewat hari ini. Sudah terhakis perasaan malu antara lelaki dan wanita sehingga mereka tidak segan lagi untuk bergaul bebas. Ada diantara mereka yang lagaknya mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin. Tidak terasa apa-apa apabila duduk berdua-duaan. Apa lagi dengan kisah mat rempit yang tiada hujungnya. Jenayah yang semakin berleluasa. DIMANA ALLAH DALAM HATI KALIAN??????
ISLAM SEBENAR HARUS KITA KEMBALI.....
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda :
"Islam mula tersebar dalam keadaan dagang (asing), dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing."
Sedikit bingkisan puisi buat diriku, kamu dan mereka yang bergelar anak muda....
Aku melihat dunia hari ini
Orang-orang Islam ibarat digenggam belenggu orang-orang kafir
Akhirat mereka luput, dunia pun tercicir
Budaya jahil tidak diambil peduli
Melampau-lampau dalam hiburan
Khayalan keterlaluan
Luas.... luas membanjiri
Teruk.... tak tertaksir orang-orang yang karam
Barus, Singkel, Pasai, Ranir, Cordoba, Baghdad, Andalus..
Hilang... hilang ditelan zaman
Kita lupa semua jawaban persoalan kehidupan
Yang mahir dihafal
Mampukah kita nak jawab di depan Mungkar dan Nakir nanti?
Setengah-setengah orang kata,
Sejarah ini ibarat pentas bermain wayang
Cerita-cerita lampau dihurai,
Dipanjang-panjangkan..
Bila tamat...
Diulang... dan diulang... ulang kembali...
Itulah sejarah
Kalau begitu, takkanlah mustahil
Untuk giliran Islam pula yang mendatang
Tamadun kita yang lama dulu,
Yang indah gemilang hidup semula...
Kembali segar bugar terbentang
Di dunia yang luas...
(SYED NAQUIB AL-ATTAS)
Dimanakah pengganti UMAR AL-KHATTAB hari ini???
Siapakah pewaris SALAHUDDIN AL-AYUBI hari ini???
Di manakah pemuda-pemuda seperti SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH zaman ini???
Mereka inilah pemuda-pemuda yang ingin kita contohi....
Adakah kita hanya ingin melihat??
Bergoyang kaki menutup mata??
Ayuh anak muda!!!! Kita bangkit bersama dalam menjulang misi dakwah di muka bumi ini.
Kalau bukan kita, siapa???
Kalau bukan hari ini, bila???
"Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan, maka tidak ada sesiapa pun yang dapat mengalahkan kamu." (Ali-Imran : 160)