Pages

Feb 10, 2011

Peringatan para ulama' bagi mereka yang menolak hukum ALLAH


Bismillahirrahmanirrahim...
"Maka hendaklah kamu bertanya ahli zikir (ulama') seandainya kamu tidak mengetahui.." (An-Nahl : 43)
Rasulullah S.A.W pernah bersabda,
"Sesungguhnya ulama itu pewaris para nabi. Para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Maka, barangsiapa yang mengambil (warisan ilmu) tersebut ia telah mengambil habuan yang paling sempurna." (H.R Imam Ahmad, At-Tarmizi, Abu Daud dan Ibn Majjah)

Maka sudah terbukti para ulama' berada di maqam yang tersendiri. Siapa kita untuk bidas peringatan dan pesanan mereka, pewaris para nabi...?

Ayuh... buka minda, lapangkan dada dan terimalah peringatan para pewaris nabi ini...


Ustaz Abdul Qodir Audah - (Kitab : Al-Islam Wa Audho'una Al-Qanuniyyah)
"sesiapa yang menolak hukum ALLAH atau menegakkan hukum yang lain, maka ia dikira kafir dan tidak ada walau sebesar zarah akan keIslaman di dalam hati mereka walaupun mereka dinamakan dengan nama-nama Islam dan mendakwa bahawa mereka adalah muslim."

Ibnu Kathir - (Kitab : Tafsir Ibnu Kathir)
"sesiapa yang meninggalkan undang-undang yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W dan berhukum dengan undang-undang yang lain, maka ia telah kufur kepada ALLAH S.W.T. Bagaimana pula hukum mereka yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia yang terdapat di dalam kitab Ilyasa'? Mereka juga kufur kepada ALLAH secara ijma'."

Asy-Syahid Sayid Quthb - (Kitab : Tafsir Fi Zhilalil Qur'an)
"sesiapa pun tidak berhak membuat undang-undang yang lain kecuali ALLAH S.W.T. Sesiapa yang cuba melakukan perkara demikian, maka ia telah mencabar keTuhanan atau Uluhiyyah ALLAH S.W.T yang paling utama. Mana-mana individu , pertubuhan atau negara yang mencabar Uluhiyyah ALLAH S.W.T tersebut, maka ia telah terang-terangan kufur pada ALLAH S.W.T dan perkara ini termasuk ke dalam al-ma'lum minad din bid dhorurah."

Dr. Muhammad Abdul Qodir Abu Faris - (Kitab : An-Nizhom As-Siyasi fil Islam)
"wajib ke atas setiap muslim menggunakan undang-undang ALLAH S.W.T dan haram sama sekali berhukum dengan undang-undang ciptaan manusia. Sesiapa yang menolak hukum ALLAH adalah kafir, manakala sesiapa yang menggunakan undang-undang ciptaan manusia dengan keinginan dan redha, maka ia juga dikira kafir bahkan mereka hendaklah dikenakan hukuman bunuh sebagaimana yang dilakukan oleh Saidina Umar."

Dr. Yusof Qardhawi
"diantara perkara yang berhak dihukum kafir tanpa keraguan adalah pemerintah-pemerintah sekular dan pendokong-pendokong parti sekular yang secara terang-terangan menolak syariat ALLAH S.W.T dan melaungkan pemisahan negara daripada agama. Apabila diajak kepada hukum ALLAH S.W.T mereka enggan dan ingkar. Lebih dahsyat daripada itu, mereka bertindak melakukan keganasan ke atas orang-orang yang menyeru supaya berhukum dengan syariat Islam atau kembali kepada Islam."

Nota kaki : Sudah lebih 50 tahun kita merdeka, namun tidak ada satu jenayah pun yang berkurangan. Bahkan bertambah-tambah dan menakutkan seperti kes pembunuhan, rogol, pembuangan bayi, rompak, murtad, penzinaan dan bermacam-macam lagi yang mewarnai wajah negara kita. Cukuplah dan insaflah dengan kekerdilan dan ketidak mampuan kita dalam menyelesaikan pelbagai permasalahan yang mana jalannya ALLAH S.W.T telah tunjukkan dalam manual kehidupan manusia yang abadi, Al-Quran dan Sunnah Rasulullah S.A.W. disamping ulama' sebagai rujukan Kerana ALLAH sebagai pencipta kita semua, maka Dia Maha Mengetahui tentang ciptaanNya, dan disediakan olehNya manual kehidupan sebagai panduan dan rujukan. Bila kita tolak manual kehidupan ini, adakah kita mengatakan pada ALLAH bahawa kita lebih bijak dariNya dalam mentadbir alam ini...? Astaghfirullahal 'azim... Jangan bongkak wahai hamba-hamba yang hina...

Mari renungi hadis baginda S.A.W ini,
"Bukan termasuk umatku orang yang tidak memuliakan orang dewasa kami, menyayangi anak kecil kami, dan menghormati ulama' kami." (H.R Ahmad)

Sumber : Klik SINI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...