Bismillahirrahmanirrahim...
Apa pandangan anda tentang baitul muslim..? Antara jawapan yang sering didengari ialah
“Ish.. belum cukup umur lagi nak cerita bab baitul muslim. Ana muda lagi.”
“Study pun belum habis lagi. Nak cerita pasal baitul muslim..?”
“Belum bersedia lagi lah.. Nanti lah dulu. Awal lagi nie.”
Kebanyakannya hanya menggambarkan bahawa baitul muslim hanyalah pernikahan, ikatan, perhubungan antara ikhwan dan akhawat, antara muslimin dan muslimat. Saya secara jujur juga telah didoktrin dengan tafsiran ini. Sehingga satu hari, perbincangan bersama seorang guru yang saya anggap sebagai murabbi telah merubah pandangan saya terhadap baitul muslim. 360 darjah!!
Kenapa...?
Kata murabbi saya, baitul muslim itu adalah satu urusan yang amat besar.. AMAT BESAR! Ianya adalah urusan pembinaan ummah, ianya adalah urusan tentang masa depan Islam. Kerana daripada baitul muslim inilah akan lahirnya individu muslim yang akan menjadi penyambung mata rantai mata rantai perjuangan Islam. Untuk membina individu muslim, ianya adalah perkara yang sukar. Sukar saya katakan..? Kalau senang, tak kan adalah masalah sosial, bukan begitu..? Apatah lagi untuk bina baitul dakwah (rumah dakwah), ianya bukan setakat akad nikah, ianya adalah wasilah untuk urusan yang lebih besar daripada itu.
Sudah bersedia untuk melangkah ke tangga yang seterusnya..? Maka sebelum itu, jadikanlah perjalanan seterusnya ini adalah yang terbaik dari permulaannya lagi hinggalah ke akhirnya. Di situ ada barakahnya, ada kemanisannya dan ada kisah yang boleh diabadikan untuk anak-anak kita nanti. Dakwah pada zaman ini berbeza, sikapnya pun berbeza. Maka penjagaannya juga berbeza. Sikap ikhwah dalam menjaga ikhtilat amat berbeza. Ada yang sangat menjaga sehingga tidak memandang perempuan langsung (erkk... ye ke..?), sehinggalah kepada mereka yang suka memandang akhawat dengan beralasankan untuk mencari calon yang sesuai sebagai pasangan hidup. Ada yang telah menetapkan umur yang tertentu bagi menyediakan serba-serbi keperluan hidup. Ada juga dari belasan tahun yang dah tetapkan untuk bertunang demi membina rumahtangga.
Begitu juga perihal akhawatnya. Ada yang telah bersedia dari awal, ada yang masih belum bersedia. Cuma sedikit kebaikan daripada ikhwah dan akhawat secara zahirnya ialah mereka tidak memilih couple sebagai jalan penyelesaian untuk menyelamatkan perasaan. Mereka tetap memilih akad sebagai penyelamat kepada perasaan mereka. Ada yang memberikan kita contoh yang baik. Ada yang sangat menjaga dalam segala proses baitul muslimnya, sehinggakan apabila dikhabarkan tentang pernikahan mereka, kita semua akan terkejut mendengarnya. Ada juga yang sedikit longgar dalam urusan baitul muslim mereka. Contact tanpa menggunakan atau tanpa pengetahuan orang tengah dan sebagainya. Kita semua melihat, maka kita tanyalah hati kita untuk ikut yang mana.
Kerana kita akan menjadi contoh pada insan sekeliling kita, adik-adik kita dan tentunya anak-anak kita suatu hari nanti. Jika diri sendiri longgar, maka longgarlah anak-anak binaan kita. Namun jika benar menjaga sejak awalnya hingga akhirnya, maka ianya akan menjadi ikutan buat anak-anak binaan kita.
Bagaimana pula dengan penjagaan hati kita dengan ALLAH..? Tidak malukah kita kerana cinta kita pada ALLAH telah tercemar...? Astaghfirullahal ‘azim.. Ya ALLAH, kuatkan hambaMu ini. Sebab ada juga antara kita yang bertunang lama, dan akhirnya membuka ruang untuk diri mereka bercouple tanpa disedari. Bercinta tanpa sah, merindu yang tidak halal. Nauzubillah.. Mohon dijauhkan.
Indahnya andai dakwah dan perjuangannya yang menjadi matlamat kita..!
Teringat dengan perbualan bersama sahabat-sahabat di kolej suatu ketika dahulu. Ketika itu, ada yang melontarkan pandangan bahawa ada di kalangan ikhwah atau muslimin yang beranggapan apabila berkahwin dengan akhwat atau muslimat, confirm settle la bab-bab agama nie. Jadi apa salahnya kalau pilih yang cantik atau yang comel siket. Hah!!! Tetap juga cantik yang menjadi sandarannya. Mana pergi dakwah dan perjuangan yang dilaung-laungkan..? Tidak kurang juga dengan akhawatnya, asalkan ikhwah ok la tu.. tak kisah la siape pon...! Erkk... tergelak saya.
Sahabat-sahabat... mari kita muhasabah bersama. Niat untuk berkahwin antara ikhwah dan akhawat, muslimin dan muslimat itu sangat bagus. Dan itulah yang lebih utama. Tetapi perkahwinan ini melibatkan hati dan perasaan, dan itulah yang membezakan antara manusia dengan benda.! Di situlah ada nilai manusiawi. Kalau namanya manusia, sudah tentu ada banyak kelemahannya. Tidak semua akhawat yang sama level tarbiyyah dan dakwahnya. Ada yang belum cukup muwasafatnya lagi. Ada yang lebih utama untuk dikahwini lebih dahulu berbanding yang lain.
Jika kita meletakkan kehendak dan citarasa kita berbanding dakwah dan perjuangannya, adakah layak untuk kita gelarkan diri kita sebagai mujahid dan mujahidah dakwah...? Yang akhwatnya, adakah kita pantas untuk menjadi pembantu di sayap kiri perjuangan si mujahid..?
ALLAH pasti akan memberikan yang terbaik jika kita meletakkanNya sebagai matlamat dan sandaran utama kita..
Maka kerana itulah kita diajarkan untuk menggunakan orang tengah... Nuqaba’ atau sesiapa yang kita percaya, yang dapat menjaga ego seorang ikhwah mahu pun malunya seorang akhawat. Biarlah pengenalan dan pertunangan ini berlaku di bawah pandangan ALLAH S.W.T. Dan bukannya syahwat! Kalau ini langkahnya, insya-ALLAH... yang terbaik pasti milikmu.
Akhawat, teguhkan hati kita semua pada ALLAH. Kurangkan agenda mencari si soleh, sebaliknya tingkatkanlah diri untuk menjadi si solehah. Dan ikhwah, pinanglah akhwat kerana dakwah dan perjuangannya...
Buat ikhwah, jagalah sifat gentleman anda dengan tidak menanyakan secara direct kepada akhawat. Jangan malu untuk menggunakan orang tengah sebagai pengantara. Anda akan dihormati dan dikagumi oleh mana-mana akhawat pun. Andai ditolak sekali pun, tidak sedikit pun tercalar ego anda.. Malah anda akan dicarikan dengan akhawat yang lain pula.
Tidak semua yang melalui baitul muslim ini sempurna. Sepertimana orang yang berkahwin selepas bercouple ada masalahnya, malah ada yang membawa kepada penceraian. Begitu juga dengan baitul muslim. Baitul muslim hanyalah wasilah kita untuk mencari Redha ALLAH. Dan untuk menggapai Redha ALLAH, kita pasti diuji. Namun jika ALLAH matlamat dan sandaran kita, insya-ALLAH kita akan meletakkan ujian itu sebagai sunnah dalam perjuangan yang perlu kita hadapi demi RedhaNya... Maka tetapkanlah matlamat kita terlebih dahulu.. Biar terang dan biar jelas. KERANA DAKWAH DAHULU, DAN KERANA ALLAH DAN RASUL-NYA YANG TERATAS.
Nobody is perfect. Carilah kesempurnaan itu pada dakwah, barulah pada yang lainnya. ALLAH pasti akan mencukupkan keperluanmu wahai akhi wa ukhti, andai kamu memilih ALLAH sebelum yang lainnya. Insya-ALLAH....
Sekadar bingkisan pendapat dari hamba yang hina ini, hasil nasihat daripada insan-insan yang telah dahulu melayar bahtera baitul dakwah. Segala yang baik adalah daripada ALLAH S.W.T, dan yang buruk itu adalah daripada diri saya yang serba kekurangan, kerana kesempurnaan hanya milik ALLAH S.W.T dengan bersandarkan kedua-duanya daripada ALLAH S.W.T.
Jika kamu menyintai nasihat, maka nasihatilah daku..
Wallahualam...