Pages

Dec 10, 2010

Jika belum siap, biarkan ia terus diam.


Bismillahirrahmanirrahim...

Bila belum siap melangkah lebih jauh lagi, cukuplah dengan mencintai dia dalam diam..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang..
Kau tidak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Kerana diammu itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu...
Menghindarkan hatimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu...
Kerana diammu itu dapat menunjukkan bukti kesetianmu padanya..
Mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali..?
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci dan indah...

Sahabat,
Dalam diammu tersimpan kekuatan...
Kekuatan harapan...
Mungkin saja ALLAH akan membuat harapan itu menjadi nyata..
Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
Bukankah ALLAH tidak pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya..?
Dan jika memang 'cinta dalam diammu' tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..!!
Dan....
Jika dia memang bukan milikmu..
Kuasa ALLAH, izinkan waktu untuk menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi ketenangan pada si dia yang lebih tepat untukmu...
Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri,
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
ALLAH akan memberi ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
Bersabarlah dalam diammu.. ^^
Yakinlah..!!

Pesanan dari seorang SAHABAT untuk sahabat..

Monolog hati : Hidup ini memang memeritkan, kerana syurgaNya begitu manis..
Ya ALLAH.. jangan kerana dosaku yang lalu, Engkau hijab diri ini dari jagaanMu walau sesaat..
Jangan Engkau lepaskan aku pada hambaMu yang akan menjauhkan aku dari syurgaMu...
Ya ALLAH, Tuhan pemilik hati-hati ini...
Peliharalah diriku, juga bakal imamku...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

p/s : kalau semua orang mendiamkan diri, maknanya tak de la orang yang nak couple yang tak halal kan..? Tak payah la unit hisbah pening-pening dok ayik ambik angin malam.. ^^

3 comments:

Al - Mu'allim said...

Saya hanya mampu tersenyum membaca tulisan merah di bawah artikel ini

istisyhad said...

Al-Mu'allim, unit hisbah terpaksa mengambil angin malam kerana ramai orang yang lebih gemar 'menyuarakan' isi hati mereka.. Dan yang 'disuarakan' pula tanpa malu dan berdosa menerima ajakan untuk menjerumuskan kedua-duanya ke lembah kemurkaan ALLAH.. Hmm.. kalaulah semua orang mendiamkan diri...

Wanishiha said...

inilah yang terbaik. InshaAllah, akan saya simpan kemas :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...