Pages

Dec 28, 2010

Jangan memandang rendah pada orang lain

Bismillahirrahmanirrahim...

لاَ يَدْخُلُ الْجَنَّةَ مَنْ كَانَ فِى قَلْبِهِ مِثْقَالُ ذَرَّةٍ مِنْ كِبْرٍ. قَالَ رَجُلٌ إِنَّ الرَّجُلَ يُحِبُّ أَنْ يَكُونَ ثَوْبُهُ حَسَنًا وَنَعْلُهُ حَسَنَةً. قَالَ : إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ الْكِبْرُ بَطَرُ الْحَقِّ وَغَمْطُ النَّاسِ

Maksudnya : Rasulullah s.a.w bersabda, "Tidak akan masuk syurga orang yang di hatinya ada sebesar zarah perasaan sombong."

Berkata seorang lelaki, 'Sesungguhnya seseorang itu suka pakaiannya cantik dan kasutnya cantik. Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya ALLAH itu indah dan sukakan keindahan. Sombong ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia."

Di dalam hadith ini kita dapati Islam amat menentang sifat sombong, takbur dan apa sahaja yang melambangkan keangkuhan. Tiada manusia berakal yang berani menafikan betapa buruknya sifat ini apabila ia mula menjadi tabiat dalam diri seseorang. Oleh itu Islam datang membawa penegasan tentang keburukan dan kemudharatan sifat ini, bukan sahaja di dunia ini, malah kesannya turut berkekalan sehingga ke akhirat.

Mungkin secara teorinya, kita belum memahami apa yang dimaksudkan dengan memandang rendah kepada orang lain. Saya kongsikan satu situasi dengan anda semua.

Satu hari, seorang professor ingin menyeberang sungai dengan sebuah sampan yang didayung oleh seorang pendayung sampan. Di tengah-tengah sungai, terjadilah perbualan antara si professor dan juga si pendayung sampan tersebut.

Professor : Kamu tahu membaca dan menulis?

Pendayung : Tidak, saya buta huruf.

Professor : Kalau begitu, kamu sudah hilang separuh daripada kehidupan kamu.Orang yang tidak pandai menulis dan membaca seolah-olah hilang separuh keupayaan untuk hidup. Kamu ada membuat simpanan wang di bank?

Pendayung : Tidak, pendapatan saya hanya cukup-cukup makan sahaja. Macam mana hendak simpan duit?

Professor : Kalau begitu, kamu hilang separuh lagi kehidupan kamu. Mana mungkin orang yang tiada wang boleh hidup dengan selesa pada masa tua nanti?

Sampan terus bergerak. Sampai di tengah sungai, tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung sempat bertanya kepada professor,

Pendayung : Tuan, apakah tuan pandai berenang?

Professor : Err... saya tidak tahu la. (dalam keadaan panik)

Pendayung : Kalau begitu, tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan.

Apa pengajaran kisah ini?
Tuhan tidak mencipta manusia itu bodoh. Sebaliknya Tuhan mencipta manusia dengan kebijaksanaan yang berbeza. Setiap kita mesti mengenal di mana kebijaksanaan itu dan meningkatkannya ke tahap maksimum. Jangan rasa bahawa diri ini hina, sebaliknya binalah keyakinan diri. ALLAH menciptakan setiap manusia untuk berjaya.

Kata saya pula...............
Ketahuilah bahawa harta, pangkat, rupa hatta ilmu itu adalah pinjaman daripada ALLAH S.W.T. Ianya bertujuan untuk menguji iman kita semua. Siapakah anda dan saya sehingga kita begitu angkuh lalu memandang rendah manusia lain? Inilah keburukan sikap sombong yang menjadikan manusia lupa asal usulnya. Walaupun manusia berbeza dari pelbagai segi, namun Islam melarang kita memandang rendah kepada orang lain. Orang yang sombong akan merasakan dirinya lebih tinggi dari orang lain. Setiap pendapat, pandangan dan cadangan orang lain semuanya dilihat lebih ’rendah’ dan tidak perlu diberikan perhatian. Mereka akan sentiasa mencari jalan keluar untuk menolak pandangan orang lain, walaupun merugikan mereka di dunia dan akhirat!

Marilah kita menilai kembali diri kita, adakah kita telah dijangkiti penyakit sebegini buruk – sombong dan angkuh, menolak kebenaran dan memandang rendah kepada orang lain? Semoga diri kita sentiasa mengikuti kebenaran – walaupun pahit – dan sentiasa merendahkan diri serta menghormati orang lain.

Sumber rujukan : Majalah solusi no. 16

Dec 10, 2010

Jika belum siap, biarkan ia terus diam.


Bismillahirrahmanirrahim...

Bila belum siap melangkah lebih jauh lagi, cukuplah dengan mencintai dia dalam diam..
Kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...
Kau ingin memuliakan dia dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang..
Kau tidak mahu merosak kesucian dan penjagaan hatinya..
Kerana diammu itu dapat memuliakan kesucian diri dan hatimu...
Menghindarkan hatimu dari hal-hal yang akan merosakkan izzah dan iffahmu...
Kerana diammu itu dapat menunjukkan bukti kesetianmu padanya..
Mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH S.W.T pilihkan untukmu..
Ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan Ali..?
Yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
Tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci dan indah...

Sahabat,
Dalam diammu tersimpan kekuatan...
Kekuatan harapan...
Mungkin saja ALLAH akan membuat harapan itu menjadi nyata..
Hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata...
Bukankah ALLAH tidak pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya..?
Dan jika memang 'cinta dalam diammu' tidak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata,
biarkan ia tetap diam..!!
Dan....
Jika dia memang bukan milikmu..
Kuasa ALLAH, izinkan waktu untuk menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi ketenangan pada si dia yang lebih tepat untukmu...
Biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri,
dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...
ALLAH akan memberi ganti yang lebih baik lagi atau mewujudkan mimpimu di kemudian hari..
Bersabarlah dalam diammu.. ^^
Yakinlah..!!

Pesanan dari seorang SAHABAT untuk sahabat..

Monolog hati : Hidup ini memang memeritkan, kerana syurgaNya begitu manis..
Ya ALLAH.. jangan kerana dosaku yang lalu, Engkau hijab diri ini dari jagaanMu walau sesaat..
Jangan Engkau lepaskan aku pada hambaMu yang akan menjauhkan aku dari syurgaMu...
Ya ALLAH, Tuhan pemilik hati-hati ini...
Peliharalah diriku, juga bakal imamku...
Ameen Ya Rabbal 'Alamin..

p/s : kalau semua orang mendiamkan diri, maknanya tak de la orang yang nak couple yang tak halal kan..? Tak payah la unit hisbah pening-pening dok ayik ambik angin malam.. ^^

Dec 6, 2010

1432 Hijrah..

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Lembaran baru dalam tahun baru Hijrah bermula..

Salam ma'al hijrah diucapkan kepada semua, moga beroleh keredhaan ALLAH S.W.T hendaknya..

Jom sahabat-sahabat, kita create azam tahun baru agar seiring dengan kehendak ALLAH S.W.T dan ajaran Rasulullah S.A.W...

Yang mana azam pada tahun lepas belum tercapai dan terlaksana, mari upgrade kembali azam tersebut, agar ianya turut seiring dengan aturan ALLAH S.W.T dan sunnah Rasulullah S.A.W..

Semoga kita semua sentiasa berada dalam naungan Rahmat dan kasih sayangNya, agar setiap langkah kita diiringi dengan Redha ALLAH S.W.T...



Dec 3, 2010

Duhai iman...

Allahumma ahyina bil iman,
Wa amitna bil iman,
Waat khilna jannata maal iman,


Kau umpama rembulan,
Menerangi kegelapan,
Kau ibarat bintang,
Menghiasi langit malam..

Kau menerangi hatiku,
Bak mentari terangi siang,
Kau menghiasi hatiku,
Yang dahulu kekosongan...

Kau berikan kekuatan,
Untuk ku terus berjuang,
Hadapi segala cabaran.
Atasi permasalahan...

Kau curahkan kebahagiaan,
Meleraikan kesedihan,
Waktu ku terasa keseorangan,
Ketika dalam berjuang...

Ramai yang melupakanmu,
Tak ramai yang megecap nikmatmu,
Tak ramai ditemanimu,
Tak ramai yang merasa manismu...

Inspirasi mukmin sejati,
Tempat mu letaknya di hati,
Sedar kau berkurang dan bertambah,
Dikaulah penyelamat ummat...

Daku merasa manismu,
Dalam menyintai ALLAH dan Rasul,
Dalam menyayangi sahabat,
Dalam membenci kekufuran...

Kepada ALLAH ku berdoa,
Hidup mati ku bersamamu,
Bersama dihidupkan semula,
Melangkah ke syurga bersama...

Kan ku jaga mu selalu,
Dengan membaca Al-Quran,
Jua mengingati azab,
Mekarlah kau dihatiku...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...