Insya-ALLAH... saya kira kurang daripada 2 minggu lagi, maka akan berakhirlah taklifan yang tergalas di bahu selama hampir setahun sebagai Naib Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Kolej, bagi sessi 2009 dan 2010. Seperti semalam rasanya watikah perlantikan diterima, namun kini segalanya bakal menghampiri ke penghujungnya. Allahu Rabbi... cepatnya masa berlalu. Terasa bagai masih banyak perkara yang belum terlaksana. Teringat suatu ketika dahulu, apabila taklifan dan amanah itu diserah ke atas bahu ini. Rasa bagai seluruh bumi menghempap diri ini. Sebagai seorang NYDP yang perlu menjaga kebajikan ahli-ahli jawatankuasa perwaklan kolej yang lain seramai 16 orang, dan yang paling menakutkan apabila hampir 3500 orang penghuni kolej berada dalam tanggungjawab kami. Asataghfirullah.... mampukah diri ini....?
NUR ILYANI... ALLAH tidak membebani hambaNya melainkan sesuai dengan kemampuan hambaNya. Saya bulatkan hati, tekadkan diri... taklifan ini akan ku pikul demi Mu Ya ALLAH. Tiada yang lain, segalanya hanya kerana Mu Ya ALLAH. Moga istiqamah hingga ke titik penghujungnya.
Buat adik beradik JPK yang disayangi... Hafsah, Kak Midah, Kak Izzah, Andra, Fairuz, Yasmeen, Mimie, Fiqa, Fatimah, Naza, Azzah, Seha, Adibah, Kak Naimah, Solehah, dan Kak Wani. Mohon maaf atas segala kata yang tidak disenangi, tingkah laku yang tidak menyenangkan, perhatian yang terabaikan, dan segala tindak tanduk sama ada disedari atau pun tidak. Harapan saya buat barisan kepimpinan JPK kali ini agar kita sama-sama merenungkan kembali serta bermuhasabah diri atas segala tindak tanduk yang telah kita lakukan. Adakah ianya mendatangkan Redha ALLAH atau sebaliknya...? Semoga keampunan ALLAH sentiasa mengiringi langkah kita semua.
Beberapa hari yang lepas, seorang sahabat menghantar email mengenai istiqamah... FASTAQIM KAMA UMIRTA.. Ya.. ini bukanlah kali pertama saya mendengarnya, namun penjelasan dalam email tersebut cukup membuatkan saya rasa bergetar. Kerana ayat inilah yang telah membuatkan Rasulullah S.A.W beruban dan tua, atas bebanan ayat tersebut.
"Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud...." kata Baginda s.a.w dalam sepotong hadith yang direkodkan daripada Ibn Abbas.
Istiqamah... konsisten dan teguh berdiri di jalan yang taat.
Begitu sukar untuk konsisten di jalan ALLAH..?
Tentu sahaja, kerana iman itu ada di suatu tempat yang sering berbolak balik, iaitu HATI. Masakan tidak, siangnya beriman, malamnya kufur.... Paginya memperjuangkan kebenaran, malamnya menjadi juara kebatilan... Hidup memperjuangkan kebaikan, matinya dalam kejahatan... ALLAH....!!!
Tidak hairanlah apabila memikirkan ISTIQAMAH, baginda s.a.w jadi beruban. Perintah ALLAH supaya Nabi s.a.w istiqamah, mafhumnya,
"Oleh itu, hendaklah kamu (wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh (istiqamah) di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepadamu." [Hud : 112]
Oleh kerana inilah hati saya bergetar. Begitu sukar untuk istiqamah. Sesuatu taklifan rasmi atas nama jawatan yang kita terima hanyalah satu wasilah untuk kita membawa NUR ISLAM dalam hidup kita dan persekitaran kita. Jawatan itu akan berakhir apabila berakhirnya tempoh tertentu. Namun satu lagi taklifan, amanah dan tanggungjwab yang kita pikul hinggalah ke liang lahad adalah ISTIQAMAH dengan amalan dan dakwah. Itulah yang akan menjadi saksi sebagai ummat Muhammad S.A.W yang berikrar mahu menerusi jalan dakwah baginda di mahkamah mahsyar kelak.
Akhirul kalam, ingatlah sentiasa ikrar yang sering kita lafazkan dalam setiap solat kita.
" Katakanlah (Muhammad), sesunguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk ALLAH, Tuhan sekalian alam." [Al-An'am : 162]
FASTAQIM KAMA UMIRTA..!!!!!!!!!!
p/s : syukran jazilan buat ukhti Rin atas peringatan yang benar-benar membuatkan saya bergetar hebat.
No comments:
Post a Comment